You are currently viewing 5 Langkah Untuk Menjadi Trader Yang Berjaya

5 Langkah Untuk Menjadi Trader Yang Berjaya

Untuk menjadi seorang trader yang berjaya tidak susah sangat seperti kebanyakan orang fikirkan sebenarnya.

Kita hanya perlu ubah mindset dan juga habit kita barulah prosess untuk berjaya dalam trading itu menjadi lebih mudah.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi 5 langkah yang kita boleh lakukan untuk berjaya di dalam trading ini, tidak kesah anda trade saham, forex ataupun cryptocurrency tip ini boleh digunakan untuk semua jenis trader.

1) Ubah Pandangan Kita Tentang Trading

Kebanyakan trader yang baru mula trade disebabkan mereka jangkakan yang mereka boleh menjadi kaya atau dapat membuat duit yang banyak dalam jangka masa yang pendek.

Tetapi itu semua hanyalah ilusi, 95% trader gagal di dalam industri ini disebabkan mereka mula trading dengan harapan yang mereka dapat melancong sana sini, duduk di tepi pantai sambil trade dalam masa yang pendek, seperti apa kebanyakan “Guru” atau “Sifu” trading iklankan kepada mereka.

Trading ini tiada beza dengan bidang lain, untuk berjaya ianya akan ambil masa, kalau mahu menjadi seorang engineer biasanya menggambil masa dalam 4 tahun dan kos dalam beribu ringgit untuk mendapat ijazah.

Tetapi dalam trading ianya tidak menggambil masa hingga 2 atau 3 tahun serta perlu berbelanja hingga beribu-ribu untuk belajar.

Sekarang ini sudah banyak sumber di internet yang akan menggajar tentang trading.

Di wira trader juga ada course percuma dimana anda akan belajar dari basic hingga ke advance, semua benda yang anda perlu tahu untuk mula trade, boleh lihat course tersebut di sini.

Kita tidak boleh mula ceburi bidang ini dengan fikiran yang kitaa dapat berhenti kerja dalam tempoh sebulan dan dapat beli rumah yang besar.

Cuba ubah dulu mindset daripada berfikir cara itu, dan mula fikir secara logic yang trading ini tiada beza dengan bidang yang lain ianya akan ambil masa untuk anda menjadi mahir.

2) Belajar Cara Trading Dengan Betul

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh trader adalah mereka tidak sabar untuk mula trade menggunakan duit yang sebenar.

Untuk berjaya dalam trading ini benda pertama yang kita perlu ada adalah miliki ilmu tentang market sebanyak mana yang boleh, modal trading itu adalah perkara kedua.

Seperti yang saya katakan sebelum ini cuba untuk luangkan masa dalam 6 bulan atau 1 tahun untuk mengkaji serta kumpul ilmu tentang market sebanyak mana yang mungkin.

Sekiranya anda sudah ada strategy yang konsistent yang sudah dilakukan back-test barulah mula trade menggunakan duit sebenar.

Boleh baca lagi tentang ini di: 5 Tanda anda sudah bersedia untuk mula trade live akaun

3) Jaga Kebersihan Chart

Hadkan penggunaan indicator, kalau anda lihat chart di atas ianya agak serabut, nak lihat candlestick pun susah.

Cuba untuk hadkan penggunaan indicator di chart kalau letak dalam 2 indicator atau 3 itu sudah ok tidak perlu sampai 5 ke 6 indicator itu hanya akan merosakkan lagi prestasi trading kita.

Mungkin anda pernah dengar ungkapan bahasa english “Less Is Better”, maksudnya lagi kurang lebih bagus.

Serta kebanyakan indicator trading adalah lagging maksudnya ia berikan signal kepada trader agak lambat berbanding ikut pergerakan harga(Price Action).

4) Sentiasa Kaji Trade Yang Lepas

Cara yang terbaik untuk belajar adalah dengan belajar dari kesilapan masa lalu.

Kebiasaannya apabila berlakunya losing trade kebanyakan trader akan fikirkan yang ianya mungkin disebabkan keadaan market yang tidak menentu.

Mungkin betul yang dari masa kesemasa market memang akan bergerak bertentanggan dari analysis kita, tetapi jika kita tidak kaji semula losing trade itu kita mungkin ada terlepas petunjuk tentang market yang mungkin kita dapat gunakan maklumat tersebut untuk perbaikikan lagi strategy kita.

Juga ianya bukan saja kaji trade yang kalah tetapi trade yang menang juga, bila ada trade yang menang cuba lihat kenapa trade tersebut menjadi win trade dan cuba bandingkan trade yang anda menang juga trade yang kalah, mungkin anda akan terjumpa satu corak yang mungkin dapat perbaikikan lagi cara trading anda.

Anda munkin mahu baca, Kenapa Trading Journal Penting Dalam Trading

[adrotate group=”4″]

5) Sentiasa Update Strategy Anda

Langkah ini ada kaitan dengan langkah yang sebelumnya, apabila anda sudah kaji trade anda yang lepas dan jumpa satu corak yang mungkin boleh perbaiki lagi trading anda, cuba untuk tambah atau majukan lagi strategy yang anda sedang gunakan.

Trading strategy yang saya gunakan sekarang ini sudah bertahun lamanya saya guna tetapi dari masa kesemasa apabila saya kaji trade semula trade yang lama masih banyak lagi saya boleh perbaikikan lagi strategy tersebut.

Apa yang saya cuba katakan, walaupun strategy yang kita guna tersebut sudah nampak macam sempura, percayalah masih ada benda yang kita masih boleh tambah dan perbaiki.

Anda Munkin Minat Untuk Baca:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply