You are currently viewing Cold Storage vs Hot Storage

Cold Storage vs Hot Storage

Di bahagian ini kita akan belajar tentang crypto wallet, macam mana nak transfer, terima dan simpan cryptocurrency kita ke dalam wallet.

Apa itu Crypto Wallet?

Crypto wallet ini adalah tempat dimana kita boleh menyimpan, menerima dan juga menghantar crypto.

Ianya seperti wallet biasa, dimana kita simpan duit kertas cuma crypto wallet ia simpan aset crypto kita dan ianya adalah sebuah software atau aplikasi yang ada di dalam phone dan komputer kita.

Terdapat 2 jenis crypto wallet ‘cold wallet’ dan ‘hot wallet’. Jadi apa perbezaan mereka?

Hot Wallet

Hot wallet adalah wallet crypto yang paling biasa diguna kerana hot wallet ini senang untuk diguna.

Kita boleh saja download software crypto wallet di komputer kita ataupun di playstore atau appstore dan daftar akaun.

Ada sesetengah cryptocurrency wallet perlukan pengguna untuk sahkan identiti mereka dengan upload gambar penggenalan, ada juga yang tak perlu.

Nanti kita akan lihat crypto wallet apa yang nak guna dan macam mana nak guna wallet tersebut.

Tapi satu benda anda perlu ingat apabila kita guna crypto wallet, sama ada melalui komputer atau telephone, kita perlu ada sambungan kepada internet.

Cold Wallet

Hot wallet ini sesuai untuk mereka yang mempunyai aset crypto yang kecil ataupun yang kerap guna crypto dalam kehidupan harian mereka sebab lebih mudah untuk membuat transaksi harian.

Tapi sekiranya anda adalah seorang pelabur dan mempunyai aset crypto yang besar dan pentingkan tentang keselamatan, cold wallet adalah pilihan yang terbaik.

Cold wallet ini lebih selamat berbanding hot wallet sebab cold wallet tidak sentiasa bersambung kepada rangkaian internet jadi lebih susah untuk digondam atau crypto anda dicuri. Kita hanya sambungkan wallet tersebut ke internet apabila kita mahu buat transaksi.

Ada 2 jenis cold wallet, ‘Paper Wallet’ dan ‘Hardware Wallet’. Tetapi hardware wallet lagi disukai ramai kerana lagi mudah untuk guna berbanding paper wallet. Hardware wallet juga biasanya ada sokongan pelangan bergantung kepada jenama wallet yang kita guna.

apa itu hardware wallet

Kalau anda lihat gambar di atas adalah salah satu jenama hardware wallet, rupa dia sama saja seperti pendrive.

Untuk simpan crypto ke dalam hardware wallet, kita perlu hantar crypto tersebut ke “public key” hardware wallet kita(anda akan belajar apa tu public dan private key kemudian).

Jika kita mahu hantar crypto dari hardware wallet, kita perlu sambung ke internet untuk membuat transaksi. Sebab apa perlu sambung ke internet?

Supaya wallet kita dapat berhubung dengan rangkaian blockchain untuk membuat transaksi.

Paper wallet fungsi dia sama saja seperti hardware wallet cuma daripada rupa seperti pendrive ianya hanya sekeping kertas nama pun paper wallet.

apa itu crypto paper wallet

Di kertas tersebut mempunyai public key kita untuk terima crypto.

Tetapi untuk menghantar crypto dari paper wallet kita ia agak leceh sedikit sebab kita perlu scan private key kita dahulu kepada hot wallet, sebelum kita boleh hantar crypto kita.

Jadi kalau nak lebih mudah dan selamat elok guna hardware wallet berbanding paper wallet.

Sekiranya anda ingin guna hardware wallet saya sarankan jenama Ledger kerana ia mempunyai sokongan pelangan yang bagus dan jenama ini juga agak terkenal dalam bidang ini kerana wallet mereka memang bagus dan sokong lebih daripada 1,800 jenis coin crypto dan token.

Anda boleh tekan sini untuk lihat website Ledger.