You are currently viewing 5 Tanda anda sudah bersedia untuk mula trade live akaun

5 Tanda anda sudah bersedia untuk mula trade live akaun

Anda sudah berlatih di demo akaun selama 3 ke 6 bulan. Anda sudah backtest strategy anda dan ianya konsisten, anda berjaya kembangkan akaun demo ketika berlatih.

Anda rasa sudah bersedia untuk mula tukar dari trading demo akaun ke live akaun, tetapi anda masih ragu-ragu dengan keputusan tersebut, adakah anda patut mula trade dengan live akaun atau teruskan berlatih mengunakan demo akaun.

Ini adalah 5 tanda  yang menunjukan anda sudah bersedia untuk mula trade dengan akaun live.

1) Anda Sudah Mempunyai Modal Untuk Forex Live Akaun 

Ok munkin no.1 ini memang sudah tentu la kan dan memang jelas sekali, tetapi saya tahu masih ada lagi ramai trader baru di luar sana yang tidak mempunyai modal yang untuk pemulaan trading mereka.

Munkin ada juga yang hanya mahu bermula dengan $5 USD atau pun $10 USD, ianya tidak salah dan boleh mula dengan modal sekecil itu tetapi jangan mula bayangkan yang anda dapat tukar $10 USD ke $1000 USD dalam masa yang pendek.

Ada juga yang mahu bermula modal yang kecil hanya disebabkan untuk merasa trading menggunakan live akaun. Anda boleh bermula dengan akaun type seperti micro atau nano sekiranya anda bermula dengan jumlah yang kecil.

Kalau anda masih tidak mempunyai modal untuk permulaan trading dan mahu mula untuk kumpul, anda boleh baca artikle ini 6 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kumpul Modal Mula Trading.

2) Sudah Mempunyai Trading System Yang Konsisten

Sekiranya anda dapat berjaya membuat keuntungan di akaun demo secara konsisten dan anda sudah mula yakin dengan strategy tersebut itu menandakan yang anda sudah bersedia untuk mula trade live akaun.

Ada sesetengah trader baru mereka mahu mula trade real akaun walaupun mereka masih tidak dapat untuk membuat keuntungan di akaun demo mereka secara konsisten.

Ini agak bahaya kerana mereka mungkin akan menggalami kerugian yang besar, lagi teruk apabila mereka kehilagan seluruh modal kerana mereka masih tidak bersedia untuk mula trade live akaun.

Jadi pastikan anda sudah ada strategy yang sesuai dengan anda dan melakukan banyak backtest.

[adrotate group=”4″]

3) Anda Sudah Tahu Untuk Menjaga Risk & Money Management

Fikir dahulu, ketika anda trade mengunakan akaun demo adakah anda sudah mempunyai system risk dan money management yang bagus.

Sebagai contoh anda menggunakan stop loss untuk kurangkan risiko anda dan hanya akan membuka posisi trade apabila setup sudah berlaku dengan risk ratio sekurang-kurangnya 2:1.

Pada masa yang sama anda mengunakan leverage yang rendah dan membuka saiz lot yang bersesuaian dengan capital akaun.

Kemunkinan ada yang terfikir “trade guna demo akaun sahaja bukan duit sebenar, jadi tak perlu jaga risk management”.

Ia sebenarnya amat penting untuk anda ada system berkenaan risk management dan juga money management walaupun hanya trade demo akaun supaya apabila anda mula trade akaun live nanti anda sudah ada trading system yang anda boleh terus guna.

Kalau anda tunggu untuk trade live akaun baru nak buat system berkenaan risk dan money management ianya munkin akan buang masa anda kerana system management itu munkin tidak sesuai dengan strategy yang anda sedang gunakan, kemudian anda kene bina strategy baru yang sesuai dengan system risk management tersebut dalam erti kata lain bermula ke demo akaun semula untuk testing stratergy baru tersebut.

Jadi seeloknya anda bina system management anda ketika sedang berlatih di akaun demo.

4) Anda Tidak Kesah jika Rugi

Anda masih rasa resah atau takut apabila ada posisi trade bergerak bertentangan dari analysis anda.

Sekiranya jawapan anda “Ye” munkin anda perlu fikir semula sama ada anda betul-betul mahu mula trade live akaun.

Kerana losing trade itu pasti akan berlaku, anda perlu belajar untuk menerima kenyataan yang losing trade itu akan berlaku.

5) Anda Dapat Kawal Emosi Ketika Trading

Salah satu tanda besar yang anda sudah bersedia untuk trade forex dengan live akaun adalah anda dapat kawal emosi anda.

Ketika demo trading anda tidak membuka sebarang trade yang berdasarkan emosi tetapi anda ikut trading system dan trading plan anda, ini menunjukan yang anda ada disiplin.

Walaupun anda baru sahaja terima losing trade, anda masih dapat ikut trading system anda tanpa membenarkan emosi ganggu dengan penilaian anda terhadap market.

Anda Munkin Juga Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply