BROKER

Bahagian ini anda akan berlajar tentang broker

1) Apa itu Broker

Broker adalah orang tengah untuk setiap transaksi jual beli kita ke rangkaian bank. Jadi setiap transaksi kita perlu melalui ke broker dahulu sebelum masuk ke pasaran.

kalau ada yang terfikir “tak boleh ke kalau tak pakai orang tengah(broker) dan direct terus ke bank?”

Jawapan kepada soalan itu boleh kalau anda ada banyak duit, dengan banyak maksud saya berjuta-juta USD kerana bank tidak membuat transaksi yang kecil macam $100 atau $10,000, jadi kita perlu juga menggunakan broker untuk mengguruskan transaksi kita.

Selain dari perlukan duit yang banyak ianya tidak mudah untuk melepasi syarat kelayakkan pihak bank.

Di situlah datangnya broker untuk menyelamat.

Tujuan broker adalah untuk membenarkan trader dengan modal yang kecil seperti saya dan anda semua untuk trade dalam forex market.

Tapi persoalanannya macam mana nak pilih broker yang elok?

Itu lah yang kita akan pelajari di topic seterusnya.

2) Cara untuk memilih broker.

Bila tibanya masa untuk anda memilih broker anda perlu berhati-hati sebab sekarang sudah banyak broker yang wujud tetapi macam mana mahu bezakan broker yang bagus dan yang kurang bagus?

Untuk memilih broker yang bagus daripada yang kurang bagus tidak begitu susah, saya telah sediakan 7 cara untuk anda lihat sama ada broker itu adalah bagus ataupun kurang bagus.