5 Cara Untuk Mula Trade Forex Dengan Modal Kecil

5 Cara Untuk Mula Trade Forex Dengan Modal Kecil

Adakah ianya mustahil untuk trader yang mula trading forex dengan modal yang kecil untuk berjaya dalam trading?

Ramai orang sangkakan yang mereka perlu mempunyai modal yang besar hingga beribu-ribu dollar untuk berjaya dalam bidang forex trading ini.

Ianya tidak benar saya sudah lihat ramai trader yang berjaya dan mereka mula dengan modal akaun yang kecil, kurang daripada $500 USD.

Jadi macam mana mereka boleh berjaya dalam trading ini dengan modal yang kecil?

Hari ini kita akan lihat 5 benda yang anda perlu buat sekiranya anda mula trade forex dengan modal pemulaan  yang kecil.

1) Guna Jenis Akaun Yang Bersesuaian

Sekiranya anda bermula dengan modal yang lebih rendah daripada $500 saya sarankan anda untuk tidak mengunakan akaun jenis strandard, tetapi pilih jenis akaun yang lebih kecil seperti micro.

Micro akaun lebih kecil untuk dibandingkan dengan standard akaun, setiap 1 lot standard akaun persamaan dengan 100,000 unit dan setiap 1 lot akaun micro persamaan 1,000 unit.

Ye munkin profit akan jadi lebih kecil dan akaun akan nampak agak perlahan berkembang tetapi perlahan lebih bagus daripada MC(Margin Call).

Tidak banyak broker yang menawarkan akaun micro tetapi anda boleh menggunakan broker seperti XM ia menawarkan akaun micro dengan jumlah minima deposite serendah $5 serta menawarkan islamic akaun(bebas swap).

Sekiranya anda masih tiada akaun XM anda boleh daftar di sini, dan saya takkan tipu ianya link affiliate sekiranya anda daftar menggunakan link tersebut kami akan dapat sedikit komisyen, kalau anda tidak mahu pun tidak menggapa boleh saja ke website rasmi mereka dan daftar 🙂

Kalau anda mahu tahu lebih lancut tentang broker ini boleh lihat review kami tentang broker xm di XM Review 2019.

2) Membuka Lot Saiz Yang Sesuai

Benda ini munkin perkara asas tetapi saya masih nampak yang ramai membuka posisi trade mereka terlalu besar daripada apa yang sesuai dengan modal mereka.

Dalam erti kata lain mereka tidak menjaga money management mereka dengan betul.

Sekiranya anda mahu kekal lama dalam bidang trading ini anda perlu tahu cara untuk menjaga baki akaun anda dan jangan membuka saiz lot yang terlalu besar.

Contoh sekiranya anda bermula dengan modal $500 saya sarankan trade dengan maximum saiz lot 0.03 per trade, atau dalam erti kata lain jangan sesekali risk melebihi 2% dari jumlah baki anda.

Munkin ianya terasa terlalu kecil tetapi dengan cara inilah anda dapat bertahan lama dalam trading dan pada masa yang sama dapat menjadi konsistent dengan trading anda.

Sama juga seperti dalam kehidupan harian anda, mesti anda ada perancanggan kewangan trading tiada bezanya juga, anda perlu rancang kewanggan anda dengan elok.

3) Guna Leverage Yang Rendah

Munkin anda pernah dengar yang leverage ini ibarat “double edge sword” maksudnya leverage ini boleh menjadi kelebihan atau kelemahan buat kita.

Leverage ini membenarkan kita untuk membuka posisi lot yang besar dengan modal yang kecil jadi bila berlakunya keuntungan profit kita akan jadi besar, tetapi pada masa sama risiko dan kerugian kita pun menjadi lebih besar.

Sebab itu anda perlu berhati-hati apabila memilih leverage, Saya tahu sekarang ini banyak broker yang menawarkan leverage yang besar dan tinggi seperti 1:2000 atau 1:3000, tetapi setting leverage yang saya sarankan adalah dalam 1:100 ke 1:200 MAXIMUM.

4) Play The Long Term Game

Fikir untuk jangka panjang anda tidak boleh berfikir yang mula dengan modal $100 nak jadikan ia kepada $10,000 dalam 6 bulan, ianya tidak masuk akal, bank pun tidak mampu buat macam itu.

Saya tahu ramai trader yang baru mula dalam industri ini akan bayangkan yang mereka akan menjadi kaya dan bawa ferrari dalam 4 bulan lagi, maaf sebab kecewakan anda yang ianya tidak akan berlaku, melainkan anda mula dengan modal $1 Juta dan itu tidak mustahil untuk anda capai impian tersebut.

Tapi kalau anda mula dengan modal yang kecil anda perlu fikir secara logic juga, kalau mula dengan modal $100 dapat jadi $3000 dalam 2 bulan, mesti sudah ramai orang nak mula trade forex?

Jadi apabila anda set target cuba bermula dengan target yang masuk akal dan tidak mustahil seperti mula dengan modal $100 cuba untuk jadikan $200 dalam tempoh 3 bulan, ianya tidak mustahil dan masuk akal.

Sekiranya anda tidak pasti berapa sepatutnya modal pemulaan anda, boleh baca post ini tentang Berapa Modal Yang Sesuai Untuk Mula Trade.

5) Banyak Bersabar

Trading ini akan ambil masa yang lama bukannya baru belajar 6 bulan itu bermakna sudah cukup, kalau nak jadi pilot kapal terbang mereka ambil masa berapa tahun belajar, untuk menjadi pakar bedah mereka belajar lebih dari 8 tahun, nak dapat deggre pun 3 tahun.

Jadi trading pun tiada bezanya ia akan ambil masa untuk anda menjadi konsistent yang penting jangan menggalah dan terus berlatih.

Trading ini bukanlah modal siapa yang lebih besar akan berjaya tetapi berapa banyak ilmu tentang market yang kita ada menentukan kita akan berjaya atau tidak.

Sebelum anda invest dalam sesuatu, invest dalam diri anda untuk memahaminya dahulu.

Forex ini bukan jalan untuk cepat kaya dan mereka yang berjaya dalam bidang ini adalah mereka yang banyak bersabar dan bertahan lama.

Kesimpulan

Jadi anda sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar pun untuk berjaya dalam trading ini, anda hanya perlu tahu berapa size lot yang sesuai dengan akaun anda serta menggunakan jenis akaun yang sesuai dengan modal kita.

Blog Post Lain Anda Munkin Minat:

Leave a Reply