Notifications
Clear all

Peraturan


Admin
(@admin)
New Member Admin
Joined: 3 years ago
Posts: 4
Topic starter  

Ini adalah forum komuniti untuk wiratrader.com

Sila baca dan paham tentang peraturan forum komuniti ini.

1. Tidak di benarkan untuk Spam / Iklan di dalam forum

Tidak dibenarkan untuk spam dan promot sebarang iklan.

Anda tidak dibenarkan melakukan promosi seperti channel telegram, service seperti copy trading, PAMM, MAM, Link affiliate atau IB broker, Singal trade, Coaching atau Training Kelas atau apa-apa perkara atau benda yang berkaitan dengan trading ataupun tidak.

Tetapi anda dibenarkan untuk promot service seperti copy trading, PAMM, MAM, Broker, Coaching atau Training Kelas & Singal trade di ruangan topik "Area Promosi" untuk topik tersebut.

2. Posting Menggikut Ruangan Topik

Jangan hantar soalan yang sama di beberapa ruang forum yang lain. Serta sila post ikut ruangan topik yang berkaitan contoh soalan tentang indicator sila post di topik indicator.

3. Hormat Antara Satu Sama Lain

Semua ahli forum mestilah menjaga budi bahasa. Anda berhak untuk tidak bersetuju dengan sesama ahli komuniti dan menjelaskan perspektif anda.

Namun, anda tidak bebas untuk menyerang, merendahkan, menghina, berkata kasar atau merendahkan mereka atau kualiti komuniti ini.

Tidak kira pangkat apa yang anda pegang di forum ini, anda diharapkan mematuhi peraturan ini.

4. Dilarang Untuk Berkongsi bahan yang melanggar hak cipta Orang lain.

Dilarang memberikan atau meminta maklumat tentang cara mendapatkan bahan berhak cipta secara haram.

Anda tidak dibenarkan untuk kongsi bahan yang melanggar hak cipta orang lain seperti kongsi link download course atau e-book yang berbayar kepada orang lain.

Sekiranya anda langgar peraturan di atas kami berhak untuk mengedit atau delete post tersebut atau delete akaun anda terus tanpa pemberitahuan.

Peraturan dan garis panduan boleh berubah bila-bila masa saja, sila baca semula dengan kerap.


Quote
Share: