You are currently viewing Initial Coin Offering(ICO)

Initial Coin Offering(ICO)

Apa itu Initial Coin Offering?

Incitial coin offering atau ICO, adalah situasi di mana terdapat coin baru yang akan dilancarkan kepada orang ramai.

Proses dia hampir sama saja seperti initial public offering atau IPO, dimana terdapat syarikat yang mahu senaraikan saham mereka ke dalam bursa di mana sesiapa saja boleh membeli saham syarikat tersebut.

Tujuan ICO dan IPO adalah sama juga, kedua-dua bertujuan untuk kumpul dana. Jika syarikat membuat IPO mereka ingin menjual saham mereka kepada orang ramai dan dari hasil dana yang kumpul dari jualan saham tersebut akan digunakan syarikat untuk membangun lebih besar seperti mengeluarkan product baru.

Jika keluaran product terbaru syarikat itu berjaya dan jualan meningkat, pada masa yang sama keuntungan mereka juga meningkan, secara tidak langsung harga saham mereka juga akan menaik.

ICO juga sama, ianya bertujuan untuk pencipta kumpul dana buat projek mereka. Jika projek tersebut berjaya harga coin tersebut akan menaik kerana makin banyak permintaan.

Terdapat sesuatu dipanggil sebagai ITO(Initial Token Offering), konsep dia pun sama seperti ICO, cuma daripada sebuah coin ianya untuk token.

Jika anda masih tidak tahu apa lagi perbezaan mereka saya sarankan anda lihat apa beza coin dan token.

Tapi ada satu kelemahan ICO berbanding IPO, iaitu ICO tiada sebarang regulasi, maksudnya sesiapa saja boleh membuat ICO jika mereka mahu.

Ini boleh berpunca untuk banyak kes penipuan berlaku seperti pada tahun 2018 terdapat banyak kes ICO scam dimana mereka sudah kumpul dana kemudian ketua projek tersebut mula hilangkan diri bersama duit dana yang dikumpul.

Dimana untuk IPO terdapat badan regulasi yang akan memantau dan memastikan ianya bukan satu syarikat palsu. Biasanya syarikat perlu memberi laporan dokumen syarikat kepada badan regulasi sebelum mereka boleh melakukan IPO.

Adakah ICO & ITO Berbaloi?

Jadi adakah ICO atau ITO ini berbaloi?

ICO dan ITO dapat memberikan potensi pulangan yang besar buat pelabur awal ke dalam projek tersebut. Tetapi seperti saya katakan tadi ianya terlalu mudah untuk sesiapa saja melakukan ICO dan ITO, ini boleh menjadikan satu risiko untuk kita kehilangan pelaburan kita.

Itu masih tidak termasuk jika projek tersebut akan berjaya atau pun tidak.

Initial coin offering ini mungkin sesuai buat pelabur yang tidak kesah untuk melakukan pelaburan berdasarkan spekulasi dan tidak kesah untuk mengambil risiko yang tinggi.

Jika anda seoarang pelabur yang ingin ambil risiko yang lebih rendah dan dimana situasinya lebih stabil, ICO mungkin tidak sesuai untuk anda.

Cara Nak Sertai ICO

Jadi anda tidak kesah dengan risiko yang besar dan masih ingin sertai ICO. Jadi macam mana untuk sertai ICO?

Benda pertama yang anda perlu buat adalah dengan ketahui ICO apa yang anda nak sertai.

Selepas itu kita perlu buka akaun dengan wallet yang disokong oleh coin/token tersebut. Kerana tiada satu wallet yang sokong semua cryptocurrency.

Kemudian kita perlu lihat exchange mana yang menawarkan crypto itu.

Info berkenaan exchange dan wallet mana yang disokong biasanya akan dikongsi di website rasmi projek.

Tip Untuk ICO

Pastikan anda sudah buat kajian dahulu sebelum meletakan duit anda ke dalam projek tersebut.

Baca white paper mereka dan lihat apa sebenarnya matlamat projek tersebut. Kemudian lihat siapa yang uruskan projek itu serta kaji latar belakang mereka.

Seperti saya katakan sebelum ini, risiko ICO ini agak tinggi, jadi pastikan anda tidak mengambil risiko yang terlalu besar apabila melibatkan diri dalam ICO dan jangan letak apa yang anda tidak mampu terima jika hilang.