You are currently viewing Adakah Anda Trading Atau Berjudi?

Adakah Anda Trading Atau Berjudi?

Bila saya katakan dekat orang yang saya seorang trader, ramai orang tanya yang trading ini bukan ke macam berjudi?

Yela kan kita bukannya ada kuasa untuk melihat masa depan dan dapat tahu ke mana arah market akan bergerak, jadi peluang untuk kita sentiasa berjaya teka arah market itu tidak selalunya tepat akan ada kalanya market akan bergerak bertentanggan.

Tetapi ada banyak cara untuk trader dapat paham tentang pergerakan market dan membuat anggaran kemunkinan arah mana market akan bergerak.

Di artikle ini kita akan baca 3 perkara apa sebenarnya yang membuatkan orang itu berjudi dan bukannya trading.

1) Tiada Trading System

Mempunyai trading system atau trading strategy adalah salah satu benda yang wajib perlu ada sebagai trader, sekiranya anda tiada trading strategy itu sememangnya anda sebenarnya berjudi kerana anda membuka posisi trade anda tanpa sebarang perancanggan.

Jadi sekiranya anda masih tidak mempunyai trading system saya sarankan anda cuba cari satu strategy, tidak kesah sama ada ianya swing trading strategy atau intraday ataupun scalping yang penting ianya konsistent dan sesuai dengan cara trading anda.

2) Tidak Menjaga Risk Anda

Munkin anda sudah banyak kali dengar atau baca ayat ini “sentiasa jaga risk management” dan ianya memang benar dan bukan itu saja, risk management dan juga money management adalah ramuan rahsia untuk kita berjaya dan menjadi konsistent di dalam forex trading ini.

Guna leverage yang kecil, buka saiz lot yang sesuai dengan modal akaun anda, serta jangan sesekali trade tanpa stop loss.

3) Tidak Mempunyai Ilmu Yang Mendalam Tentang Market

Bila kita mula trade tanpa ilmu pengetahuan tentang market ianya sama sahaja kita berjudi sebab kita membuka posisi trade tanpa sebarang perancanggan dan kita hanya berharap yang trade tersebut menjadi profit.

Bila kita mula berharap atau ikut nasib itu sememangnya berjudi dan bukannya trading, kerana bila kita sudah ada ilmu tentang market kita akan tahu yang market kemunkinan akan mula berubah di paras harga ini kerana munkin di situ adalah level support atau level resistance.

Sebab itu untuk memiliki ilmu pengetahuan tentang market itu sangat penting sebelum kita mula trade di market yang sebenar kalau tidak ianya tiada beza seperti kita berjudi.

Cuba luangkan masa dalam 6 bulan ke 1 tahun untuk belajar tentang market dan berlatih di demo akaun sebelum anda mula trade live akaun.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply