You are currently viewing Apa Itu Pasaran Forex

Apa Itu Pasaran Forex

Mungkin anda pernah terdengar tentang pasaran forex dan anda terfikir apa itu forex market sebenarnya dan macam mana ia beroperasi.

Secara asasnya pasaran forex adalah sebuah pasaran kewangan di mana mata wang akan saling ditukar kepada mata wang yang lain. Sebagai contoh mata wang MYR(Malaysia Ringgit) ditukar ke mata wang USD(dollar). Maksud forex adalah foreign exchange.

Ketika ini pasaran forex adalah sebuah pasaran kewangan terbesar di dunia, wikipedia menggatakan jumlah transaksi harian untuk pasaran forex mencecah lebih daripada $6 trillion dollar, untuk dibandingkan jumlah transaksi harian di dalam pasaran saham adalah dalam $14 billion manakala untuk pasaran cryptocurrency pula ia dalam $109 billion dollar sehari.

Cara Pasaran Forex Beroperasi

Jadi macam mana pasaran forex ini berkerja?

Konsep pasaran forex ini sama saja seperti kebanyakan konsep perniagaan, adanya penjual dan juga pembeli. Apabila kita mahu menukarkan mata wang kita kepada mata wang negara lain kita perlukan seseorang daripada negara tersebut untuk menukar mata wang mereka kepada mata wang kita.

Contoh sekiranya kita nak tukar MYR kepada USD kita perlukan seseorang yang mahu tukarkan USD mereka kepada MYR barulah transaksi kita akan di laksanakan.

Pasaran forex memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan harian kita sekarang ini, katakan kita mahu beli barang dari europe kita tidak boleh membayar menggunakan duit MYR kerana negara di sana tidak menggunakan mata wang MYR, apa yang kita perlu buat adalah tukarkan MYR kita kepada EURO baru kita dapat beli barang tersebut. Disebabkan transaksi yang berlaku di dalam pasaran forex agak tinggi jadi ianya tidak mustahil untuk kita berjaya menukarkan mata wang dalam sekelip mata.

Pasaran Forex Dari Segi Trading

Sekarang kita sudah tahu apa itu pasaran forex pada masa yang sama juga kita sudah paham secara asas macam mana pasaran forex ini beroperasi. Sekarang saya ingin terangkan tentang pasaran forex dari segi trading.

Kita tahu pasaran forex membenarkan kita untuk membeli dan menjual mata wang. Tetapi di dalam trading ianya lebih daripada itu, kita akan akan membeli serta menjual sesebuah mata wang tersebut bergantung kepada pandangan kita terhadap pasaran semasa dan keadaan ekonomi mata wang negara tersebut.

Sebagai contoh, kita menjual mata wang EURO dan beli mata wang USD kerana kita menjangkakan ekonomi US akan lebih kukuh berbanding europah. Jika jangkaan kita benar kita akan mendapat keuntungan daripada transaksi dagangan tersebut. Jika jangkaan kita salah dan EURO menjadi lebih kukuh berbanding USD, kita akan alami kerugian.

Ianya kedengaran agak mudah kerana saya cuba terang perkara asas saja di sini. Terdapat pelbagai faktor yang main peranan untuk kita menentukan arah pergerakan pasaran dalam bahasa trader ianya dipanggil sebagai analisa teknikal dan juga analisa fundamental.

Untuk mudahkan analisa teknikal adalah di mana kita melihat chart pergerakan pasaran dan membuat keputusan tentang ke mana arah ia mungkin akan bergerak.

Contoh Teknikal Analisa Support dan Resistance

Analisa fundamental pula adalah analisa berdasarkan laporan-laporan rasmi seperti jumlah pekerjaan, jumlah pengguguran, kadar interest, dan banyak lagi, dan kita gunakan maklumat dariapda laporan tersebut untuk menentukan kesihatan ekonomi secara keseluruhan.

Siapa Lakukan Transaksi Dalam Forex

Jadi siapa yang selalu lakukan transaksi di dalam pasaran forex dan kenapa mereka melakukannya?

Bank Komersial & Pelaburan serta Bank Pusat

Bank pusat memainkan peranan yang penting di dalam pasaran forex kerana mereka mewakili bagi pihak kerajaan sesebuah negara. Bank negara dapat menentukan kadar interest negara yang boleh memberi impak yang besar kepada mata wang negara.

Kebanyakan jumlah transaksi yang berlaku di dalam pasaran forex adalah daripada pihak bank ini kerana jumlah transaksi mereka amat besar biasanya dalam lingkungan berbillion dollar setiap transaksi.

Kerana jumlah transaksi yang besar bank-bank komersial dan bank pelaburan juga memainkan peranan yang penting kerana mereka boleh mengubah arah pergerakan pasaran.

Pengurus Pelaburan dan Dana Lindung Nilai

Dana lindung nilai atau lebih dikenali sebagai hedge fund adalah sebuah syarikat dimana mereka mengumpulkan dana daripada para pelabur dan pihak hedge fund akan uruskan dana tersebut dengan melabur ke dalam pelbagai aset seperti, hartanah, pasaran saham, pasaran forex, dan banyak lagi dengan bertujuan untuk menjana keuntungan kepada pelabur mereka.

Cara syarikat hedge fund menjana keuntungan adalah dengan ambil sedikit daripada hasil keuntungan tersebut dan juga mengenakan caj bayaran kepada pelabur mereka biasanya dalam 1 peratus ke 2 peratus.

Syarikat

Syarikat yang ingin melakukan transaksi perniagaan dengan negara lain perlu menukarkan mata wang mereka ke mata wang negara yang mereka berurusan bersama. Sebagai contoh syarikat di United Kingdom ingin berurusan dengan sebuah syarikat di negara Australia perlu menukarkan British Pound kepada Australia Dollar baru urus niaga tersebut dapat dilaksanakan.

Sesetengah syarikat boleh melakukan sebuah transaksi yang besar daripada berjuta USD hingga ratusan juta dan kadang-kadang boleh mencecah juga billion apabila mereka melakukan transaksi.

Pelabur Kecilan

Pelabur kecil adalah trader-trader biasa harian. Untuk dibandingkan jumlah dagangan trader-trader kecilan dengan jumlah dagangan institusi seperti bank dan hedge ianya agak kecil tetapi bidang trading semakin berkembang dan makin ramai orang ingin menceburi bidang ini.

Trader-trader ini akan melakukan analisa teknikal dan juga fundamental untuk meramal arah pergerakan mata wang dan membuat keputusan untuk menjual serta membeli berdasarkan keputusan analisa berikut.

Orang Biasa

Jika anda pernah menukarkan mata wang anda di pusat penukaran wang asing seperti di lapangan terbang atau pusat membeli belah itu bermakna secara tidak langsung anda telah melakukan transaksi di dalam pasaran forex.

Contoh lain, apabila kita membeli barang secara dalam talian dari luar negara apabila kita ingin bayar kos barang tersebut, pihak bank yang kita guna akan tukarkan duit kita ke duit negara yang kita mahu buat transaksi.

Belajar Trade Pasaran Forex

Jadi ianya tidak mustahil untuk kita dapat menjana keuntungan di dalam pasaran forex ini, tetapi soalannya adalah macam mana?

Di mana anda boleh belajar tentang cara untuk mula trade pasaran forex?

Di Wira Trader saya telah menyediakan sebuah course percuma di mana anda boleh belajar tentang cara untuk berdagang pasaran forex. Di dalam course ini anda akan belajar dari asas seperti cara pasaran forex ini beroperasi, cara untuk memilih broker, cara guna platform trading, hinggalah ke advance seperti cara untuk melakukan teknikal analisa seperti support dan resistance, chart pattern, risk management dan banyak lagi.

Anda akan belajar dari A-Z tanpa perlu bayar satu sen pun. Seperti saya katakan course ini adalah percuma.

Mungkin ada yang terfikir pasti ada muslihat takkan lah 100% percuma?

Tiada sebarang muslihat semua course yang saya terbitkan adalah percuma, niat saya mewujudkan Wira Trader adalah untuk jadikan ia sebagai tempat dimana orang ramai boleh belajar serta berkongsi ilmu berkenaan trading dan pelaburan.

Sekiranya anda masih baru lagi anda boleh mula belajar di Forex Simple Course dahulu.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh ke ruang forum Wira Trader dan tanya soalan anda di situ.

Saya tertanya-tanya adakah anda masih baru lagi dalam bidang trading ini ataupun anda sudah memiliki pengalaman, boleh kongsikan kesah anda di komen di bawah.

Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply