Apa itu BitConnect

BitConnect muncul pada sekitar tahun 2016 dan skim ini bertahan hingga tahun 2018 ketika crypto buble crash. Walaupun bitconnect ini konsep yang sama seperti onecoin ianya sebuah program MLM, tapi apa yang bitconnect ini buat agak berbeza sedikit daripada onecoin, tidak seperti onecoin dimana mereka tiada coin cryptocurrency yang sebenar, bitconnect mempunyai coin mereka tersendiri yang dipanggil sebagai BCC.

Harga tertinggi BCC pernah sampai adalah $432 setiap satu coin dengan nilai keseluruhan pasaran dalam $2.6 Billion USD pada tahun 2018 dan mendapat kedudukan antara 20 cryptocurrency terbesar ketika waktu itu.

Sekiranya kita mahu beli coin BCC kita tidak boleh beli guna matawang traditional seperti USD, EUR, GBP, etc. apa yang kita perlu buat adalah kita hanya boleh guna bitcoin sahaja untuk beli BCC melalui platform mereka BCC Exchange, tiada tempat lain.

Cara BitConnect Beroperasi

Jadi macam mana bitconnect ini beroperasi?

Terdapat 2 cara untuk menjana pendapatan yang ditawarkan oleh bitconnect kepada pengguna mereka, satu adalah dengan memberi pinjaman kedua adalah dari referral. Kita akan lihat cara pinjaman beroperasi dahulu.

Jadi macam mana cara pinjaman ini berjalan adalah dengan kita memberikan duit kepada platform bitconnect dan apa yang mereka akan buat dengan duit yang dikumpul tersebut adalah dengan berikan kepada trading bot mereka untuk trade ke dalam pasaran crypto.

Trading bot ini adalah sebuah program di mana ia akan melakukan trading secara automatic tanpa perlu orang untuk menekan butang jual beli, semuanya berlaku secara auto. Tetapi ada kemungkinan tinggi yang bitconnect sebenarnya tiada trading bot kerana mereka tidak pernah tunjuk atau dedahkan kepada sesiapa tentang trading bot itu, jadi ada yang berspekulasi bahawa mereka tiada sebarang trading bot sebenarnya.

Tapi katakan mereka memang mempunyai trading bot sekali pun, pulangan yang dijanjikan mereka adalah agak tinggi dan tidak masuk akal.

skim bitconnect

Di atas adalah gambar pulangan yang dijanjikan oleh bitconnect, jika kita melabur dalam $1000 mereka menggatakan bahawa trading bot mereka mampu memberi pulangan dalam 0.10% sehari serta sehingga 40% sebulan. Itu adalah satu pulangan yang agak tinggi dan mereka menjanjikan pulangan tersebut.

Jika anda bukan seorang trader atau pelabur, seorang trader professional atau hedge fund pun mendapat average pulangan dalam 6% hingga 10% setahun. Jadi apa yang dijanjikan bitconnect tidak masuk akal dan jika anda buat kiraan anda akan menjadi jutawan hanya dalam beberapa tahun saja dengan kadar pulangan begitu.

Apa-apa sekali pun apabila ada yang menawarkan pulangan yang tetap seperti 1%, 2%, etc. dalam trading, ianya kemungkinan yang tinggi adalah satu penipun kerana dalam trading tiada pulangan yang dijamin, sentiasa akan ada risiko.

Cara kedua pula adalah dengan merujuk ahli baru ke platform bitconnect.

Saya rasa anda pun sudah tahu apa itu piramid skim. Dalam bitconnect apabila kita rujuk ahli baru kita akan terima komisyen sebanyak 7% daripada jumlah deposite mereka dan kita boleh terima sehingga 7 aras kebawah.

Macam Mana BitConnect Menjadi Besar?

Walaupun terdapat banyak tanda amaran bitconnect tetap makin berkembang pada tahun 2017, jadi punca sebabnya?

Ada dua sebab saya rasa kenapa bitconnect dapat menjadi besar. Sebab yang pertama, ketika tahun 2017 masih tidak ramai lagi orang tahu tentang cara crypto beroperasi kerana ketika itu cryptocurrency baru mahu mula dikenali ramai dan apa yang mereka tahu adalah harga bitcoin makin menaik tinggi, jadi disebabkan F.O.M.O mereka tidak mahu terlepas peluang untuk menjana duit mereka sertai bitconnect dengan harapan untuk menjana duit.

Sebab kedua pula adalah kerana bitconnect ketika waktu itu kerap di promosikan lagi-lagi oleh youtuber dengan membuat tutorial macam mana nak mula melabur ke dalam bitconnect. Salah satu youtuber terbesar yang mempromosikan bitconnect adalah youtuber bernama CryptoNick, ramai orang jangkakan yang beliau adalah promoter terbesar untuk bitconnect berdasarkan jumlah ahli yang dibawanya dan dijangkakan pendapatan dia ketika itu cecah $100,000 USD hanya pada rujuk ahli baru.

Apa Yang Terjadi

Apa yang berlaku kepada bitconnect?

Ketika bitconnect sedang makin berkembang, kerajaan di US sudah mula memantau bitconnect dan mendapati platform tersebut sebagai satu penipuan dan mula menggeluarkan surat rasmi. Pada masa yang sama terdapat juga website berita yang mula menerbitkan artikel berkenaan bitconnect dan mula suruh orang ramai berhati-hati dan website bitconnect juga kerap alami serangan DDOS.

Dalam tempoh yang pendek tidak sampai 1 minggu harga BCC jatuh daripada $432 kepada $25, dan beberapa hari kemudian harga coin tersebut telah menjadi kosong.

Selepas platform bitconnect tutup, ramai alami kerugian besar dimana ada juga yang sampai kehilangan keseluruhan simpanan kehidupan mereka. Untuk youtuber yang promote bitconnect pula, beliau telah menghilangkan diri.

Apa Pengajaran Kita Boleh Ambil

Dalam setiap kesulitan mesti ada pengajaran, jadi apa yang kita boleh belajar dari peristiwa ini.

Jangan melabur lebih daripada apa yang kita sanggup untuk hilang, ramai orang bila nampak pulangan yang tinggi terus mahu letak kesemuanya ke dalam satu benda tersebut, walaupun ianya dijamin selamat ataupun tidak. Kita perlu berhati-hati supaya tidak ambil risiko yang terlalu besar daripada apa yang kita mampu tanggung sekiranya ada apa-apa yang berlaku.

Kita perlu latih diri kita supaya tidak terlalu mudah untuk percaya, ramai orang lihat orang lain dapat menjana pendapatan dalam satu program tersebut dan terus mahu sertainya tanpa cuba untuk kaji selidik dahulu. Walaupun kita mungkin kenal orang tersebut sentiasa kaji dulu sebelum daftar atau sertai apa-apa program. Ingat jika ada orang atau program yang menjanjikan pulangan tetap untuk tempoh waktu tertentu, kemungkinan besar ianya satu penipuan dan jangan mudah terpedaya dengan janji mereka.