You are currently viewing 10 Matawang Yang Lemah Di Dunia

10 Matawang Yang Lemah Di Dunia

Tahukah anda sebenarnya terdapat sebanyak 180 jenis matawang yang berbeza di seluruh dunia dan sebelum ini kita sudah lihat 10 Matawang Yang Termahal Di Dunia, kali ini kita akan lihat senarai 10 matawang yang paling lemah di dunia.

Sekiranya anda mahu menjadi jutawan anda boleh saja tukar sekurang-kurangnya RM1000 kepada salah satu matawang negara di dalam senarai ini dan anda akan menjadi seorang jutawan di negara tersebut.

Data dan kadar tukaran adalah daripada website xe.com. Kadar tukaran di bawah telah di update pada 3 Jan 2021.

#10 Cambodian Riel (KHR)

Matawang Cambodian Riel mendapat tempat kesepuluh dan antara matawang yang paling kurang nilainya di dunia, dengan kadar tukaran RM1 persamaan 1,001 KHR berbanding 963 KHR pada tahun 2020.

#9 Paraguayan Guarani (PYG)

Di no.9 adalah matawang negara Paraguay. Punca matawang negera ini rendah adalah disebabkan kemelesetan ekonomi negara Paraguay yang menyebabkan kadar inflasi menjadi tinggi, kes rasuah yang kerap berlaku dan kadar penganggur yang tinggi.

Semua faktor itu telah menyebabkan matawang negara hilang nilainya, kadar tukaran RM1 kepada Paraguayan Guarani adalah 1,733 PYG berubah berbanding 1,632 PYG pada tahun 2020.

#8 Uzbekistani Som (UZS)

Uzbekistani adalah negara yang terletak di negara Asia Tengah dan negara Uzbekistan ini wujud selepas kejatuhan USSR(Soviet Union).

Sebab matawang negara ini makin jatuh adalah kerana kadar cukai yang tinggi, rasuah yang kerap berlaku, kadar inflasi dan sekatan politik, antara sebab utama kenapa matawang negara Uzbekistan ini semakin melemah.

Kadar tukaran RM1 kepada Som adalah 2,604 UZS berbanding 2,399 UZS di tahun sebelumnya.

#7 Sierra Leonean Leone (SLL)

Sierra Leone adalah salah satu negara yang terletak di Africa dan antara negara yang termiskin. Punca ini berlaku disebabkan perang saudara yang baru berlaku serta diserang oleh virus yang membawa maut seperti Ebola baru-baru ini.

GDB negara Sierra Leone ada menunjukan sedikit kenaikan sejak beberapa tahun yang lalu tetapi ia masih tidak cukup untuk matawang SLL mendapat kenaikan dalam nilai.

Tukaran RM1 Persamaan 2,489 SLL berbanding 2,294 SLL pada tahun 2020.

#6 Lao atau Laotian Kip (LAK)

Ekonomi negara Laos semakin berkembang sejak kebelakanggan ini, dan negara Laos antara negara ekonomi yang semakin cepat berkembang di dunia dengan kadar purata kenaikan dalam 8% setahun dalam GDP.

Kadar tukaran RM1 persamaan dengan 2,306 LAK. Meningkat berbanding tahun 2020 dimana RM1 persamaan 2,127 LAK.

#5 Guinean Franc (GNF)

Negara Guinea ini terkenal dengan kekayaan sumber mineral seperti Iron, Diamond, Emas dan munkin yang paling banyak adalah Bauxite.

Jadi macam mana negara yang kaya dengan sumber mineral seperti itu ada dalam senarai antara matawang paling lemah didunia?

Ini disebabkan kadar inflasi yang tinggi, gejala rasuah dan kadar kemiskinan yang semakin meningkat di negara tersebut.

Tukaran RM1 persamaan dengan 2,488 GNF meningkat dari tahun sebelumnya dimana RM1 persamaan 2,266 GNF.

#4 Indonesia Rupiah (IDR)

Indonesia adalah sebuah negara dimana ekonomi negara semakin stabil di Asia Tenggara.

Walaupun dari segi ekonomi negara Indonesia ia semakin berkembang tetapi nilai matawang negara masih lagi rendah.

Pihak berkuasa pengawalseliaan negara Indonesia telah mengambil segala langkah untuk mengguatkan lagi matawang negara mereka, tetapi kesemua itu masih tidak membawa perubahan yang ketara terhadap matawang negara.

Fakta Menarik: Negara Indonesia dijangkakan akan menjadi 10 teratas antara negara dengan ekonomi terbesar di dunia pada tahun 2030 dengan kadar GDP dalam 10.1 Trillion USD, ini meletakan negara Indonesia di no.4 di ekonomi dunia pada tahun 2030.

Kadar tukaran semasa RM1 kepada Rupiah adalah dalam 3,486 berbanding 3,424 IDR pada tahun 2020.

#3 Vietnamese Dong (VND)

Vietnamese Dong antara matawang yang terlemah di dunia. Negara Vietnam masih berada di jalan yang keras dari segi ekonomi yang menyebabkan matawang negara tersebut melemah.

Tetapi pakar menegaskan yang bahawa kerajaan Vietnam menggambil jalan yang betul dan ekonomi negara Vietnam akan mula menaik setaraf dengan negara jiran-jirannya di Asia.

Tukaran semasa RM1 kepada Vietnamese Dong adalah 5,737 Dong berbanding 5,451 Dong pada tahun 2020.

#2 Iranian Rial (IRR)

Negara Iran adalah negara yang kaya dengan minyak dan sumber mineral yang lain seperti arang, besi, zinc, barite dan banyak lagi.

Kalau anda sudah baca blog tentang matawang termahal di dunia anda akan perasan yang kebanyakan negara yang mendominasi matawang termahal adalah negara di timur tengah seperti Kuwait, Qatar, Bahrain yang kaya dengan hasil minyak tetapi kenapa negara Iran yang mengawal dalam 10% minyak di dunia berada dalam senarai matawang yang lemah?

Ianya berpunca daripada perang diantara negara Iran dan Iraq dan juga pembinaan senjata nuclear dimana negara seperti Amarica dan PBB menyekat ekonomi negara Iran daripada menjual minyak mereka ke negera lain.

Disebabkan sekatan ini ekonomi negara Iran semakin merundum kerana ekonomi negara Iran bergantung kepada penjualan minyak mereka.

Dengan negara tidak dapat berurus niaga dengan negara lain matawang negara Iran rial telah mendapat tempat pertama dalam matawang yang paling lemah di dunia dengan kadar tukaran RM1 persamaan dengan 10,447 IRR berbanding tahun 2020 ianya 9,929 IRR.

#1 Venezuelan Bolivares (VES)

Matawang Venezuelan Bolibar adalah matawang yang paling melambung di dunia.

Matawang Venezuelan sebelum ini menggunakan code VEF tetapi disebabkan hyperinflasi dalam 282972.8% dan semakin naik, pihak kerajaan negara tersebut terpaksa melaksanakan denominasi kepada matawang mereka.

Tetapi kadar inflasi makin menaik juga walaupun selepas melaksanakanya.

RM1 persamaan dengan 257,652 VES (56,782 VES pada tahun 2020).

Fakta Menarik: Seperti saya katakan di awal pemulaan artikel ini yang terdapat 180 jenis matawang di seluruh dunia dan matawang yang tertua sekali antara 180 jenis matawang tersebut adalah British Pound yang digunakan sejak abad ke-8 sehingga ke hari ini.

Post Lain Anda Munkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply