LEVERAGE

Apa itu leverage?

Leverage adalah kredit yang disediakan oleh pihak broker. Ia membolehkan kita sebagai trader kecilan untuk trade dengan modal yang lebih besar daripada jumlah deposite kita.

Sebagai contoh katakan ada sorang braderr ni kita panggil beliau sebagai trader Bob.

Trader bob deposit sebanyak $2,000 dan broker yang Bob pilih menawarkan beliau leverage 1:100 untuk saiz deposite nya. Mengetahui kedua nilai ini, dengan mudah kita dapat kira.

Kita hanya perlu melipatgandakan baki trader Bob dengan nilai pertama dalam nisbah leverage, iaitu $2,000 darab dengan 100. Dengan menggunakan calculator kita tahu yang trader Bob boleh membuka position trade sehingga $200,000(2 Standard Lot).

Sudah tentu, ini mungkin kedengaran terlalu optimistik.

Bergantung kepada broker, ada yang offer maximum leverage 1:50 dan ada juga broker yang offer 1:1000.

Tetapi kita perlu berhati-hati dengan leverage kerana leverage ni seperti “double edged sword”

Maksudnya leverage ni sama ada ia dapat bantu kita untuk mendapat keuntunggan besar atau pada masa yang sama boleh merugikan kita. Jadi kita perlu berhati-hati apabila memilih leverage.