You are currently viewing Ethereum Classic(ETC)

Ethereum Classic(ETC)

Apa Itu Ethereum Classic

Bukan bitcoin saja yang pernah berlaku hard fork, ethereum juga pernah berlaku hard fork lagi awal berbanding bitcoin dan hard fork tersebut telah melahirkan Ethereum Classic atau ETC pada tahun 2016.

Fungsi ethereum classic sama saja seperti ethereum biasa, ETC juga sokong smart contract.

Jadi kenapa berlakunya hard fork di ethereum?

Pada tahun 2016 terdapat sebuah syarikat yang melancarkan ‘decentralized autonomous organization’ atau DAO di ethereum blockchain.

DAO dicipta untuk menjadi sebagai tempat penggumpulan dana buat projek yang dilancarkan di dalam rangkaian blockchain ethereum, kira-kira dalam 10,000 pelabur telah masukkan dana terkumpul sebanyak $168 Juta dollar dalam projek tersebut.

Tetapi apa yang tidak ramai orang sedar adalah terdapat kelemahan di dalam code DAO dan ianya digondam. Pengondam tersebut telah mencuri dalam $60 Juta dalam bentuk ether(ETH).

Selepas perbincangan, komuniti ethereum mengambil keputusan untuk membuat hard fork yang mengubah kod dalam ethereum untuk mengembalikan dana yang dicuri tersebut kepada pelabur.

Tetapi beberapa kelompok di dalam komuniti tidak sokong keputusan tersebut dan ambil keputusan untuk kekal saja pada protokol yang lama dan sekarang ianya dikenali sebagai ethereum classic.

Seperti ethereum, ethereum classic juga membenarkan kita untuk membina smart contract dan juga dapps.

Pada tahun 2019 ethereum classic telah alami 51% attack dimana terdapat individu atau kumpulan miner yang menggawal lebih daripada 50% kuasa mining yang membolehkan mereka menggubah maklumat di dalam blockchain.