You are currently viewing Apa Itu Cryptocurrency dan Cara Ia Berfungsi

Apa Itu Cryptocurrency dan Cara Ia Berfungsi

Saya pasti anda mesti pernah mendengar tentang cryptocurrency atau sesetengah orang panggil ia sebagai crypto atau dalam bahasa ianya kripto. Mungkin anda terdengar dari rakan atau ahli keluarga yang cuba untuk menjemput anda sertai program pelaburan crypto atau mungkin juga terdengar daripada berita atau social media.

Tapi apa sebenarnya cryptocurrency ini, bagaimana ia beroperasi dan adakah ianya selamat. Kita akan bongkarkan kesemua soalan ini.


Pengambilan Utama

  • Cryptocurrency adalah sebuah mata wang digital yang tidak dikawal oleh mana-mana syarikat atau kerajaan.
  • Ia menggunakan teknologi blockchain untuk menguruskan semua transaksi yang berlaku dalam rangkaian.
  • Crypto adalah antara kaedah pembayaran yang paling selamat dan pantas berbanding kaedah mata wang tradisi.
  • Kripto terhasil daripada proses mining.

Apa Itu Cryptocurrency?

Cryptocurrency adalah sebuah mata wang digital dan ianya dicipta untuk digunakan sebagai kaedah pembayaran alternatif untuk wang kertas dan ianya disimpan di dalam dompet digital.

Ianya sebuah mata wang yang tidak memerlukan pengesahan daripada pihak bank untuk mengirim atau menerima duit daripada sesiapa dan dimana jua di seluruh dunia.

Segala transaksi dalam duit digital ini adalah secara maya termasuk duit itu sendiri disimpan dalam dompet digital yang kita boleh gunakan di komputer ataupun telefon pintar.

Cryptocurrency yang paling dikenali ramai adalah Bitcoin yang dilancarkan pada tahun 2009 dan ianya kekal sebagai mata wang crypto utama sehingga ke hari ini.

Apakah perbezaan diantara mata wang kripto dan juga wang kertas?

Kripto ini dicipta untuk menggantikan mata wang fiat tapi kegunaannya sama saja seperti duit biasa, jadi apakah perbezaan diantara mereka dan apakah kelebihan serta kekurangan kripto.

Antara kelebihan kripto berbanding fiat adalah:

  • Keselamatan: Crypto ini dilihat sebagai selamat kerana ia menggunakan algoritma penyulitan untuk pengesahan transaksi dalam erti kata lain ianya susah untuk membuat transaksi palsu.
  • Inflasi: Salah satu sebab crypto dicipta juga adalah untuk mencegah inflasi. Sebagai contoh jumlah Bitcoin yang boleh wujud hanyalah sampai 21 juta BTC sahaja tidak akan lebih atau kurang dari itu, ini dapat elakkan daripada berlakunya bekalan baharu dengan mencetakkan lebih banyak wang.
  • Kos dan kelajuan transaksi: Kos transaksi crypto amatlah murah jika nak dibandingkan dengan wang tradisi tidak kira betapa besarnya jumlah kiriman tersebut dan transaksi pengiriman wang juga lebih pantas tidak kira dimana ianya dihantar transaksi boleh selesai dalam beberapa minit selepas dikirim.
  • Rahsia: Maklumat identiti pengirim serta penerima adalah sulit, walaupun transaksi kripto ini adalah terbuka tetapi ianya susah untuk ketahui siapa yang menghantar dan siapa menerima wang itu. Walaupun terdapat cara untuk ketahui identiti pengirim dan penerima tetapi ianya tidak begitu mudah.

Kripto juga mempunyai kelemahan atau kekurangan mereka bukan nak dikatakan kripto ini lebih bagus berbanding mata wang fiat sepenuhnya. Antara kekurangan kripto berbanding fiat.

  • Kestabilan: Perubahan nilai wang kripto amatlah ketara dan kurang stabil. Ia boleh menaik sebanyak 10 peratus atau turun sebanyak 10 peratus dalam sehari.
  • Ragulasi: Disebabkan tiada sesiapa yang dapat mengawal cryptocurrency maka ianya boleh menjadi agak berbahaya. Contoh sekiranya anda tersalah hantar transaksi ianya tidak dapat dipulangkan semula, apabila transaksi dilaksanakan tiada cara untuk membatalkannya. Pada masa yang sama sudah banyak berlaku kes scam dalam kripto.

Secara asasnya, mata wang kripto ini adalah duit maya yang bergantung pada teknik kriptografi untuk menjamin ketulenan transaksi, mengawal penciptaan unit kripto baru dan mengesahkan pemindahan aset diantara dua pihak.

Perbezaan lain kripto dan mata wang kertas

duit kertas vs cryptocurrency

Sejarah Mata Wang Digital

Bitcoin dicipta pada tahun 2009 oleh individu yang tidak dikenali dan ramai orang sangkakan Bitcoin adalah mata wang crypto pertama, tapi sebenarnya terdapat mata wang digital yang lebih awal berbanding dari Bitcoin dan ianya dicipta pada tahun 1993.

Duit digital pertama yang dicipta adalah eCash atau DigiCash, ianya dicipta oleh David Chaum seorang pakar kriptografi yang berasal dari Amerika.

David telah menerbitkan sebuah kertas yang menunjukkan konsep ideanya untuk mencipta eCash.

Konsep Operasi DigiCash

Konsep eCash adalah untuk membenarkan orang menyimpan duit mereka di dalam komputer dan pengguna boleh gunakan wang digital tersebut di mana-mana kedai yang menerima eCash selain dari menggunakan kaedah pembayaran seperti kad kredit dimana ketika zaman itu terdapat masalah seperti keselamatan transaksi dan caj bayaran terlalu tinggi, yang boleh diselesaikan oleh eCash.

Jadi apa yang berlaku pada projek DigiCash?

Pada pendapat saya mereka terlalu awal dalam perjalan mereka kerana pada zaman itu tidak ramai orang yang mampu untuk miliki sebuah komputer kerana harga terlalu mahal.

Beberapa tahun selepas projek itu dilancarkan mereka terpaksa tutup operasi kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk tampung operasi mereka.

Setelah bertahun kesah duit digital ini tidak disebut, kemudian pada tahun 2009 ada seorang individu yang bernama Satoshi Nakamoto telah membangkitkan semula tentang mata wang digital dan menerbitkan White Paper Bitcoin kepada orang ramai.

Kali ini sambutan untuk duit digital amat diterima orang ramai, lalu Bitcoin telah dicipta.

Bagaimana Crypto Beroperasi?

Cara cryptocurrency beroperasi adalah dengan menggunakan teknologi blockchain, dalam bahasa mudah blockchain ini diguna sebagai kaedah untuk menyimpan segala rekod transaksi serta rekod berkenaan dompet kripto seperti jumlah bitcoin yang dimiliki dompet tersebut.

Penggunaan blockchain juga dapat membantu untuk mencegah individu yang mencurigakan daripada menggodam dan membuat transaksi palsu dengan mencuba untuk berbelanja sebanyak 2 kali walaupun mereka tidak miliki duit di dalam dompet kripto mereka.

Cryptocurrency juga dipanggil sebagai “coin” atau “token” dan kedua-duanya adalah berbeza dari segi cara operasi.

Jika anda berminat untuk ketahui lebih mendalam, saya sarankan anda untuk lihat bagaimana teknologi blockchain beroperasi serta jenis-jenis algoritma crypto, disarankan untuk baca 2 topik tersebut.

Bagaimana Kripto Terhasil?

Kebanyakkan coin kripto akan dihasilkan melalui satu proses dipanggil sebagai mining. Mining ini bermaksud ada orang akan menggunakan sumber komputer mereka untuk mengesahkan transaksi yang berlaku dalam blockchain coin tersebut dengan menyelesaikan teka teki atau kiraan metamatik.

Proses ini adalah apa yang Bitcoin gunakan untuk menghasilkan Bitcoin baru ianya dikenali sebagai Proof of Work(PoW).

Walaupun sesiapa saja boleh menyertai ke dalam rangkaian mining ini tapi ianya tidak mudah kerana operasi mining ini memerlukan sumber tenaga elektrik serta komputer yang berkelajuan tinggi untuk menyelesaikan teka teki tersebut.

Bergantung kepada jenis crypto, mereka mungkin menggunakan kaedah yang berbeza untuk mencipta serta mengedar token mereka contoh antara kaedah lain yang agak terkenal adalah Proof of Stake(Pos) yang lebih mudah berbanding PoW.

Untuk ketahui lebih mendalam anda boleh baca bagaimana Bitcoin mining beroperasi secara mendalam.

Kegunaan Mata Wang Digital

Asal cryptocurrency ini dicipta adalah untuk menjadi pengganti kepada mata wang tradisi walaupun ada juga orang menggunakan crypto sebagai transaksi pembayaran tetapi ramai orang melihat crypto ini sebagai aset pelaburan.

Walaupun harga crypto ini boleh melonjak sebanyak 30 peratus dalam sehari tapi ianya juga tidak mustahil untuk harga turun sebanyak itu pada waktu sama.

Pasaran wang digital ketika ini tidak begitu menentu disebabkan banyak berlaku kes penipuan kripto, penjenayah menggunakan kripto untuk melakukan urusan transaksi dan banyak kerajaan sudah mula ambil tindakan keatas duit digital.

Masa Depan Duit Crypto

Ketika ini crypto sedang berada di dalam gray area kerana kripto ini tidak mempunyai sebarang ragulasi demi menjaga identiti pengguna tetapi pada masa yang sama saya rasa kripto perlu juga mempunyai beberapa perbadanan untuk kawal selia dalam kripto kerana ketika ini sesiapa saja boleh membuka perniagaan seperti pelaburan dalam kripto kemudian melarikan diri.

Kita perlu lihat apakah perkembangan yang akan ditujukan oleh komuniti crypto untuk atasi isu-isu yang sedang berlaku dalam dunia cryptocurrency.

Soalan Lazim

Adakah Cryptocurrency Ini Selamat?

Ketika ini crypto adalah lebih selamat berbanding duit tradisi kerana kita boleh menyimpan crpyto kita ke dalam cold wallet dimana ianya agak susah untuk digondam melainkan anda terlupa kata kunci dompet anda. Lihat cara untuk pastikan dompet crypto anda selamat.

Boleh ke Tukar Kripto Kepada Duit Kertas?

Anda boleh menukarkan wang kripto anda ke duit kertas melalui beberapa kaedah seperti menggunakan crypto exchange, peer to peer, komuniti kripto antara kaedah yang paling biasa digunakan.

Apakah Kripto Paling Dikenali?

Bitcoin adalah duit digital yang paling dikenali sejak pelancarannya pada tahun 2009 sehingga sekarang Bitcoin adalah no.1 dalam senarai cryptocurrency.

Berapa Banyak Jenis Coin Yang Ada?

Ketika ini sudah mempunyai beribu-ribu jenis projek cryptocurrency tapi ianya disarankan untuk hanya pantau dan lihat coin 20 atau 50 teratas sahaja seperti Bitcoin(BTC), Ethereum, LiteCoin, XRP, Tron dan lain-lain, ini adalah kerana ianya lebih selamat dan stabil jika nak dibandingkan dengan coin atau token crypto yang kecil dan baru dilancar.

Kesimpulan

Cryptocurrency ini adalah duit digital yang disimpan di dalam dompet kripto yang berada pada komputer atau handphone kita dan ianya digunakan sebagai kaedah pembayaran alternatif kepada duit kertas.

Ketika ini pasaran kripto sedang tidak menentu dari segi harga pasaran yang menaik dan menurun dengan laju serta berlakunya banyak kes penipuan dalam bidang ini.

Tetapi terdapat pembincangan tentang untuk kerajaan mula ragulasi dalam kripto untuk jadikannya lebih selamat tapi ditentang oleh komuniti kripto kerana isu desentralisasi dan privasi, sebab asalnya Bitcoin dicipta.

Terdapat juga golongan yang menggunakan kripto ini untuk menghasilkan wang melalui pelaburan atau trade pasaran crypto. Ianya bukanlah untuk pemula dan disarankan untuk membuat kajian serta belajar dahulu untuk mendapatkan ilmu.