You are currently viewing Jadikan Kelemahan Trading Anda Sebagai Kekuatan

Jadikan Kelemahan Trading Anda Sebagai Kekuatan

Apabila anda alami trade yang rugi secara berturut-turut anda akan berasa yang diri anda ini tidak bagus dalam bidang trading. Dan bukan itu saja bila kita alami kerugian yang banyak ataupun besar biasanya ketika waktu seperti ini emosi kita akan terganggu yang boleh menjadi punca kita akan alami kerugian yang lebih besar.

Sebelum kita boleh maju ke hadapan, kita perlu percaya dahulu bahawa kita masih boleh perbaiki diri lagi.

Daripada pandang rendah terhadap diri sendiri dengan fikir yang trading ini susah dan tak sesuai untuk kita. Cuba lihatnya dari segi yang berbeza, dengan kelemahan tersebut itu bermaksud masih terdapat ruang dan peluang lagi dimana kita masih boleh perbaiki dan menjadi lebih bagus.

Kita boleh ubah kelemahan tersebut menjadi kekuatan jika kita lihat kelemahan tersebut daripada perspektif yang berbeza.

Contoh, katakan kelemahan anda adalah berasa takut untuk pegang posisi trade terlalu lama. Itu mungkin bermaksud yang anda lebih sesuai dengan cara trading scalping berbanding swing trading.

Atau mungkin kerugian tersebut berpunca disebabkan anda ambil risiko yang terlalu tinggi seperti membuka trading lot yang besar dari apa yang sepatutnya. Jadi punca kerugian itu bukanlah disebabkan trading stretgy anda tidak bagus tapi kerana anda membuka posisi lot trade yang terlalu besar.

Dengan tahu perkara tersebut, anda boleh ubah pandangan daripada salah trading strategy anda menjadi punca kerugian tersebut ianya disebab pembukaan lot saiz terlalu besar jadi anda boleh kurangkan saiz lot posisi trade anda kepada yang lebih bersesuaian.

Ianya tentang cara kita ubah pandangan kita dengan berfikir apa yang kita boleh buat untuk jadikan kelemahan kita sebagai kekuatan. Kadang-kadang kelamahan kita tersebut boleh menjadi kekuatan kita jika kita dapat gunakannya dengan cara yang betul.

Lihat course Trader Psikology.

Macam Mana Jika Ada Banyak Kelemahan?

Dalam trading ini jarang untuk kita ada satu saja kelemahan, biasanya kita akan ada lebih daripada satu kelemahan contoh, perasaan F.O.M.O dimana kita memasuki trade disebabkan kita tidak mahu terlepas peluang pada masa yang sama kita juga alami isu masalah perasaan tamak dimana trade kita sudah ada dalam keadaan untung tetapi daripada ambil keuntungan tersebut sifat tamak mula mengkaburi penilaian kita terhadap market dan mula berfikir bahawa harga masih boleh bergerak lebih jauh.

Jadi macam mana nak selesaikan masalah ini sekiranya kita ada kelemahan yang terlalu banyak?

Cara yang terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah dengan perbaikikannya satu demi satu.

Jika kita mahu terus baiki semua masalah serentak ianya kurang bagus, ia boleh menjadi punca kita rasa perubahan ini susah dan akan berputus asa lebih cepat.

Anda akan mempunyai banyak masa untuk memperbaiki kesemua masalah tersebut, tapi fokus pada apa yang lebih penting dahulu.

Katakan kelemahan anda adalah membuka lot terlalu besar dan sifat tamak. Daripada cuba untuk ubah kedua-dua kelemahan tersebut secara serentak, cuba lihat semula rekod trading anda dan lihat apakah punca yang menyebabkan anda alami kerugian yang paling banyak.

Jika anda lihat rekod trade dan nampak antara sebab punca kerugian yang besar adalah berpunca daripada pembukaan lot yang besar, jadi cuba untuk latih diri anda untuk membuka lot yang sesuai dahulu kemudian selepas anda sudah berjaya latih diri anda untuk buka lot yang sesuai barulah anda beralih ke masalah lain dalam contoh ini perasaan tamak.

Saya sarankan juga untuk anda baca 2 artikel di bawah:

Kesimpulan

Di dalam trading tidak kira pasaran apa pun anda trade seperti pasaran crypto, pasaran forex mahupun pasaran saham, jika terdapat situasi di mana kita rasa sebagai kekurangan atau kelemahan untuk diri kita, pasti ada cara untuk jadikan kelemahan tersebut sebagai kekuatan.

Jika anda tidak pasti apakah kelemahan anda dalam trading, cuba lihat semula rekod trading anda. Saya pasti anda akan perasan satu corak yang sentiasa berulang-ulang dan biasanya corak inilah yang menjadi punca kenapa anda alami kerugian yang besar, sebab itu ianya amat penting untuk kita memiliki trading journal.

Ia supaya kita dapat melihat di mana kelemahan kita dan macam mana kita boleh perbaikikan lagi trading kita.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply