3 Benda Yang Menghalang Anda Untuk Profit Dalam Forex Trading

3 Benda Yang Menghalang Anda Untuk Profit Dalam Forex Trading

Jadi anda sudah berlatih di akaun demo dan dengan berjaya akaun tersebut jadi anda pun mesti mahu mula trade akaun live.

Tetapi selepas beberapa bulan mula trade akaun live anda perasan yang ada bulan yang ok dan ada masa dimana prestasi agak kurang bagus.

Pernah tak anda terfikir sebab apa ada minggu prestasi anda bagus dan ada hari ianya kurang bagus, mungkin ada yang fikirkan disebabkan keadaan market yang tidak menentu, mungkin itu boleh jadi salah satu sebabnya tetapi ada juga sebab lain kenapa kita tidak dapat menjadi lebih konsistent dalam trading kita.

Hari ini saya ingin berkongsi 3 benda atau punca yang dapat menghalang kita untuk menjadi seorang trader yang konsistent dalam forex trading.

1) Ketakutan

Sifat rasa takut itu memang ada dalam diri setiap orang ianya memang sifat manusia, setiap orang akan ada perkara yang mereka takutkan, sebagai seorang trader perkara yang paling kita takutkan adalah takut dengan kerugian atau kehilangan duit modal kita.

Semua trader akan ada alami rasa takut tersebut lagi-lagi trader yang masih baru lagi ceburi bidang trading ini.

Jika kita alamai rasa takut ketika trading cuba fikirkan apa sebab kita takut, contoh mungkin ada rasa takut untuk menggalami kerugian, jadi ia mungkin sebab kita mula trade dengan duit yang kita tidak mampu untuk hilang atau rugi.

Mungkin juga sebab kita tidak begitu yakin lagi dengan diri kita untuk mula trade dengan duit sebenar, itu bermaksud yang kita masih tidak yakin dengan analysis atau trading strategy kita sendiri.

Untuk atasi masalah ini kita perlu tahu punca sebab apa kita rasa takut, selepas dapat kenal pasti apa puncanya baru kita dapat selesaikan masalah tersebut.

Saya sudah ada post satu artikel dimana saya terangkan isu ini dengan lebih mendalam di post Cara Untuk Melawan Perasaan Anxiety Ketika Trading.

Jika Kita Tidak Dapat Kawal Emosi, Kita Tidak Dapat Kawal Duit Kita

– Warrent Buffett

2) Buka Saiz Lot Yang Tidak Sesuai

Salah satu kunci untuk berjaya dalam bidang trading untuk jangka masa yang panjang adalah dengan melakukan risk management serta money management yang bagus.

Mungkin anda sudah dengar atau baca banyak kali dimana trader beritahu “Sentiasa jaga risk & money management” dan ianya memang benar.

Tiada rahsia yang besar pun sebenarnya untuk berjaya dalam bidang ini, ianya bukan bergantung kepada strategy yang hebat atau “Holy Grail Indicator”.

Walaupun strategy ada juga memainkan peranan tetapi ianya lebih kecil jika nak dibandingkan dengan jaga risk serta money management.

Boleh baca lagi dengan lebih mendalam di: Kenapa Risk & Money Management Penting Dalam Forex Trading.

3) Gagal Untuk Sesuaikan Diri Dengan Keadaan Market

Kita perlu sentiasa sesuaikan diri kita dengan keadaan market semasa, jika market sedang bergerak dalam keadaan uptrend jadi kita hanya mahu fokus kepada peluang entry buy sahaja, sama juga disebaliknya jika market sedang bergerak dalam keadaan downtrend kita hanya mahu fokus untuk mencari peluang sell saja.

Tetapi jika anda seorang trend trader tetapi ketika waktu itu market sedang tidak banyak liquidity dan bergerak secara sideways itu bermaksud pair tersebut sedang tidak sesuai untuk trade ketika itu kerana tidak mempunyai banyak liquidity.

Sebagai trader kita perlu tahu bila waktu market biasanya aktif kerana ketika waktu itu banyak liquidity yang masuk ke dalam market, ianya amat penting sekiranya anda adalah seorang scalper atau intraday trader kerana kita tidak boleh trade jika market tidak banyak pergerakan.

Saya sudah ada terangkan lebih mendalam tentang ini di post Bila Masa Yang Bagus Untuk Trade Forex. Di post tersebut saya terangkan bila masa yang sesuai untuk mula trade pasaran forex dan kenapa waktu itu yang sesuai.

Leave a Reply