You are currently viewing 4 Jenis Ketakutan Di Dalam Forex Trading

4 Jenis Ketakutan Di Dalam Forex Trading

Pada awal perjalanan kerjaya anda sebagai forex trader mesti anda perasan yang terdapat pelbagai jenis gangguan emosi ketika sedang trading.

Ini adalah satu perkara biasa dan memang kesemua trader akan laluinya, perasan takut itu memang salah satu sifat manusia lagi-lagi jika ianya sesuatu benda yang baru buat mereka.

Tetapi saya ada juga jumpa trader di mana mereka sudah lama ceburi bidang ini tetapi masih mempunyai masalah untuk kawal rasa takut mereka ketika trading.

Hari ini kita akan lihat 4 jenis ketakutan di dalam forex trading dan macam mana kita boleh atasi rasa takut tersebut.

1) Takut Rugi

Mungkin dalam banyak-banyak ketakutan, rasa takut dengan kerugian adalah salah satu perasaan ketakutan yang paling banyak trader alami.

Tidak perlu berasa malu saya sendiri pun alami rasa takut dengan kerugian di awal perjalanan saya sebagai seorang trader.

Walau bagaimanapun, rasa ketakutan yang berlebihan dapat membuat anda menjadi ragu-ragu dan kehilangan atau terlepas peluang trade yang bagus.

Dalam perdagangan, ketakutan akan kerugian membuat anda ragu-ragu dalam membuka posisi dan kebiasaanya, apabila keraguan sudah hilang, peluang trading tersebut telah berlalu.

Untuk atasi masalah rasa takut dengan kerugian ini anda perlu mempunyai satu trading strategy atau trading plan yang terbukti berkesan dan sudah lakukan backtest.

Apabila peluang trade muncul anda perlu ikut sahaja trading plan tersebut, lama kelamaan anda akan perasan yang jika anda ikut saja strategy trading anda akan mula perasan yang perasaan takut dengan kerugian tersebut akan mula hilang.

Satu lagi perkara yang anda perlu ingat adalah kerugian itu pasti akan berlaku, tiada strategy trading yang 100% sentiasa tepat.

Ianya bukanlah tentang berapa banyak anda betul, tetapi ianya tentang berapa banyak anda untung dan berapa banyak anda rugi.

Anda perlu pastikan yang kerugian anda tidak melebihi keuntungan anda.

Untuk tahu dengan lebih mendalam lagi anda boleh baca artikel ini: Kenapa Risk & Money Management Penting Dalam Forex Trading.

2) Takut Salah

kebiasaanya perasaan ini akan di alami oleh trader yang masih baru lagi di dalam industri.

Perasaan ini selalunya berpunca disebabkan apabila mereka tidak yakin dengan analysis mereka sendiri.

Sebagai contoh anda menjangkakan yang EUR/USD untuk membuat kenaikan tetapi apabila melihat analysis trader lain mereka menjangkakan yang ianya akan turun. Ini menyebabkan anda akan mula rasa tidak yakin dengan analysis anda sendiri.

Apabila anda melihat market kemudiannya EUR/USD memang membuat kenaikan dan kita mula rasa menyesal kerana tidak ikut dengan analysis kita sendiri.

Cara untuk atasi masalah ini adalah dengan jangan terlalu bandingan analysis anda dengan analysis trader yang lain, setiap trader akan ada pandangan masing-masing.

Kadang-kadang anda salah, mereka betul dan kadang-kadang mereka salah, anda betul.

Satu lagi cara adalah dengan jangan sertai terlalu banyak group trading, kerana biasanya di dalam group tersebut akan ada banyak trader yang akan berkongsi pandangan mereka masing-masing terhadap market.

Sekiranya anda ada isu seperti yang saya katakan tadi dimana apabila anda lihat pandangan trader lain anda terus hilang keyakinan dengan analysis anda sendiri, ianya lebih bagus untuk anda kurangkan melihat mesej atau post di dalam group dan trade sendiri.

3) Takut Tertinggal

Ini mungkin rasa takut yang paling biasa dialami oleh trader. Di dalam trading ianya dikenali sebagai F.O.M.O (Fear Of Missing Out).

Biasanya berlaku bila mereka lihat pergerakan yang besar berlaku di dalam market dan mula fikir yang kalau tak join sekali ni habis la ketingalan untuk membuat keuntungan.Selepas mereka membuka posisi trade disebabkan takut terlepas peluang apa yang berlaku biasanya adalah market mula pusing semula dan alami kerugian.

Situasi yang lain adalah apabila mereka mendengar nasihat daripada trader yang lain contoh ada seorang trader katakan yang news malam ini akan menjadikan market bullish.

Daripada membuat kajian dan analysis sendiri kita terus percaya sebab kita tidak mahu terlepas membuat keuntungan juga jika ramalan trader tersebut betul.

Walaupun masih ada peluang 50/50 untuk ia menjadi betul, tetapi ianya lebih selamat untuk lakukan analysis kita sendiri.

[adrotate group=”4″]

4) Terlepas Keuntungan

Apabila posisi trade sudah berada dalam keadaan profit, kebanyakan trader akan tutup posisi trade tersebut terlalu cepat.

Tetapi jika posisi trade tersebut berada dalam kerugian biasanya trader akan pegang posisi trade tersebut terlalu lama.

Keadaan yang sepatutnya adalah terbalik, kita perlu tutup posisi yang rugi itu lebih awal dan biarkan posisi trade yang profit tersebut untuk teruskan perjalanan.

Untuk atasi masalah ini adalah dengan hanya trade ikut arah trend market, kerana pergerakan arah trend market biasanya kekal lebih lama berbanding pergerakan yang melawan arah trend.

Di atas adalah conroh gambar market yang sedang bergerak secara downtrend. Jika anda lihat pergerakan market yang ikut arah trend biasanya lebih kuat, laju dan jauh pergerakannya berbanding arah market yang bergerak melawan arah trend.

Dengan trade hanya ikut arah trend market kita dapat maksimum kan keuntungan kita di dalam market.

Artikel Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 2 Comments

  1. TerrerGila

    takut nak depo

    1. Admin

      Tuan boleh cuba berlatih di akaun demo dahulu dan pada masa yang sama ketika sedang berlatih itu boleh kumpul modal trading tuan juga.

      Cuma pastikan tuan bermula dengan modal yang tidak akan memberi impak sekiranya berlaku kerugian.

Leave a Reply