You are currently viewing Cara Terbaik Untuk Besarkan Akaun Trading Anda

Cara Terbaik Untuk Besarkan Akaun Trading Anda

Biasanya trader yang baru akan mula trading dengan modal yang kecil saja seperti $100 ke $200 USD. Ramai orang bersangka kita perlu mula bermula trading ini dengan jumlah modal yang besar untuk melihat hasil yang memuaskan.

Ye memang terdapat kelebihan buat mereka yang dapat mulakan trading mereka dengan modal yang besar, tetapi tidak semua orang mampu untuk bermula dengan modal seperti itu.

Itu tidak bermakna mereka yang mula trading dengan jumlah modal yang kecil tidak berbaloi. Jika dilakukan dengan betul ianya tidak mustahil untuk trader yang mula dengan modal kecil, dapat jadikan modal tersebut semakin besar.


Di perkongsian kali ini saya bukan hanya akan berkongsi apa yang anda perlu lakukan untuk besarkan akaun trading anda, tapi macam mana patut kita berfikir dan mind-set yang kita perlu miliki untuk capai matlamat tersebut.

Jadi jika anda ingin tahu macam mana cara yang terbaik untuk besarkan akaun trading yang bermula dengan modal yang kecil menjadi besar, teruskan membaca.

Ilmu Trading

Sudah tentu sebelum kita dapat besarkan akaun trading kita dengan konsistent, kita perlu pastikan kita sudah memiliki ilmu trading yang kukuh.

Tanpa memiliki ilmu yang kukuh ianya agak susah untuk kita berjaya dalam trading kerana trading ini adalah sebauh kemahiran dan seperti kemahiran yang lain kita perlu memiliki ilmu yang kukuh serta asah kemahiran tersebut untuk menjadi lebih bagus.

Cara terbaik untuk belajar trading adalah dengan bermula dari asas seperti tahu siapa yang membuat transaksi di dalam pasaran, cara penggunaan platform trading, tahu maksud bullish serta bearish, tahu cara baca pips dan pippitte, dan lain-lain.

Sebab apa perlu mula dari asas?

Kerana jika kita terus belajar “trading strategi” tanpa memiliki asas yang kukuh, kita lagi mudah untuk mengalah dalam trading apabila kita terjumpa rintangan.

Ramai juga trader yang membat kesilapan dimana mereka cuba untuk belajar banyak teknik dan strategi trading dalam satu masa atau mereka selalu menukar ke teknik strategi lain.

Saya sarankan untuk anda bermula dulu dengan belajar satu strategi dahulu yang sesuai dengan diri anda. Jika anda adalah seorang trader scalping cuba belajar teknik scalping sahaja, jika anda trader intraday hanya belajar strategi trading intraday.

Apa yang penting adalah anda belajar satu strategi dalam satu masa dan bukan 2 ke 3 teknik yang berbeza secara serentak. Dan cuba untuk lakukan backtest dahulu terhadap strategi tersebut sebelum tukar ke strategi lain.

Selepas anda sudah biasakan diri dengan strategi yang dibelajar, barulah anda boleh belajar teknik lain tapi hanya dengan tujuan untuk melihat jika teknik tersebut boleh digabungkan dengan strategi yang anda sedang gunakan.

Jika kita tidak memilik ilmu yang kukuh, ianya agak susah untuk berjaya dalam bidang trading.

Jangan Terlalu Mengejar

Jika kita mahu besarkan akaun trading kita dari modal yang kecil, kita perlu sentiasa ingat bahawa ianya mungkin boleh ambil sedikit masa.

Ye mungkin ada trader yang mampu untuk besarkan akaun trading mereka dari modal yang kecil dengan cepat dalam beberapa hari mungkin dalam beberapa jam saja.

Tetapi kita perlu ingat trader-trader tersebut mengambil peluang risiko yang besar untuk mendapat pulangan seperti itu.

Maksudnya jika trader tersebut mempunyai 5 akaun trading yang berbeza dan kesemuanya bermula dengan modal yang kecil mungkin hanya 2 akaun saja yang berjaya dibesarkan, yang selebihnya mungkin alami kerugian dan Margin Call(MC).

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, kita tidak boleh terburu-buru untuk besarkan akaun trading kita, walaupun ianya tidak mustahil untuk kita dapat hasilkan pulangan yang besar dalam tempoh masa yang pendek, tapi dengan risiko yang ada dimana kita boleh kehilangan modal tersebut mungkin tidak berbaloi.

Ianya lebih bagus jika akaun kita membesar secara perlahan berbanding kehilangan modal.

Hanya Ambil Trade Setup Yang Betul-betul Bagus

Mungkin banyak trader berfikir, jika mereka ambil posisi trade lagi banyak itu bermaksud akaun akan besar dengan lebih cepat.

Ye ianya benar tapi itu hanya jika kebanyakan analisa mereka betul. Jika kebanyakan posisi trade yang diambil menjadi rugi, bukan saja akaun kita gagal untuk membesar malahan mungkin juga kita akan kehilangan akaun trading akibat kerugian.

Kadang-kadang dengan tidak membuka sebarang posisi trade ketika kita berasa ragu boleh menjadi keuntungan buat kita juga.

Jika terdapat rasa ragu-ragu untuk buka posisi buy atau sell, ia mungkin bermaksud kita sedang paksa diri kita untuk trade walaupun tiada sebarang setup trading yang sedang berlaku.

Ianya disarankan untuk kita hanya ambil posisi trade yang kita yakin, jika kita memaksa diri untuk buka posisi trade juga terdapat risiko untuk kita alami kerugian.

Pentingnya Jaga Money Management

Ianya amat penting untuk kita menjaga risk serta money management supaya kita tidak terlalu mendedahkan akaun trading kita kepada risiko yang terlalu besar.

Mungkin sudah ramai dengar benda ini dan mungkin juga sudah muak mendengarnya. Tapi masih ramai lagi yang endahkan nasihat ini.

Dalam kebanyakan nasihat di post ini, mungkin ini yang paling perlu ingat kerana sehebat mana pun trading strategi yang digunakan, kalau kita masih gagal untuk menjaga risiko serta money management, kita tidak akan berjaya untuk besarkan akaun trading secara konsistent.

Tahu Apa Yang Perlu Buat Jika Ada Posisi Yang Rugi

Kerugian di dalam trading ini pasti akan berlaku, tiada siapa yang boleh jamin bahawa dia akan sentiasa 100% mendapat keuntungan sentiasa, dari masa kesemasa kita pasti akan ada alami kerugian.

Kita perlu pastikan yang kita tahu tindakan apa yang perlu kita ambil sekiranya terdapat sebuah posisi trading kita yang berada di dalam keadaan yang rugi.

Dalam trading ini ianya tidak semestinya hanya tentang mendapat keuntungan yang besar, tetapi ianya tentang cara kita menjaga risiko ketika trading juga.

Sentiasa ingat untuk kurangkan kerugian kita dengan ambil kekalahan tersebut lebih awal daripada terus memegang posisi trade yang rugi dengan berharap agar pasaran akan mula berubah arah.

Dengan ambil kerugian itu lebih awal ia dapat halang kita daripada terima kerugian yang lebih besar disebabkan ego kita yang tidak mahu terima kesalahan.

Untuk menjadi lebih disiplin saya sarankan penggunaan level stop loss(SL).

Selepas kita sudah tetapkan di mana level SL, tekad dengan diri sendiri agar tidak alih level SL tersebut jika harga sudah hampir dengan level tersebut.

Kita akan terima saja kerugian itu dan mencari peluang lain.

Tangkap Pergerakan Besar

Dengan menangkap pergerakan arah pasaran yang besar dapat memberikan peluang yang bagus untuk kita besarkan akaun trading dengan lebih pantas.

Untuk tangkap pergerakan ini kita perlu mencari peluang trade yang ikut arah trend pasaran semasa.

Jika pasaran sedang berada dalam keadaan uptrend maka kita hanya akan mencari peluang buy sahaja. Sekiranya pasaran semasa sedang berada dalam keadaan downtrend kita hanya lihat peluang untuk sell.

Kekuatan Trade Ikut Arah Trend

Ini kerana pergerakan yang ikut arah trend semasa biasanya lebih kuat dan jaraknya lebih jauh berbanding dengan pergerakan yang bergerak bertentangan dengan arah trend.

Sebab itu saya sarankan kepada ramai trader untuk mengenal pasti arah trend dan hanya trade ikut arah trend ianya pengetahuan asas tapi masih ramai tidak mengamalnya.

Kualiti vs Kuantiti

Biasanya bila trader cuba untuk besarkan akaun trading mereka, mereka selalu memikirkan lebih kepada kuantiti trade.

Sebagai contoh mereka meletakan sasaran untuk membuka posisi trade sekurang-kuragnya 20 posisi dalam sehari.

Tapi pada pendapat saya kualiti trade lebih penting berbanding kuantiti.

Ini kerana jika kita trade dengan kuantiti yang banyak dalam sehari sekali pun itu masih tidak menjamin keuntungan kerana tidak mustahil kebanyakan trade yang kita ambil boleh menjadi trade yang rugi.

Dan jika berfikiran seperti perlu buka beberapa posisi trade setiap hari, selalunya ini boleh menyebabkan kita untuk memaksa diri kita untuk trade juga walaupun tiada potensi trade yang bagus.

Kebiasaannya tindakan seperti ini hanya akan membuat kita alami lebih banyak kerugian daripada keuntungan.

Jadi ianya lebih bagus untuk trader fokus kepada kualiti trade berbanding kuantiti trade.

Hanya ambil peluang dimana pasaran memberikan trade setup yang bagus sahaja, jika terdapat rasa ragu-ragu dengan potensi trade tersebut kemungkinan tinggi ia bermaksud kita sedang paksa diri untuk trading.

Cara untuk mendapat trade yang berkualiti adalah dengan tunggu untuk berlakunya setup trading yang betul-betul bagus dan setup trade yang ikut arah trend.

Seperti saya terangkan di point sebelum ini, ia lebih bagus bila kita ambil trade yang bergerak ikut arah trend pasaran semasa kerana kita dapat tangkap pergerakan yang lebih besar.

Jaga Keuntungan

Tiada gunanya jika mendapat keuntungan kemudiannya kita hilang semula keuntungan tersebut.

Saya pasti anda pasti pernah alami situasi seperti ini dimana anda sudah mendapat keuntungan yang bagus tetapi beberapa trade kemudian anda kehilangan semula semua keuntungan yang anda dapat sebelum itu.

Situasi ini biasanya berlaku apabila trader menjadi terlalu yakin.

Bila kita alami trade yang untung beberapa kali berturu-turut kita mula berasa terlebih yakin untuk peluang trade yang seterusnya.

Apabila kita menjadi terlalu yakin kita akan mula ambil risiko yang lebih besar sedikit seperti membuka saiz posisi trade yang lebih besar dari biasa.

Untuk atasi isu ini kita perlu sentiasa ingat setiap trade boleh memberikan hasil yang berbeza, trade yang sebelum ini tiada kaitan dengan peluang trade yang akan datang.

Ianya lebih berkait kepada disiplin kita agar kekal kepada SOP trading kita.

Cara penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan trading checklist dalam trading kita ia dapat membantu kita untuk elak daripada isu seperti ini.

Rancang Untuk Jangka Masa Panjang

Pasti anda pernah dengar tentang konsep kompoun. Jika anda tidak tahu apa itu kompoun ianya adalah dimana kita guna keuntungan yang kita telah perolehi sebagai modal tambahan dengan modal asal kita.

Maksudnya apabila kita terima keuntungan daripada keluarkan dan berlanja hasil keuntungan tersebut, kita kekalkan keuntungan itu di dalam akuan trading dan jadikan ia sebagai modal tambahan.

Pada awalnya ia mungkin akan kelihatan perkembangan akaun agak perlahan tetapi dalam tempoh yang lama bila sudah terdapat momentum, kita akan nampak akaun tersebut mula berkembang dengan pantas.

Itu lah kuasa kompoun, termasuk Albert Einstein juga mengatakan kompoun ini suatu benda yang ajaib di dunia.

Percaya Pada Diri

Antara sebab kenapa ramai trader gagal untuk besarkan akaun mereka adalah kerana mereka kurang keyakinan.

Mungkin mereka melihat trader lain yang mendapat profit besar dan mereka hanya dapat pulangan profit yang kecil kerana modal mereka tidak besar.

Seperti point sebelum ini dimana kita sudah lihat cara terbaik untuk jadikan akaun bermodal kecil kepada besar adalah dengan cara kompoun.

Walaupun ia mungkin akan kelihatan perkembangan itu agak perlahan pada awalnya, tapi setelah kita mendapat momentum ianya tidak mustahil untuk kita mula dapat melihat hasil perkembangan itu secara konsistent.

Sebab lain kenapa trader menjadi kurang yakin adalah kerana mereka tidak yakin dengan trade setup mereka atau mereka kurang yakin dengan strategi trading yang digunakan.

Situasi ini biasanya berlaku sebab mereka melihat analisa trader lain yang bertentangan dengan pandangan mereka, lalu mereka berasa takut jika analisa mereka salah.

Cara terbaik untuk atasi isu ini adalah:

1) Kurangkan Lihat Pandangan Dari Trader Lain

Kita perlu ingat setiap trader pasti akan mempunyai pandangan yang berbeza kadang-kadang trader lain betul dan kadang-kadang pandangan kita yang betul.

Kalau masih kurang yakin juga, saya sarankan untuk kurangkan melihat analisa orang lain dengan keluar atau kurang aktif untuk memasuki group trading lain dan hanya trade bersendirian.

2) Lakukan Backtest

Cara lain untuk atasi isu ini adalah dengan tingkatkan keyakinan kita terhadap analisa kita sendiri. Untuk buat cara ini kita perlu banyak lakukan backtest terhadap trading strategi kita.

Dengan melakukan banyak backtest kita akan dapat melihat prestasi strategi yang kita gunakan, jika ianya adalah strategi yang bagus, tiada sebab untuk kenapa kita berasa kurang yakin dengan analisa sendiri.

Rileks

Dari masa sekemasa kita akan ada terlepas peluang trading mungkin sebab kita sedang tidak melihat chart ketika waktu itu kerana sebuk atau terlepas pandang.

Jangan risau, jika harga sudah jalan, jangan kejar kerana kalau kita kejar kemungkinan hasil trade tersebut akan menjadi rugi.

Kita bukan mahu besarkan akaun trading dalam tempoh masa yang cepat, tapi kita mahu dapatkan perkembangan secara konsistent.

Jika terlepas peluang biarkan saja kerana pasti akan ada peluang trade yang lain.

Kesimpulan

Walaupun ianya tidak mustahil untuk besarkan akaun trading kita dalam jangka tempoh masa yang sekejap, mungkin anda sendiri pernah melihat trader yang jadikan akaun dari modal yang kecil kepada besar dalam tempoh yang pantas.

Tapi cara tersebut tidak konsistent kerana biasanya mereka akan ambil risiko yang sedikit besar dari apa yang sepatutnya.

Cara yang terbaik adalah dengan rancang untuk jangka masa panjang. Walaupun ianya agak perlahan pada mulanya tapi dalam jangka masa yang mencukupi kita akan mula nampak hasilnya.

Seperti kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang.

Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply