Apa Itu Proof Of Stake Dalam Blockchain

Proof of stake atau PoS adalah salah satu protokol blockchain yang digunakan oleh beberapa buah cryptocurrency untuk pengesahan transaksi dan penciptaan block baharu.

Mari kita lihat bagaimana protokol proof of stake ini beroperasi dan apakah kelebihan dia berbanding proof of work.


Pengambilan Utama

  • Dalam proof of stake “validator” akan dipilih berdasarkan jumlah crypto yang mereka letakkan sebagai cagaran.
  • Proof of stake lebih susah untuk digondam atau dimanipulasi berbanding proof of work.
  • Validator akan diberi ganjaran berdasarkan yuran transaksi yang berlaku dalam block semasa.
  • Validator akan dipilih secara rawak tapi mempunyai tahap kemungkinan lebih tinggi jika mereka mempunyai jumlah cagaran yang lebih banyak.

Apa Itu Proof Of Stake?

Proof of stake dicipta untuk menyelesaikan isu yang dialami oleh protokol blockchain proof of work antaranya penggunaan tenaga elekrtik yang tinggi dan hindari serangan 51 peratus.

Dalam protokol proof of work mereka memerlukan tenaga komputer yang banyak dan laju untuk menyelesaikan pengiraan metamatik sebagai pengesahan transaksi serta penghasilan block baharu, proses ini dipanggil sebagai kripto mining dan sebagai miner mereka menerima ganjaran apabila terhasilnya block baru.

Tapi protokol proof of stake tidak memerlukan jumlah tenaga komputer yang tinggi seperti PoW dan untuk menjadi sebagai validator anda perlu letakkan beberapa jumlah kripto sebagai cagaran, dalam industri ianya dipanggil sebagai “staking” dan konsep ini yang membezakan PoS daripada PoW.

Apa Itu Staking Dalam Crypto?

Apabila anda mendengar tentang staking, maksud dia adalah proses dimana kita akan kuncikan sejumlah kripto kita ke dalam smart contract dengan bertujuan untuk dijadikan sebagai cagaran dan sebagai gantian kita dapat menjadi sebagai seorang validator dalam rangkaian blockchain.

Crypto yang diletakkan sebagai cagaran tersebut akan dikunci dalam tempoh 18 jam dan kemudian sekiranya anda tiba-tiba perlukan crypto itu semula anda boleh saja keluarkannya.

Apa Itu Validator Blockchain?

Validator dalam kripto bermaksud seseorang yang menjadi sebagai wakil dalam protokol proof of stake dan tangungjawab seorang validator adalah untuk memastikan rangkaian blockchain itu selamat dan menjadi sebagai orang yang akan mengesahkan transaksi baru yang berlaku dalam rangkaian blockchain tersebut.

Di dalam PoW dipanggil sebagai miner, tapi di dalam PoS mereka dipanggil sebagai validator.

Cara Proof Of Stake Beroperasi

Protokol proof of stake tidak memerlukan jumlah tenaga komputer yang tinggi untuk beroperasi tapi apa yang kita perlu buat adalah letakkan jumlah crypto kita sebagai cagaran dan itu adalah syarat untuk menjadi sebagai validator dalam mana-mana blockchain yang menggunakan protokol PoS.

Validator akan dipilih secara rawak dan mereka yang terpilih akan menjadi sebagai orang yang akan mengesahkan semua transaksi yang berlaku dalam tempoh waktu tertentu.

Walaupun validator akan dipilih secara rawak, mereka boleh meningkatkan peluang dengan meletakkan jumlah cagaran yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, katakan terdapat 10 orang validator dalam rangkaian tersebut dan setiap sorang meletakkan 10 coin sebagai cagaran itu bermaksud setiap seorang itu mempunyai kemungkinan peluang sebanyak 10% untuk dipilih sebagai orang yang akan mengesahkan transaksi untuk tempoh tersebut.

Tapi katakan seorang validator itu letakkan cagaran sebanyak 20 coin, itu akan meningkatkan peluang dia untuk dipilih oleh blockchain sebanyak 20%. Dalam erti kata lain, lebih tinggi jumlah yang diletakkan sebagai cagaran, lebih tinggi peluang individu tersebut akan dipilih untuk menjadi sebagai validator.

Ganjaran yang akan diterima validator adalah berbeza daripada proof of work. Dalam proof of work miner akan menerima ganjaran apabila terhasilnya block baru dan coin baru telah dicipta, untuk proof of stake validator menerima ganjaran daripada jumlah caj bayaran transaksi pada tempoh tersebut.

Contoh, katakan pada jam 10 pagi jumlah transaksi yang berlaku adalah sebanyak 2,000 transaksi dan jumlah fee yang terkumpul katakan 20 coin. Maka validator yang mengesahkan transaksi itu akan menerima sebahagian daripada 20 coin itu sebagai ganjaran mereka. Katakan pada jam 11 pagi berlakunya dua kali ganda jumlah transaksi dan jumlah caj bayaran yang terkumpul adalah 40 coin, maka sebahagian dari 40 coin itu akan diterima oleh validator yang dipilih untuk uruskan transaksi tersebut.

Langkah Cara Proof Of Stake Berfungsi

Adakah PoS Lebih Bagus Dari PoW?

Proof of stake dilihat sebagai naik taraf dan lebih bagus berbanding proof of work, ini kerana terdapat beberapa perkara yang dialami oleh PoW dapat diselesaikan oleh PoS.

Sebagai contoh, proof of work perlu menggunakan sebuah komputer kelajuan tinggi seperti ASIC, sebuah mesin khas dicipta untuk mining crypto PoW, tetapi ia perlu menggunakan jumlah tenaga elektrik yang tinggi untuk beroperasi dan isu ini telah dikritik banyak kali oleh ahli komuniti crypto.

Manakala untuk proof of stake ia tidak memerlukan jumlah tenaga elekrtik setinggi PoW untuk beroperasi dan pada masa yang sama ianya lebih pantas berbanding PoW. Bukan itu saja, PoS tidak perlukan sebuah mesin khas seperti PoW ini dapat memudahkan sesiapa saja untuk menyertai rangkaian blockchain dan menjadi sebagai validator.

Disebabkan kelebihan ini, kebanyakkan Alt Coin baru biasanya akan menggunakan protokol proof of stake.

Sebagai contoh Ethereum pada asalnya menggunakan konsep proof of work dan kemudiannya mereka bertukar kepada PoS ia dipanggil sebagai Ethereum 2.0. Antara cryptocurrency yang menggunakan PoS adalah Ethereum(ETH), Cardano(ADA), Solana(SoL) dan Tron(TRX).

Perbezaan antara proof of work dan proof of stake

Kekurangan Proof of Stake

Sudah tentu proof of stake mempunyai kelemahannya tersendiri. Sebagai contoh crypto yang menggunakan PoS masih terdedah kepada risiko serangan 51 peratus.

Serangan 51 peratus ini boleh berlaku apabila individu atau kumpulan menggawal sekurang-kurangnya 51% daripada jumlah bekalan cryptocurrency yang ada. Tapi serangan seperti ini amatlah mustahil untuk berlaku lagi-lagi pada coin yang sudah stabil dan besar seperti Ethereum dan Cardano.

Tetapi jika serangan ini berjaya dilakukan oleh sesiapa sekali pun, masih terdapat potensi untuk validator yang jujur di dalam rangkaian tersebut untuk mengundi agar mengabaikan data blockchain yang telah diubah itu dan membakar coin penyerangan tersebut yang diletakkan sebagai cagaran.

Maka ianya tidak berbaloi untuk penyerangan tersebut untuk mengubah maklumat blockchain kerana masih terdapat risiko untuk mereka kehilangan crypto yang mereka letakkan sebagai cagaran.

Kekurangan lain adalah ianya agak kompleks untuk cryptocurrency lama untuk ubah protokol mereka daripada proof of work kepada proof of stake. Ketika Ethereum ingin ubah protokol mereka dari PoW ke PoS ianya ambil masa yang lama untuk melaksanakan perubahan itu dan juga banyak berlaku pertengkaran diantara ahli komuniti.

Sebab itu kita dapat lihat kebanyakkan cryptocurrency lama seperti Bitcoin dan Litecoin masih menggunakan proof of work sebagai protokol mereka.

Soalan Lazim Berkenaan Proof Of Stake

Cryptocurrency Apa Yang Gunakan proof of stake?

Sudah banyak coin cryptocurrency yang menggunakan protokol PoS seperti Cardano, Polkadot, Solana, Ethereum, BNB dan Avalanche. Ketika ini terdapat dalam 2,000 cryptocurrency yang telah guna proof of stake sebagai protokol mereka.

Adakah Bitcoin Boleh Tukar Kepada proof of stake?

Mana-mana cryptocurrency boleh ubah protokol mereka daripada PoW kepada PoS tetapi proses ini amatlah kompleks dan memakan masa yang lama untuk dilaksanakan sebab itu kebanyakkan crypto lama masih menggunakan mekanisme proof of work sebagai protokol mereka.

Adakah Boleh Letak Mana-mana Coin Sebagai Cagaran Dalam PoS?

Anda perlu gunakan coin crypto yang sama dalam rangkaian untuk dijadikan sebagai cagaran, contoh jika ianya adalah Ethereum maka anda perlu letakkan coin ETH sebagai cagaran untuk menjadi validator.

Kenapa Masih Ada Crypto Gunakan PoW dan Bukan PoS?

Walaupun proof of stake ini mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding proof of work tapi masih terdapat beberapa cryptocurrency besar yang masih gunakan PoW berbanding PoS. Ini kerana untuk ubah protokol blockchain dari Pow kepada PoS amatlah kompleks dan akan ambil masa yang lama.

Kesimpulan

Walaupun masih banyak lagi cryptocurrency yang menggunakan proof of work sebagai protokol mereka, tetapi jumlah crypto yang menggunakan proof of stake semakin berkembang dan bukan itu saja ianya sudah terbukti bahawa protokol PoS adalah lebih efektif berbanding PoW. Maka ianya dijangkakan akan lebih banyak jumlah cryptocurrency yang akan menggunakan protokol proof of stake sebagai protokol blockchain mereka.