5 Unsur Penting Dalam Trading

5 Unsur Penting Dalam Trading

Kebanyakan trader tidak mempunyai sebarang perancangan apabila mereka melihat market biasanya mereka terus buka trading platform mereka dan terus pilih pair mata wang yang sudah berada berdekatan dengan level Support & Resistance.

Trading ini sama saja seperti membuka sebuah perniagaan dan dalam apa-apa perniagaan pun kita perlu ada planning yang bagus jika tidak perniagaan tersebut akan rugi.

Trading tiada bezanya juga dengan mempunyai perancangan yang bagus sebelum memasuki sebarang posisi trade adalah amat penting ia dapat menentukan sama ada kita akan jadi seorang trader yang berjaya ataupun tidak.

Trading plan juga dapat membantu kita untuk trade berdasarkan apa yang market sedang buat dan bukannya ikut emosi kita.

Jika dilakukan dengan betul ia dapat membantu kita untuk menjadi seorang trader yang konsistent.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua trading plan saya, ini adalah 5 unsur penting yang saya lihat sebelum memasuki market.

1) Ketahui Pair Mata Wang Mana Untuk Fokus

Selalunya apa trader baru biasa buat adalah mereka akan buka trading platform mereka dan marking level support dan resistance kemudian tunggu untuk harga sampai ke level tersebut.

Cara tersebut tidak begitu efektif ianya lebih bagus untuk kita tahu pair apa yang patut kita fokus pada hari tersebut.

Jika anda macam saya yang trade 28 pair jenis mata wang ianya mungkin agak terlalu banyak pair untuk fokus serentak, tetapi apa yang saya lakukan adalah tapis untuk tahu pair mana yang saya patut fokus hari ini.

Cara yang terbaik adalah dengan ketahui kekuatan mata wang.

Dengan menggunakan kaedah tersebut saya dapat tahu pair mana yang patut saya fokus, sebagai contoh katakan EUR lebih kuat berbanding USD.

Jadi saya tahu yang saya patut fokus di pair EUR/USD untuk hari itu jika berdasarkan kekuatan mata wang.

2) Arah Market

Selepas saya sudah tahu pair apa yang saya perlu fokus kemudian saya akan lihat chart pair tersebut dan lakukan teknikal analysis.

Jika kita guna contoh yang sama seperti tadi EUR lebih kuat berbanding USD itu sudah tentu maksudnya yang chart untuk pair EUR/USD adalah uptrend.

Tetapi ianya tidak semudah itu untuk kenal pasti arah trend itu adalah satu perkara asas yang perlu diketahui semua trader.

Jika anda masih tak pasti cara untuk baca arah market saya sarankan anda lihat topik ini tentang market swing.

3) Dimana & Bila nak Entry

Seperti saya katakan tadi untuk ketahui arah market tidak susah sangat tetapi untuk tahu bila masa yang sesuai untuk entry itu antara masalah yang dilalui oleh kebanyakan trader.

Selalunya apabila market sudah sampai je ke level SnR trader akan terus membuka posisi trade mereka tanpa tunggu untuk kepastian yang sama ada level tersebut akan bertahan ataupun tidak.

Jawapan untuk masalah ini senang saja ianya adalah kesabaran untuk menunggu setup.

Setup untuk entry bukanlah satu topik yang kompleks sebenarnya kebanyakan trader takut untuk menunggu waktu yang sesuai untuk entry adalah kerana mereka takut jika mereka terlepas untuk entry dan market sudah bergerak.

Memang dalam trading akan ada situasi dimana kita akan terlepas peluang untuk memasuki market, tapi pendapat saya ianya lagi elok untuk terlepas trade daripada alami kerugian.

Antara setup entry terbaik adalah tunggu untuk berlakunya chart pattern seperti double top atau double bottom berlaku ataupun candlestick pattern, antara candlestick pattern yang bagus bagi saya adalah Englufing dan juga Rejection candle.

Dengan gabungan chart pattern atau candlestick pattern dengan level support dan resistance ia dapat kurangkan risiko untuk kita entry terlalu awal dan dapat kepastian sama ada level SnR tersebut akan bertahan ataupun tidak.

4) Level Stop Loss

Sudah tentu kita perlu sentiasa letakan Stop Loss(SL) untuk setiap posisi trade yang kita ambil kerana tiada apa-apa yang 100% pasti di dalam market.

Walaupun setup trade tersebut sudah nampak bagus dan ada setup entry yang bagus berlaku masih terdapat 1% peluang untuk market bergerak bertentangan dari jangkaan kita.

Jadi ianya amat penting untuk kita tetapkan terhadkan kerugian kita untuk peluang trade yang lain.

Cara terbaik untuk letak level stop loss kita adalah:

– Guna Averange True Range(ATR)

Jika anda tidak pasti cara ini anda boleh baca tentang strategy tersebut di sini dimana saya terangkan apa itu indicator ATR dan cara guna indicator tersebut.

– Level SnR

Cara kedua adalah dengan letak stop loss kita di bawah atau atas level Support dan resistance.

– Fixed Stop

Fixed stop ini bermaksud anda menggunakan cara stop loss yang sama untuk setiap posisi trade anda contoh katakan kita mahu set 30 pip stop loss.

Jadi setiap kali kita entry kita akan letakan jarak SL kita 30 pip daripada harga dimana kita entry.

Cara ini bagus jika anda hanya trade Major Pair sahaja kerana jika untuk pair lain seperti cross pair atau Gold spread untuk pair tersebut biasanya lebih lebar berbanding major pair.

5) Level Take Profit

Yang terakhir sekali adalah untuk tahu dimana level take profit(TP) kita.

Seperti stop loss, take profit juga ada beberapa cara yang berbeza

– Fibonacci Extention

Dengan menggunakan Fibo Extention kita dapat tahu level-level support atau resistance yang tersembunyi dan level-level tersebut adalah antara level yang bagus untuk kita ambil profit.

Jika anda tak tahu cara guna tool tersebut boleh lihat tutorial tentang fibonacci extention.

– Risk Ratio

Risk ratio ini bermaksud kita set take profit kita 2 atau 3 kali ganda daripada apa yang kita risikokan.

Contoh jika kita ada entry trade dengan stop loss 20 pip, jadi take profit kita akan set dengan jarak 40 pip ataupun 60 pip daripada paras entry kita.

– Support & Resistance

Cara ini mudah saja sebagai contoh jika kita entry buy di level support target kita adalah hingga ke level resistance terdekat.

Situasi yang sama untuk sell, jika kita entry sell di resistance kita akan ambil profit kita di level support yang terdekat.

Kesimpulan

Jadi itulah 5 unsur yang saya gunakan di dalam trading plan saya.

Kita perlu tahu cara untuk tapis pair apa yang patut kita fokus dan lakukan analysis untuk tahu arah pergerakan market untuk pair tersebut.

Kemudian tunggu waktu yang sesuai untuk buka posisi trade kita pada masa yang sama sudah tahu di mana level stop loss jika market bergerak bertentangan dari analysis serta dimana level take profit sekiranya market bergerak ikut arah analysis.

Jika anda sudah bina trading plan anda sendiri dan sentiasa ikut trading plan tersebut ianya memang akan dapat mengubah cara trading anda.

Ada satu artikel saya sarankan untuk anda baca dimana saya terangkan tentang Trading Checklist macam mana ia dapat kurangkan kerugian kita dalam trading.

Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply