fbpx

Bagaimana Anda Boleh Kekal Bermotivasi dan Semangat Dalam Trading

Bagaimana Anda Boleh Kekal Bermotivasi dan Semangat Dalam Trading

Dari masa ke semasa akan ada waktu kita rasa seperti tidak semangat atau kurang motivasi untuk melakukan sesuatu kerja itu, ini termasuk lah juga di dalam trading.

Akan ada waktu bila kita rasa macam kurang semangat untuk trade munkin disebabkan kita tidak nampak kemajuan dalam trading kita atau munkin juga disebabkan sifat ragu-ragu sama ada trading ini sesuai atau tidak untuk diri kita.

Punca lain kita kehilangan motivasi juga munkin disebabkan bila kita ada dalam keadaan losing trade berturut-turut.

Harini saya akan berkongsi 5 cara anda boleh terus kekal semangat dalam forex trading.

1) Baca Kesah Trader Yang Sudah Berjaya

Munkin benda ini memang jelas sekali, anda perlu ada model peranan atau orang yang anda mahu jadi seperti, ianya amat penting untuk anda terus kekal bermotivasi.

Cari seorang trader yang anda anggap sebagai mentor anda, ikut cara dia, kaji kesah hidup dia, tengok routine kehidupan harian dia macam mana munkin dia bangun awal anda pon boleh cuba ikut bangun awal, munkin dia rajin bersenam anda pun boleh cuba bersenam, lebih banyak anda tahu tentang mentor anda lagi bersemanggat anda untuk kejar impian anda.

2) Berhenti Bandingkan Diri Dengan Trader Yang Lain

Setiap orang berbeza anda perlu berhenti bandingkan diri anda dengan orang yang lain, munkin orang itu mula dengan modal yang lebih besar dari anda atau munkin dia dapat profit lebih banyak.

Biarkan sahaja dan teruskan dengan usaha anda. Membandingkan diri anda dengan trader lain pada pendapat saya ia adalah salah satu cara yang cepat untuk hilang motivasi dan semangat anda, kenapa?

Sebab daripada anda bandingkan diri anda gunakan kesah dia itu sebagai doronggan untuk menaikkan semangat anda lagi untuk kejar matlamat anda.

Pada akhirnya matlamat anda dan dia munkin sama iaitu untuk mencapai kebebasan kewangan 🙂

3) Tenangkan Fikiran

Munkin antara punca kebanyakkan trader hilang motivasi atau semanggat adalah bila mereka melalui losing trade berturut-turut dan mereka mula ragu sama ada trading ini munkin bukan untuk mereka.

Kalau anda kaji kebanyakkan professional trader atau trader yang sudah berjaya di luar sana, anda akan nampak yang mereka juga akan ada lalui kekalahan berturut-turut, tetapi apa yang buat mereka berjaya adalah mereka tidak mengalah.

Mereka akan berehat dahulu seketika dan tidak lihat chart munkin selama sehari, seminggu atau sebulan untuk tenangkan fikiran mereka.

Kemudian mereka akan kaji semua trade tersebut dan cari dimana kesilapan mereka dan apa yang patut mereka betulkan.

Anda pun boleh buat benda yang sama sekiranya anda melalui trade asyik loss berturut-turut, ambil masa untuk berehat, pergi bermain badminton, berenang, makan luar dengan family, lepak dengan member apa-apa saja yang anda suka yang penting jangan tengok chart.

Kemudian kaji semula trade tersebut tengok dimana kesilapannya, munkin saiz lot terlalu besar, atau stop loss terlalu rapat, atau anda tidak ikut arah trend, etc.

Loss berturut-turut itu semua trader akan laluinya saya sendiri pun akan lalui waktu itu juga, tetapi cara kita atasi kekalahan tersebut yang menunjukkan sama ada kita akan berjaya ataupun tidak di dalam dunia trading.

4) Memberi Ganjaran Untuk Diri Anda

Kalau anda lalui minggu trading yang bagus beri sedikit ganjaran untuk diri anda.

Windraw sedikit profit itu dan pergi berlanja tak kesah la nak beli barang ke, belanja isteri ke belanja teman wanita ke atau kalau anda masih single macam saya, boleh bawa ahli keluarga makan luar.

Dengan memberi ganjaran kepada diri anda sendiri ianya akan tingkatkan lagi semangat anda dan tahap motivasi anda untuk terus berusaha.

5) Membuat Matlamat

Meletakkan sasaran matlamat anda amat penting, ramai orang ada matlamat tetapi kebanyakkannya tidak mencapainya kerana tiada azam yang kuat untuk kejar matlamat tersebut.

Bermula dengan matlamat yang mudah untuk dicapai dahulu sebagai contoh “minggu pertama trade akaun real saya nak cuba capai $10 dollor profit”, kalau anda capai sasaran tersebut cuba naikan sedikit munkin jadikan $20 dollor pula.

Jangan bermula dengan matlamat yang besar dan susah untuk dicapai kerana ia boleh jadi sebagai beban daripada motivasi untuk anda.

Contoh kalau anda meletakkan matlamat anda untuk membuat $1000 dollor pada bulan pertama, anda munkin tidak tercapai matlamat tersebut, melainkan anda mula dengan modal yang besar, ianya juga memainkan peranan.

Kalau bermula dengan modal $100 dan letak target untuk dapat profit sebanyak $1000 dalam sebulan ianya tidak mustahil tetapi agak susah untuk anda capai matlamat tersebut lagi-lagi kalau anda masih baru lagi dalam forex trading.

Tetapi dengan meletakan matlamat yang tidak mustahil atau terlalu susah untuk dicapai, anda akan rasa lagi semangat untuk cuba mencapai matlamat tersebut kerana ianya tidak kelihatan macam mustahil.

Tulis matlamat anda di kertas dan tampal di dinding bilik anda atau beli satu buku nota khas untuk anda catat matlamat anda kemudian cuba untuk capai matlamat tersebut.

Bermula dengan matlamat yang mudah untuk anda capai.

Leave a Reply

Close Menu
error: Tidak Boleh Copy !! Boleh Share Link URL Sahaja :-)