2 Jenis Crypto Exchange

Sekarang kita sudah tahu apa kriteria yang kita perlu lihat apabila memilih crypto exchange. Sekarang kita akan lihat pula 2 jenis crypto exchange, satu adalah berpusat dan lagi satu tidak berpusat. Apa perbezaan mereka?

Crypto Exchange Berpusat(Centralized)

apa itu crypto exchange berpusat

Cryptocurrency exchange yang berpusat beroperasi sebagai orang tengah yang menghubungi antara penjual dan juga pembeli. Lebih 90% transaksi yang berlaku di dalam crypto dijangkakan melalui exchange yang berpusat.

– Senarai Crypto Exchange Berpusat

Ini adalah senarai antara exhange crypto berpusat, terdapat banyak exchange lagi tapi saya hanya akan senaraikan yang terbesar dan dikenali ramai:

1) Binance

2) Huobi Global

3) Kraken

4) Bitfinex

5) KuCoin

6) Coinbase

7) Luno

– Apa Kelebihan Exchange Crypto Berpusat

Jadi apa kelebihan exchange berpusat ini?

1) Mudah untuk Digunakan

Rekaan platform untuk exchange berpusat mudah untuk digunakan tidak kira buat mereka yang masih baru dalam crypto atau sudah lama. Reka bentuk mereka baisanya mudah untuk difahami dan tidak mengelirukan.

Satu lagi kebanyakan exchange menerima mata wang traditional sebagai pembayaran, ini akan memudahkan untuk mereka yang masih baru dalam bidang ini untuk beli cryptocurrency pertama mereka.

2) Kepercayaan

Satu lagi kelebihan untuk exchange yang berpusat adalah dari segi Kepercayaan. Platform mereka mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

– Kekurangan Crypto Exchange Berpusat

Apa pula kekurangan exchange yang berpusat ini?

1) Penggodaman

Disebabkan exhange berpusat selalu menjadi sasaran untuk penggodam ini disebabkan exchange berpusat biasanya memegang aset yang bernilai dalam ratusan juta hingga ke billion dalam bentuk cryptocurrency.

Salah satu kesah yang mungkin paling dikenali ramai jika mereka sudah lama dalam bidang crypto ini adalah peristiwa Mt.Gox yang berlaku pada tahun 2014, dimana exchange dari negara Jepun itu telah digondam dan mereka kehilangan dalam 850,000 Bitcoin, pada ketika itu dianggarkan bernilai $450 Juta USD.

Tiada siapa tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik penggodam tersebut dan sehingga sekarang siasatan untuk mencari indentiti penggodam itu masih diteruskan.

2) Caj Bayaran

Crypto exchange berpusat beroperasi sama saja macam sebuah syarikat, dan seperti kebanyakan syarikat yang lain mereka juga mahu membuat keuntungan.

Sebab itu kadar caj bayaran untuk exchange yang berpusat baisanya lebih tinggi ianya untuk mereka tanggung kos operasi mereka.

Crypto Exchage Tidak Berpusat(Decentralized)

Crypto exchange tidak berpusat atau DEX(Decentralized Exchange) membenarkan orang ramai untuk membuat transaksi secara peer to peer. Maksudnya kita boleh membuat transaksi tanpa memerlukan orang tengah, pembeli dan penjual boleh berurusan secara langsung.

Sesetengah orang didalam komuniti crypto lebih menggemarkan penggunaan platform DEX berbanding exchange yang berpusat.

– Senarai Platform DEX

Ini adalah senarai antara platform crypto exchange yang tidak berpusat:

1) Uniswap

2) SushiSwap

3) Airswap

4) Barterdex

– Apa kelebihan DEX?

Apakah kelebihan platform DEX ini berbanding crypto exchange yang berpusat.

1) Kurang Risiko Untuk Digondam

Tidak seperti exchange berpusat DEX membenarkan penjual dan pembeli untuk membuat transaksi sesama sendiri tanpa perlu orang tengah dan kebiasaan transaksi mereka akan terus ke private wallet mereka.

Disebabkan ini platform DEX tidak menjadi sasaran buat penggodam kerana tiada benda untuk dicuri, kesemua transaksi berlaku secara langsung diantara penjual dan pembeli.

2) Kerahsiaan

Seperti crypto exchange yang berpusat perlu menggetahui identiti pengguna mereka dengan memohon pengguna untuk hantar gambar kad penggenalan sebagai penggesahan dan ini akan menggurangkan sifat kerahsiaan di dalam cryptocurrency.

Salah satu tujuan cryptocurrency adalah untuk membenarkan pengguna mereka kekal tersembunyi. Tapi jika kita sudah sah kan identiti kita di exchange berpusat sifat kerahsiaan itu sudah hilang, walaupun mereka tidak kongsikan maklumat itu.

Tapi jika ada kerajaan yang meminta untuk pihak exchange berkongsi maklumat tersebut, mereka terpaksa ikut.

DEX tidak memerlukan pengguna mereka untuk sah kan identiti mereka sebab itu ada individu dalam komuniti crypto sukakan konsep DEX kerana mereka boleh kekalkan kerahsiaan identiti mereka berbanding exchange berpusat.

– Kekurangan DEX

Walaupun platform DEX kedengaran seperti lagi bagus dari exchange crypto berpusat, mereka juga ada kekurangan mereka.

1) Rumit

Kebanyakan platform DEX jika pengguna kehilangan kunci untuk ke wallet mereka serta password. Akaun mereka dan aset crypto mereka akan kehilangan selamanya tiada cara untuk dapatkannya balik.

Platform mereka juga biasanya lebih menggelirukan berbanding platform exchange yang berpusat. Kita perlu belajar cara untuk guna platform mereka dan baisanya boleh ambil sedikit masa untuk biasakan diri dengan platform mereka.

2) Kekurangan Cara Pembayaran

Kebanyakan DEX hanya membenarkan perngguna untuk membuat transaksi dalam bentuk crypto sahaja. Ini mungkin agak menyukarkan buat mereka yang masih baru dan masih tidak memiliki cryptocurrency.

3) Liquidity

Isu yang biasa dialami oleh pengguna DEX adalah kekurangan liquidity. Macam saya katakan tadi lebih 90% transaksi di dalam crypto berlaku dalam exchange yang berpusat.

Ini menyebabkan ianya agak susah untuk kita membuat transaksi dari masa-kesemasa bila kita guna DEX. Sebagai contoh katakan kita mahu tukarkan Litecoin kepada Ethereum tapi ketika waktu itu tiada siapa mahu menukarkan ethereum mereka kepada litecoin.

Satu lagi situasi adalah apabila kita mahu membuat transaksi yang besar mungkin tiada pembeli atau penjual yang boleh menerima jumlah transaksi tersebut kerana ianya terlalu besar buat mereka.

Jadi mana satu nak pilih?

Jika anda masih baru lagi dalam cryptocurrency saya akan sarankan untuk guna platform exchange berpusat kerana ianya mempunyai rekaan yang mudah untuk pengguna baru ingin belajar serta jika kita masih baru lagi kita perlu beli crypto dahulu guna duit biasa dan exchange berpusat akan memudahkan prosess ini.

Jika anda adalah seorang yang berpenggalaman dalam crypto dan ingin menjaga privasi, patform DEX memang sesuai untuk anda. Tapi ingat DEX punya liquidity agak rendah berbanding exchange berpusat jika anda tidak kesah sekiranya pesanan anda akan ambil masa yang lama sedikit untuk selesai jadi platform DEX memang sesuai untuk anda.

Jika anda pentingkan liquidity mungkin sebab anda adalah seorang trader crypto, platform DEX tidak sesuai kerana trading perlukan liquidity yang banyak untuk kita teruskan transaksi kita dengan pantas.

Anda perlu tanya diri anda, adakah anda jenis beli crypto dan pegang untuk tempoh yang lama sebagai pelaburan atau adakah anda akan pegang sekejap saja dan ingin menggambil keuntungan dalam masa pendek.

Jika anda anggap crypto ini sebagai pelaburan jangka panjang dan ingin kerahsiaan DEX sememangnya platform buat anda. Jika anda seorang crypto trade yang akan buat banyak transaksi dalam jangka masa yang pendek, crypto exchange berpusat adalah pilihan yang terbaik buat anda.