You are currently viewing Apa itu AltCoins

Apa itu AltCoins

Altcoin bermaksud coin-coin crypto yang selain daripada bitcoin. Walaupun ianya sama cryptocurrency seperti bitcoin tetapi altcoin ini biasanya ada perbezaan pada mereka daripada bitcoin.

Contohnya seperti tempoh transaksi, guna sistem blockchain yang berbeza dari bitcoin seperti proof of stake atau dengan kebolehan untuk membuat Smart Contracts.

Laporan daripada Yahoo Finance mengatakan bahawa terdapat lebih daripada 5,000 jenis cryptocurrency yang wujud pada tahun 2020.

Kebanyakan altccoin ini wujud adalah untuk selesaikan isu apa yang dialami oleh bitcoin, sebagai contoh, mekanisme blockchain untuk bitcoin adalah proof of work(PoW) dimana ia memerlukan jumlah tenaga yang banyak.

Sesetengah altcoin guna mekanisme proof of stake(PoS) dimana jumlah tenaga yang digunakan adalah lebih sedikit berbanding PoW.

Selepas ini kita akan lihat jenis-jenis cryptocurrency altcoin yang ada.