Kenapa Ramai Trader Menggalah Dalam Forex Trading

Kenapa Ramai Trader Menggalah Dalam Forex Trading

Munkin anda pernah dengar yang 95% trader rugi dan akhirnya berhenti, tetapi pernah tak anda terfikir kenapa 95% trader tersebut menggalah dalam trading.

Ini adalah senarai sebab kenapa kebanyakkan trader menggalah dalam forex trading.

Tidak Mempunyai Mentor

Tidak mempunyai sebarang mentor boleh menjadi sebab kenapa ramai orang menggalah dalam trading kerana mereka tiada orang yang dapat membimbing mereka dalam perjalan trading mereka.

Ada banyak kelebihan untuk anda mempunyai mentor, contoh seorang mentor dapat bimbing anda ke arah yang betul dalam pembelajaran anda, pada masa yang sama anda boleh menggunakan kesah mentor anda untuk menaikan semanggat.

Tetapi anda perlu berhati-hati bila memilih mentor anda sekarang ini lebih banyak penipuan mereka yang hanya mahukan duit anda, jadi sebelum anda pilih orang itu sebagai mentor anda cuba kaji sedikit latar belakang dia adakah dia memang orang yang sebenar dan apa yang dia cakap itu benar ataupun tidak.

Anda boleh juga cuba lihat siapa anak didiknya sebelum ini dan tanya dia tentang mentor tersebut adakah beliau bagus.

Tidak Ada Matlamat

Meletakan matlamat dalam trading sebenarnya penting, ia akan memberikan anda sebab atau tujuan untuk anda kejar, tanya kepada diri anda kenapa anda mahu mula trading.

Adakah sebab mahu buat trading ini sebagai pendapatan tambahan atau munkin juga sebab anda mahukan kebebasan, tidak mahu kerja di pejabat dan tiada bos.

Munkin juga anda mula trade untuk travel, sebab trading ini boleh dilakukan di mana-mana saja asalkan ada komputer atau laptop dan internet.

Selepas anda sudah tahu kenapa anda mahu mula trading forex, anda perlu fikrikan pula berapa jumlah yang anda mahukan dalam bentuk wang.

Contoh katakan anda mahu mula trade sebab mahukan kebebasan tidak mahu kerja di pejabat dan tidak mahu ada bos marah setiap hari, jadi anda nak jadikan trading ini sebagai full time, anda perlu tahu berapa jumlah yang anda mahu dapat dalam sebulan.

Katakan anda jenis tidak mahu mewah-mewah tapi asalkan cukup untuk sara diri dan keluarga, saya tidak tahu anda selesa dengan jumlah berapa, munkin RM3000 munkin RM5000 sebulan.

Kalau target anda mahu RM5000 sebulan jadi cuba berlatih untuk sampai menjadi konsistent sehinga setiap bulan anda dapat hasilkan RM5000, kalau target anda RM3000 sebulan berlatih sampai jadi konsistent RM3000 sebulan.

Dengan meletakkan matlamat dan anda tahu apa tujuan anda mahu mula trade forex, anda akan tidak mudah menggalah kerana anda tahu apa matlamat anda.

Tidak Minat Dengan Trading

Kalau anda tidak minat dalam sesuatu benda itu akan lagi susah untuk anda berjaya dalam kerja itu.

Sebagai contoh untuk menjadi pemain bola professional mereka perlu berlatih bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke tahap itu, jadi macam mana diorang dapat bertahan bertahun-tahun lamanya untuk menjadi pemain bola professional?

Ianya sebab mereka minat dengan bola sepak.

Pernah tak anda jumpa pemain bola sepak professional katakan yang dia tidak minat bermain bola?

Mesti tidak pernahkan, sebab itu pentingnya untuk anda minat dengan benda yang anda mahu buat, sebab perjalanan untuk anda berjaya dalam trading ini tidak cepat, ye munkin ada kesah orang itu berjaya dalam 6 bulan atau setahun, tetapi sifat pembelajaran setiap orang berbeza, ada yang cepat tangkap dan ada yang sedikit perlahan.

Saya ada kenal orang yang ambil masa lebih 2 tahun sebelum dia menjadi konsistent dalam trading, sebab dia dapat bertahan lama adalah kerana dia tidak menggalah dan lagi satu sebab adalah kerana dia minat tentang trading ini.

Jadi anda tidak boleh mula trading hanya sebab member anda sudah ada menjadi kaya kerana trading atau munkin anda ada terbaca di blog artikle kesah trader berjaya yang sudah ada rumah besar dan kereta ferrari 3 biji.

Anda kene pastikan yang anda minat tentang trading ini tidak salah untuk minat trading ini kerana duit tetapi jangan 100% disebabkab duit, anda kene minat juga proses lain seperti minat ilmu berkaitan market, dan berapa banyak benda baru yang anda akan belajar.

Mahu Dapat Keputusan Dengan Cepat

Generasi sekarang ini memang sudah terbiasa untuk mendapat sesuatu benda itu dengan cepat, kalau kita lapar boleh sahaja order penghantaran makanan, kalau barang sudah habis tidak perlu keluar boleh saja order dan dihantar ke rumah.

Tetapi untuk berjaya dalam trading ini kita perlu mempunyai kesabaran yang kuat dan tahu yang untuk berjaya dalam bidang trading ini ia akan makan masa.

Dia boleh menggambil masa selama 1 tahun, 2 tahun dan munkin lebih ianya bergantung kepada orang itu, tetapi yang penting adalah tidak menggalah.

Tidak Mempunyai Ilmu Yang Mendalam Tentang Market

Tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang market forex boleh merugikan kita. Kebanyakkan orang tidak sabar untuk mula trade live kerana mereka fikir yang mereka boleh buat duit dengan cepat, tetapi sebenarnya itu hanya merugikan mereka.

Untuk berjaya dalam forex trading ianya bukan tentang berapa mbesar modal anda tetapi berapa banyak ilmu tentang market yang anda ada, lagi banyak lagi bagus.

Cuba belajar tentang market dalam tempoh setahun kaji sebanyak mana yang anda mampu dan pada masa yang sama berlatih di demo akaun untuk lihat prestasi anda, sekiranya ianya bagus anda sudah ada trading system yang konsistent baru anda boleh mula trade menggunakan live akaun apabila anda sudah bersedia.

Artikel Lain Anda Munkin Minat:

Admin

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply