You are currently viewing Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Trader Terbaik Dunia

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Trader Terbaik Dunia

Cara yang terbaik untuk kita belajar tentang sesuatu adalah dengan belajar daripada mereka yang sudah berjaya di dalam bidang tersebut.

Hari ini kita akan lihat 12 perkara yang kita boleh belajar daripada 12 trader terbaik di dunia daripada petikan ayat mereka dan cuba untuk memahami apakah maksud petikan ayat tersebut serta macam mana kita boleh guna di dalam trading kita.

1) George Soros

George Soros mungkin adalah salah satu trader yang terkenal di dunia, pada tahun 1992 beliau telah membuat satu dagangan dimana telah menjatuhkan Bank Of England pada masa yang sama berjaya membuat keuntungan hampir $2 Billion dalam sehari.

Maksud quote diatas adalah tentang risk reward ratio. Adakah keuntungan kita lebih banyak daripada kerugian kita.

Dalam trading kerugian itu pasti akan ada tetapi kita perlu pastikan yang kerugian tersebut tidak melebihi keuntungan kita.

2) Jesse Livermore

Jesse Livermore adalah penulis buku bertajuk “How to Trade in Stocks” yang diterbitkan pada tahun 1940.

Ketika tahun itu beliau adalah antara seorang trader yang ternama pada tahun 1929 beliau diaggarkan bernilai dalam $100 Juta US Dollar, lebih kurang dalam $1.5 Billion Dollar pada zaman ini.

Tetapi sebab utama kenapa beliau terkenal adalah sebab beliau telah membuka posisi short di dalam market sebelum tahun 1929 crash(Great Crash).

Maksud petikan ayat di atas adalah, hanya trade atau memasuki market ketika semua petunjuk di dalam market menunjukan benda yang sama.

Contoh jika kita jangkakan market untuk membuat kenaikan kita perlu pastikan yang market betul-betul menunjuk ciri-ciri mahu menaik.

Dalam petikan ayat tersebut juga beliau ada katakan yang tiada sesiapa boleh sentiasa menang ketika dalam market, akan ada waktu di mana kita tidak patut memasuki market mungkin disebabkan ekonomi yang tidak menentu atau disebabkan emosi.

Apa yang saya sukakan tentang petikan ayat ini adalah ia memberi tahu kita yang kita tidak perlu sentiasa trade sebagai contoh jika kita adalah seorang intraday trader dan tiada setup trade yang berlaku untuk hari itu jadi tidak perlu trade.

3) John Paulson

John Paulson menjadi terkenal pada tahun 2007 selepas beliau berjaya membuat keuntungan dalam $4 Billion ketika kejatuhan ekonomi pada tahun 2007 – 2008.

Maksud ayat di atas adalah ketika market sudah bergerak jauh menaik ketika itu ramai orang baru mahu memasuki market, ianya mungkin berpunca daripada emosi F.O.M.O takut untuk terlepas peluang untuk membuat duit.

Tetapi apa yang kita patut buat adalah tunggu untuk market pullback berlaku jangan kejar pergerakan market, contoh yang sesuai adalah Bitcoin.

Ketika bitcoin berharga dalam $100, $200, $300 dollar tiada sesiapa mahu beli ketika waktu itu tetapi ketika bitcoin sudah naik tinggi dan mahal ketika itulah ramai orang mahu membeli dan melabur ke dalam bitcoin & matawang crypto yang lain, sedangkan harga sudah menjadi terlalu mahal dan kemudian market mula turun semula.

Mereka yang kejar market pasti sudah menggalami kerugian yang besar.

Situasi yang sama juga untuk market yang sedang bergerak ke bawah, ketika market sudah membuat penurunan yang ketara ketika itulah ramai trader mahu menjual sedangkan professional trader dan investor sedang bersedia untuk membeli.

4) Richard Dennis

Richard Dennis adalah seorang trader komoditi pada tahun 1970 beliau telah meminjam duit dalam $1600 dan menjana keuntungan sebanyak $200 Juta USD dalam masa 10 tahun.

Richard Dennis dan kawan belau William Eckhardt telah menubuhkan Turtle Traders dengan bertujuan untuk membuktikan bahawa orang yang tiada penggalaman dalam trading juga boleh menjadi trader yang berjaya dengan memberi sedikit bimbingan kepada mereka.

Makna quote tersebut adalah berhenti untuk kejar market atau membuka posisi yang lebih besar untuk menutup semula kerugian yang dialami sebelumnya.

Serta kerugian berturut-turut dapat menjejaskan pertimbangan kita di dalam market, jadi kita perlu elak untuk membuka sebarang posisi trade yang baru selepas menggalami kerugian berturut-turut kerana ada risiko yang kita akan mula trade berdasarkan emosi berbanding teknikal analysis.

Baca: 5 Cara Untuk Kekal Bermotivasi Ketika Trading.

[adrotate group=”4″]

5) Ed Seykota

Ed Seykota adalah seorang Trend Trader, beliau berjaya menukar $5000 kepada $15,000,000 dalam tempoh 12 tahun.

Apa yang beliau cuba katakan adalah, trend itu adalah kawan kita tetapi kita perlu ingat tiada trend yang akan kekal selamanya, apa yang naik pasti akan turun dan yang turun pasti akan ada kenaikan.

6) Paul Tudor Jones

Beliau adalah seorang manager Hedge Fund dan menjadi terkenal apabila beliau telah membuka posisi short dalam market ketika peristiwa Black Monday berlaku pada tahun 1987.

Maksud quote tersebut adalah, rahsia untuk berjaya dalam bidang trading adalah dengan mempunyai sifat kemahuan ilmu kepahaman yang mendalam tentang market.

Ianya memang benar lebih banyak ilmu yang anda ada tentang market, kemungkinan untuk berjaya itu lebih tinggi.

7) Justin Mamis

Justin Mamis adalah naib presiden kanan dan juruteknik ketua pasaran di Hancock Institutional Equity Services di New York.

Petikan ayat di atas bermaksud, saham di beli bukan kerana ketakutan tetapi kerana harapan, dan jual disebabkan ketakutan.

Petikan ayat ini adalah berkaitan dengan psychology di dalam market.

Kebanyakan tindakan yang di ambil trader didorong oleh emosi.

8) Warren Buffett

Siapa tidak kenal Warren Buffet, beliau adalah seorang investor yang paling berjaya. Warren Buffet adalah pemilik serta CEO Berkshire Hathaway.

Beliau telah membeli saham syarikat terbesar dunia seperti Coca Cola, Amarican Express, Apple, Costco, Mastercard, dan banyak lagi. Ketika menulis ini beliau dianggarkan bernilai dalam $76 Billion Dollar.

Quote beliau di atas bermaksud mereka yang tidak bersabar akan kalah kepada mereka yang bersabar. Sifat kesabaran itu adalah salah satu kemahiran yang paling bernilai untuk seorang trader.

9) Ray Dalio

Ray Dalio ialah pencipta dan pemilik syarikat Bridgewater Associates semua syarikat invesment management firm dari Amarica Syarikat.

Bridgewater Associates adalah salah satu hedge fund terbesar di dunia dengan memiliki AUM(Asset Under Management) bernilai dalam $160 Billion USD.

Maksud quote di atas agak dalam kerana ianya adalah salah satu punca kenapa kebanyakan trader gagal dan ianya berpunca daripada perasaan ego diri kita sendiri.

Daripada terima kesalahan kita dalam market kita tidak mahu ‘Cut Loss’ kerana kita mahu menjadi betul daripada membuat duit.

Dalam quote itu juga ada katakan yang kita patut tahu apa kelemahan dan kekuatan kita sebelum kita berjaya dalam trading, ianya lebih kepada diri kita ini jenis trader yang mana, contoh kalau anda adalah swing trader ianya agak susah sedikit untuk anda trade style scalping kerana ia tidak sesuai dengan diri anda.

[adrotate group=”4″]

10) Jim Rogers

Jim Roger adalah seorang investor dari Amarica, beliau juga telah membuka syarikat fund management bersama George Soros yang bernama Quantum Fund.

Maksud quote di atas sama seperti quote daripada Warren Buffet ianya tentang betapa pentingnya kesabaran itu di dalam trading dan tunggu waktu yang sesuai untuk memasuki market.

11) Peter Lynch

Peter Lynch adalah seorang fund manager di Magellan Fund pada tahun 1977 hingga 1990 pulangan yang diperolehi Peter Lynch dalam 29.2% setiap tahun.

Beliau juga sudah menerbitkan beberapa buah buku seperti “One Up On Wall Street”, “Beating The Street” & “Learn To Earn”.

Saya sarankan untuk baca buku beliau ianya agak bagus juga.

Mungkin ini adalah salah satu quote yang saya suka, ia bermaksud yang akan ada masa dimana trade kita akan bergerak bertentang dari analysis. Tidak kesah bertapa hebatnya strategy tersebut, losing trade itu pasti akan ada.

Trader yang hebat pun tidak akan sentiasa betul mereka juga akan menggalami kerugian dari masa kesemasa.

12) Michael Covel

Michael Covel adalah seorang Usahawan, Penggarah Filem, dan Penulis. Beliau adalah co-founded trendfollowing.com sebuah website yang popular untuk gaya pelaburan yang menggikut arah trend market.

Quote berliau bermaksud yang ianya mungkin bukan salah strategy trading kita jika berlakunya kerugian dan mungkin ianya adalah salah kita sendiri seperti memasuki market kerana emosi atau tidak menjaga risk serta money management yang bagus.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply