Analisa Forex Pair EUR/NZD dan CHF/JPY

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera

Minggu ini saya akan pantau pair EUR/NZD dan juga CHF/JPY kerana dua pair ini menunjukan potensi trade yang bagus.

Sebelum lihat analisa minggu ini sila berhati-hati ketika trading untuk matawang EUR dan juga JPY kerana pada minggu ini terdapat keluaran data yang kuat buat kedua-dua mata wang negara tersebut.

Potensi Uptrend di EUR/NZD

Pair EUR/NZD telah berada dalam keadaan uptrend sudah hampir tempoh sebulan dan saya masih menjangkakan pair ini akan masih bergerak ke arah trend bullish pada minggu ini.

Level Support 1: 1.63994 – 1.63652
Level Support 2: 1.62375 – 1.62003

Ini adalah 2 kawasan support yang saya akan lihat untuk pasaran memberikan riaksi bullish sebelum bergerak ke arah jangkaan analisa.

Bearish di CHF/JPY

Di CHF/JPY saya menjangkakan pergerakan downtrend untuk berlaku. Ketika ini harga sedang berada agak jauh dari level resistance tapi saya akan tunggu harga sampai ke level tersebut dahulu dan lihat apakah riaksi harga sebelum membuat keputusan.

Resistance 1: 130.451 – 130.918
Resistance 2: 131.356 – 131725

Ini adalah dua level resistance yang saya akan pantau untuk harga memberi riaksi.

[adrotate group=”2″]

Market Recap

NZD/USD

Prestasi analisa pair NZD/USD pada minggu lepas agak sedih sikit kerana harga langsung tidak sampai ke level resistance sebelum mula turun lebih daripada 130 pips.

Walaupun pada 11 Mei harga sudah hampir sampai ke level resistance tapi harga cepat jatuh semula.

CAD/CHF

Untuk analisa CAD/CHF pula ianya berjalan dengan lancar dimana saya menjangkakan pasaran untuk sambung bergerak ke arah pergerakan trend.

Harga pada awalnya terdapat sedikit kesusahan untuk bergerak dari level support pertama. Tapi ketika hari khamis harga terus bergerak ke arah analisa.

Mungkin perkara yang kita dapat belajar adalah tidak semestinya harga sudah sampai di level SnR ia akan terus bergerak. Dari masa kesemasa harga boleh bertahan di kawasan SnR buat sementara waktu sebelum bergerak.

Sebab itu ianya penting untuk memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam trading.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply