You are currently viewing Cara Menyediakan Diri Untuk Mula Trading Setiap Hari

Cara Menyediakan Diri Untuk Mula Trading Setiap Hari

Trading ini boleh menjadi tekanan juga dari masa-kesemasa, untuk menjadi trader yang konsistent dan berjaya kita perlu sentiasa siap siaga diri kita sebelum mula trade.

Dengan bersedia lebih awal kita dapat tingkatkan keyakinan, disiplin serta mind-set yang betul ketika dalam market.

Seperti ahli sukan juga sebelum mereka mula berlawan dalam mana-mana pertandingan mereka akan bersediakan diri mereka dahulu sebelum perlawanan mula.

Sekiranya anda ingin memberikan diri anda peluang terbaik untuk berjaya dalam setiap sesi trading, anda perlu membuat persiapan seperti kebanyakan trader professional.

Jadi saya akan kongsikan apa rutin saya sendiri setiap pagi sebelum saya mula melihat chart setiap hari. Anda tidak semestinya ikut 100% apa rutin saya, anda boleh panduan ini untuk membina rutin harian anda sendiri.

1) Bangun & Mandi

Ok point pertama ini memang jelas sekali kita perlu mandi selepas bangun pagi.

Kenapa saya letakan ini sebagai rutin adalah sebab dahulu saya ada buat kesilapan ini banyak kali dimana selepas je bangun dari tidur terus melihat chart.

Ianya bukan satu benda yang bagus untuk melihat chart sebaik saja kita bangun tidur kerana otak kita biasanya akan menggambil masa dalam 30 minit untuk betul-betul segar.

Jika kita melihat chart selepas saja bangun dari tidur biasanya kita akan banyak buat kesilapan dalam analysis lalu menjadi punca kita menggalami kerugian.

Rutin yang saya amalkan adalah selepas bangun dari tidur saya akan mandi dahulu dan juga minum satu gelas air kosong(Suam) kerana ketika kita tidur badan kita menjadi kekurangan air dan 70% otak kita terdiri daripada air. Jadi dengan minum air kosong otak kita akan menjadi lebih segar.

2) Senaman

Buat senaman antara cara yang bagus untuk mulakan hari anda dan ia dapat bangunkan otak kita dengan lebih cepat. Tidak perlu buat senaman yang berat sangat buat yang simple seperti push-up, atau sit-up pun sudah ok.

Dengan membuat senaman bukan saja dapat membantu kita kekal sihat ianya juga dapat membantu kita untuk bernafas dengan tenang dan menggawal emosi serta perasaan kita.

Ianya penting untuk kita kekal tenang dan kawal emosi kerana ia dapat pengaruh prestasi trading kita.

3) Ketahui Market Event

Ianya bagus juga untuk kita tahu economic calendar untuk hari tersebut serta waktu keputusan event tersebut akan berlaku.

Ini untuk elakan diri dari terperangkap apabila ada keputusan berita yang keluar kerana ketika keputusan keluar biasanya ketika itu akan terdapat banyak liquidity di dalam market dan risiko untuk stop out itu agak tinggi.

Apa yang disarankan adalah untuk elak dari trade pair matawang tersebut sekiranya ada event yang akan berlaku dalam masa satu jam, kalau anda sudah ada buka posisi trade sebelum itu tidak menggapa pastikan anda sudah melakukan trade management untuk kurangkan risiko ketika news tersebut keluar.

4) Kekal Kepada Rutin Tersebut

Akhir sekali adalah pastikan anda kekal dengan rutin tersebut dan amalkan setiap hari, jadikan ia sebagai habit jika boleh.

Walaupun ianya nampak seperti perkara kecil tetapi ianya dapat memberi impak yang besar dalam trading kita.

Anda perlu ingat juga yang market tidak akan sentiasa ikut arah jangkaan kita, apa yang kita boleh buat adalah dengan menyediakan diri kita sekira berlakunya kerugian dalam trading kita serta mengelakan daripada membuat kesilapan yang sama di masa akan datang.

Dengan menyediakan diri kita sebelum mula trading kita akan berada satu langkah di hadapan berbanding kebanyakan trader lain.

Sekiranya anda gagal membuat persiapan, anda bersiap untuk kegagalan

– Benjamin Franklin

Bacaan Lain Anda Mungkin Minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply