You are currently viewing Belajar Forex Trading

Belajar Forex Trading

Tentang Course Ini:

Difficulty: Beginner

Jadi anda ingin mula belajar cara untuk berdagang pasaran forex tapi tidak tahu untuk mula dari mana.

Ini adalah sebuah course komprehensif berkenaan cara perdagangan pasaran forex, kursus ini direka untuk mereka yang baru ingin mula belajar tentang forex trading atau buat mereka yang sudah mempunyai pengalaman dalam trading dan ingin menambah baik ilmu mereka.

Di dalam course percuma ini anda akan belajar dari pemulaan dan course ini akan diliputi semua topik atau kaedah yang anda perlu tahu untuk menjadi seorang trader.

Anda akan bermula dari asas dimana anda akan belajar tentang:

  • Pengenalan kepada forex trading: Mula-mula anda akan belajar tentang perkara asas yang perlu diketahui untuk menjadi trader forex.
  • Analisa teknikal: Anda akan belajar pelbagai jenis kaedah analisa teknikal untuk meramal pergerakan arah harga pasaran.
  • Analisa fundamental: Di bahagian ini anda akan belajar tentang bagaimana keadaan ekonomi semasa dapat menjejaskan pergerakan harga, anda juga akan belajar tentang peristiwa-peristiwa yang akan memberi impak kuat terhadap pergerakan pasaran.
  • Pengurusan dalam trading: Anda akan belajar bagaimana caranya untuk kurangkan pendedahan risiko dalam trading agar anda tidak mengalami kerugian yang terlalu besar.
  • Pembinaan trading strategi: Topik ini mungkin adalah yang paling disukai ramai. Anda akan belajar cara untuk bina trading strategi serta S.O.P sendiri yang sesuai dengan gaya trading anda.
  • Psikologi trader: Ini mungkin antara topik yang penting di dalam kursus ini, anda akan belajar cara untuk mengawal emosi ketika trading dan jenis-jenis emosi yang bahaya anda perlu elak.

Jika anda masih baru dalam trading dan tidak tahu apa-apa, di penghujung course ini anda akan fahami lebih daripada 90 peratus tentang apa yang anda perlu tahu untuk mula kerjaya anda sebagai seorang forex trader.

Pada penghujung course ini anda akan dilengkapkan dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang trader yang berjaya dan juga konsistent.

Ada tak saya sebut bahawa course ini adalah percuma, anda tidak perlu bayar apa-apa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perkongsian, boleh saja kongsikannya di ruang forum trader dan mula berhubung dengan trader-trader lain.

Daftar sekarang dan mulakan perjalan pembelajaran anda untuk menjadi seorang trader yang berjaya. Mari kita bersama-sama buka kunci potensi perdagangan forex.

Course Instructor

Zul Khairul Zul Khairul Author

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Forex Basic Course

FREE

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Bahagian 5

Bahagian 6

Bahagian 7