Apa Itu Blockchain Serta Bagaimana Ia Beroperasi

Topik berkenaan blockchain makin menjadi topik yang hangat kerena ianya adalah sebuah teknologi yang revolusi selepas penciptaan internet.

Tapi apakah sebenarnya teknologi blockchain ini adakah kegunaannya hanya pada cryptocurrency atau ianya boleh digunakan lebih daripada itu, kita akan bincangkan semuanya di bawah.


Pengambilan Utama

  • Blockchain ini adalah sebuah rangkaian komputer untuk menggesahkan rekod transaksi yang berlaku dalam kripto.
  • Teknologi blockchain adalah sebuah revolusi pada abad ke 21.
  • Teknologi ini boleh digunakan pada pelbagai jenis sektor industri selain daripada cryptocurrency.

Apa Itu Blockchain

macam mana blockchain berfungsi

Blockchain ini adalah sebuah rankaian komputer yang saling berhubung dan bertindak sebagai lejar digital untuk menyimpan segala rekod transaksi yang berlaku dalam rangkaian crypto tersebut.

Untuk lebih mudah, blockchain ini adalah seperti pangkalan data dan data yang disimpanya adalah rekod transaksi yang berlaku dalam rangkaian.

Segala tansaksi yang berlaku akan dihantar ke rangkaian blockchain untuk penggesahan sekiranya ianya berjaya disahkan rekod tersebut akan diletakkan ke dalam “block“, selepas semua ini berlaku ianya agak susah untuk sesiapa saja untuk mengubah semula maklumat.

Maksud Block

Dalam blockchain anda akan biasa dengar sebutan “block”, apa maksud dia sebenarnya?

Anda boleh fikirkan block ini sebagai sebuah kotak dan dalamnya terdapat semua maklumat berkenaan transaksi yang berlaku untuk tempoh waktu tertentu.

Contoh, Nizam menghantar Bitcoin kepada Adib, tapi Adib tak semestinya terus dapat Bitcoin itu beliau perlu tinggu sehingga block yang menyimpan rekod transaksi tersebut untuk disahkan dahulu sebelum kripto itu akan muncul di dalam dompet kripto Adib.

Setiap coin mempunyai waktu tempoh yang berbeza untuk penghasillan block baru. Dalam contoh ini waktu block baru dicipta dalam Bitcoin adalah setiap 10 minit, manakala Litecoin pula akan hasilkan block baru setiap 2.5 minit.

Sebab itu tempoh penyelesaian tansaksi di dalam Litecoin lebih pantas berbanding Bitcoin ianya kerana waktu untuk terhasilnya block baru lebih pantas.

Jadi untuk Adib menerima Bitcoin yang dikirim oleh Nizam dia perlu tunggu lebih kurang 10 minit untuk selesainya transaksi.

apa itu block dalam blockchain

Selepas selesainya proses pengesahan block terdahulu, block itu akan bersambung dengan block yang sebelumnya dari sini datangnya nama “blockchain” kerana setiap block akan saling berhubung sehinggalah ke block pertama yang dipanggil sebagai “Genesis Block”.

Kelebihan Teknologi Blockchain

Kegunaan teknologi blockchain dalam cryptocurrency amatlah penting kerana ia menawarkan keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna untuk menggirim serta menerima bayaran tanpa terlibatnya orang tengah seperti bank atau pihak ketiga.

Selain dari itu ianya juga lebih susah untuk individu yang mencurigakan cuba untuk menipu di dalam rangkaian blockchain kerana setiap komputer dalam rangkaian akan menerima maklumat yang sama sekiranya ada orang cuba untuk ubah maklumat dalam lejar tersebut, katakan mereka ingin tipu dengan ubah rekod untuk beritahu bahawa dompet kripto mereka mempunyai 1000 Bitcoin ianya agak mustahil kerana kebanyakkan rekod di komputer lain tidak menunjukkan perkara yang sama maka ianya akan dikira sebagai transaksi palsu.

Tapi apakah perbezaan blockchain dengan pangkalan data yang sudah digunakan oleh bank?

Pangkalan data yang digunakan oleh pihak bank adalah tertutup tiada siapa yang dapat melihat transaksi yang berlaku dan hanya pihak tertentu sahaja yang dapat melihat rekod tersebut.

Dengan blockchain ianya adalah terbuka dan sesiapa saja boleh melihat rekod transaksi bitcoin yang berlaku di dalam rangkaian. Rekod ini biasanya menunjukkan maklumat seperti alamat dompet penerima dan penggirim, jumlah transaksi serta tarikh dan waktu ianya berlaku.

Pada masa yang sama sesiapa saja boleh sertai ke dalam rangkaian ini jika mereka memiliki sebuah komputer yang berspesifikasi tinggi, ini dapat mencegah daripada berlakunya monopoli dalam rangkaian cryptocurrency.

Adakah Blockchain Hanya Untuk Cryptocurrency?

Walaupun pada asalnya teknologi ini dicipta untuk mengguruskan transaksi crypto tetapi blockchain ini boleh digunakan pada pelbagai industri lain.

Antara sector yang boleh guna teknologi blockchain adalah, sektor perbankan, pengurusan rantaian bekalan, penjagaan kesihatan, insurans dan hartanah.

Baca: 10 Industri Yang Akan Gunakan Blockchain

Serangan 51 Peratus

apa itu serangan 51 peratus

Walaupun blockchain ini dikatakan sebagai kaedah yang paling selamat untuk melakukan transaksi dan menyimpan maklumat tetapi itu tidak bermaknya ia tidak mempunyai sebarang kelemahan.

Ianya dipanggil sebagai serangan 51 peratus, ia berlaku apabila terdapatnya golongan yang menggawal sekurang-kurangnya 51 peratus tenaga komputer di dalam rangkaian blockchain tersebut dan jika mereka berjaya mereka boleh menggubah rekod ikut kemahuan mereka.

Tapi untuk melakukan serangan begini bukanlah kerja yang senang lagi-lagi jika rangkaian sudah menjadi besar seperti Bitcoin atau Litecoin kerana mereka perlukan sumber yang banyak seperti komputer berkelajuan tinggi dan tenaga elektrik untuk mengawal rangkaian 2 crypto tersebut.

Tetapi serangan ini pernah terjadi pada Ethereum dimana sekumpulan penggodam berjaya menggawal lebih daripada 51 peratus tenaga komputer dalam rangkaian dan kemudian berlakunya pecahan di antara Ethereum dan Ethereum Classic.

Soalan Lazim

Apa Sebenarnya Blockchain Lakukan?

Blockchain hanya menyimpan maklumat berkenaan transaksi yang berlaku dalam rangkaian cryptocurrency. Tapi blockchain juga boleh digunakan untuk menyimpan maklumat lain seperti rekod penghantaran atau kontrak perjanjian.

Siapa Yang Kawal Blockchain?

Tiada sesiapa yang mengawal blockchain ianya adalah sebuah rangkaian gabungan komputer daripada individu seluruh dunia.

Adakah Blockchain Boleh Digondam?

Blockchain mempunyai kelemahan dipanggil sebagai 51% Attack, maksudnya apabila terdapat golongan yang menggawal sebanyak 51 peratus rangkaian komputer mereka boleh menggubah rekod berdasarkan kemahuan mereka. Tetapi serangan ini agak susah dan mustahil kerana ia memerlukan dana serta tenaga yang banyak untuk dilaksanakan.

Siapa Pencipta Blockchain?

Satoshi Nakamoto dikenali sebagai pencipta blockchain tetapi tiada siapa tahu identiti sebenar beliau atau adakah beliau ini adalah seorang individu atau ianya adalah sebuah ahli kumpulan programmer dan kriptografi.

Kesimpulan

Blockchain adalah teknologi yang membolehkan cryptocurrency wujud. Ianya adalah sebuah teknologi revolusi yang dicipta pada abad ke 21 dan teknologi ini membuka peluang kepada kita semua tentang potensi baharu yang kita boleh perbaiki lagi seperti di sektor kewangan dan perbankan.

Walaupun pada asalnya ia dicipta untuk crypto tapi blockchain mempunyai potensi untuk digunakan lebih daripada itu dan sudah terdapat beberapa sektor industri yang sedang mengkaji tentang cara untuk gunakan teknologi ini untuk menambah baik lagi proses kerja mereka.

Mungkin lagi 5 tahun atau 10 tahun akan datang kita dapat lihat bagaimana teknologi ini akan digunakan dalam kehidupan harian kita.