Alat Yang Boleh Membantu

Ianya dianggarkan terdapat lebih daripada 6,000 jenis cryptocurrency yang wujud pada tahun 2021 dan nombor itu semakin meningkat.

Walaupun tidak kesemua projek tersebut adalah bagus, kebanyakan crypto dicipta sebagai untuk sekadar keseronokan atau satu penipuan.

Dengan jumlah cryptocurrency yang wujud sekarang ini ianya agak susah untuk kita pantau kesemua projek tersebut serta untuk mendapat perkembangan yang berlaku di dalam industri.

Sebab itu kita akan perlu guna peralatan yang boleh membantu kita.

Terdapat banyak jenis alat-alat yang telah dicipta untuk cryptocurrency diluar sana, tapi saya akan kongsikan 8 alat yang betul-betul dapat membantu kita.

Cointelegraph

Cointelegraph adalah sebuah website berita berkenaan cryptocurrency.

Anda boleh fikirkan Cointelegraph ini seperti CNBC cuma ianya tentang perkembangan dunia cryptocurrency.

Ada banyak lagi website berita yang melaporkan isu semasa berkenaan cryptocurrency, tetapi cointelegraph adalah apa yang saya biasa guna kerana cara mereka sampaikan berita sangat mudah untuk kita paham dan mereka cuba mempunyai audio artikel. Maksudnya kalau kita sedang sebuk membuat benda lain kita boleh saja dengar laporan dalam bentuk audio.

CoinMarketCap

CoinMarketCap adalah sebuah website yang bagus untuk kita mendapat data atau info berkenaan sebuah cryptocurrency.

Website ini juga kerap digunakan oleh komuniti cryptocurrency untuk melihat data berkenaan harga cryptocurrency, volume transaksi dalam 24 jam, serta jumlah bekalan crypto tersebut.

Ianya satu platform yang bagus untuk melihat apakah pandangan keseluruhan pasaran berkenaan cryptocurrency.

LunarCrush

Ianya agak susah untuk kita memantau apa yang berlaku di laman web social media berkenaan cryptocurrency kerana terlalu banyak sangat platform social media yang wujud di luar sana.

Di sinilah LucarCrush dapat membantu kita. Lucarcrush ini adalah sebuah website yang menunjukan statistik berkenaan crypto dari pelbagai jenis platform social media seperti Reddit, Twitter, Youtube, Google, etc. dan tunjukan kepada kita.

Platform LunarCrush menggunakan AI dan Machine Learning, ianya satu perkataan yag mewah bermaksud data yang dikumpul dari semua platform social media itu dilakukan oleh komputer secara automatik.

Google Trends

Mungkin anda pernah mendengar tentang google trends dan mungkin anda pernah gunakannya.

Jika anda tidak tahu apa itu google trends, ianya sebuah alat yang google cipta untuk membenarkan orang melihat topik apa yang sedang trend.

Kita boleh gunakan google trend ini untuk melihat apakah trend untuk cryptocurrency tertentu. Jika ia tunjuk semakin menaik itu bermaksud semakin banyak sambutan untuk crypto tersebut.

Tetapi jika ianya semakin menurun itu bermaksud semakin kurang orang yang mencari tentang topic berkenaan dalam kes ini cryptocurrency tersebut, dan mungkin sudah tiada sambutan.

CoinGecko

CoinGecko adalah sebuah website sama seperti CoinMarketCap, mereka menunjukan data berkenaan cryptocurrency.

Tapi apa yang buat mereka unik adalah pada laporan mereka berkenaan pasaran cryptocurrency. CoinGecko menyediakan laporan analisis yang mendalam mengenai pasaran crypto.

# CoinMarketCal

Pasaran cryptocurrency sentiasa sebuk dan terdapat banyak peristiwa yang boleh berlaku yang boleh memberi kesan terhadap pasaran.

Dan ianya agak susah untuk kita pantau dan sentiasa peka tentang peristiwa yang akan berlaku. Tapi dengan menggunakan CoinMarketCal ianya lebih mudah untuk kita pantau dan lihat apa peristiwa yang akan berlaku dan bila ia akan berlaku.

CoinMarketCal adalah sebuah platform kalendar yang sentiasa kemas kini kepada kita tentang peristiwa yang akan berlaku pada setiap cryptocurrency.

Apa yang unik tentang platform ini adalah ia membenarkan komuniti untuk undi jika peristiwa tersebut adalah peristiwa yang benar ataupun tidak. Ini dapat membantu kita daripada tertipu dengan khabar angin atau berita palsu yang sentiasa berlaku di dalam dunia crypto.

CryptoMiso

Jika kita ingin meletakan duit kita ke dalam sebuah projek crypto, kita perlu pastikan dahulu sekiranya projek tersebut adalah aktif kerana kita mungkin akan sertai sebuah projek yang sudah tidak aktif.

Jadi ianya penting untuk kita ketahui apakah status projek tersebut adakah ianya masih aktif ataupun tidak. Cara untuk kita ketahui projek itu masih aktif adalah dengan melihat laman github mereka.

Jika anda tidak tahu apa itu laman github. GitHub adalah sebuah website dimana kebanyakan programer meletakan projek mereka di platform github(termasuk kebanyakan projek crypto).

GitHub membenarkan programmer untuk menukar dan membaiki code mereka lalui platform github. Ianya untuk memudahkan programmer berkongsi code mereka bersama orang lain.

Jadi apa kaitan github dan projek crypto?

Biasanya kebanyakan projek crypto adalah terbuka maksudnya sesiapa saja boleh melihat dan ubah code untuk projek tersebut. Dan programmer biasanya akan kongsikan code tersebut di platform github.

Tetapi sekarang ini sudah banyak sangat projek di github berkenaan crypto, jadi ianya mungkin agak susah sikit untuk kita pantau kesemua projek crypto tersebut.

Dan inilah kegunaan platform CryptoMiso, apa yang mereka buat adalah, kumpul data berkenaan semua projek crypto yang ada di github dan tunjukan kepada orang ramai dalam bentuk yang mudah untuk dilihat.

CryptoMiso menunjukan betapa aktifnya projek tersebut di github, lagi aktif lagi bagus. Ketika sedang menulis ini projek yang paling aktif sekali adalah Syscoin(SYS).

Tradingview

Jika anda sudah lama dalam dunia trading mungkin anda pernah dengar atau guna platform tradingview. Sekiranya anda tidak tahu apa tradingview ini, ianya adalah sebuah platform charting.

Sekiranya anda mahu membuat teknikal analysis pada pasaran cryptocurrency, saya amat sarankan untuk anda guna platform tradingview kerana ianya mudah untuk sesiapa saja yang masih baru dalam trading pada masa yang sama ianya juga platform yang bagus untuk mereka yang sudah di peringkat professional.

Tapi apa yang buatkan tradingview ini lebih bagus berbanding platform lain adalah dari segi komuniti mereka.

Tradingview adalah salah satu komuniti terbesar di mana trader daripada seluruh dunia berkongsi pendapat mereka berkenaan pasaran kewangan dunia.

Selain cryptocurrency platform tradingview juga boleh digunakan di pasaran lain seperti saham, forex, komoditi, dan banyak lagi.

Anda boleh daftar akaun tradingview secara percuma di sini.