You are currently viewing Apa Itu Proof Of Work Dalam Blockchain

Apa Itu Proof Of Work Dalam Blockchain

Proof of Work adalah sebuah teknik yang digunakan kebanyakkan cryptocurrency besar seperti Bitcoin dan Litecoin untuk pengesahan transaksi baharu dalam blockchain.

Tapi bagaimana sebenarnya algoritma proof of work ini beroperasi dan apakah kekurangan algoritma ini. Kita akan kupaskan segalanya di bawah.


Pengambilan Utama

  • Proof of work digunakan untuk memastikan rangkaian blockchain itu selamat.
  • Dengan gunakan proof of work, ia membenarkan transaksi dilaksanakan tanpa memerlukan orang tengah.
  • Proof of Work adalah sebuah mekanisme pilihan kebanyakkan coin kripto besar seperti Bitcoin, Litecoin dan Monero.
  • Proof of work menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk beroperasi.

Apa Itu Proof of Work (PoW)?

Mekanisme proof of work adalah salah satu kaedah yang digunakan blockchain untuk memastikan rangkaian itu selamat dan elak daripada berlakunya transaksi palsu.

Kerana blockchain ini adalah terbuka dan sesiapa saja boleh sertai, kita perlukan cara untuk memastikan segala rekod yang diedarkan dalam rangkaian blockchain ini adalah sama dan tidak boleh diubah oleh sesiapa, jika tidak sesiapa saja boleh membuat transaksi palsu seperti mereka ubah rekod mengatakan dompet kripto mereka mempunyai 1,000 BTC walaupun itu sebenarnya tidak benar.

Cara terbaik untuk selesaikan masalah transaksi palsu adalah dengan menggunakan konsep proof of work dimana ia akan memilih peserta yang berada dalam rangkaian blockchain secara rawak untuk menyelesaikan kiraan metamatik atau teka teki sebelum block rekod transaksi itu diedarkan ke seluruh rangkaian blockchain. Proses ini juga dikenali sebagai crypto mining dan ia memerlukan tenaga komputer yang tinggi.

Kaedah ini juga dapat membenarkan pengguna yang tidak mengenali antara mereka untuk mempercayai antara satu sama lain.

Perkataan “work” ini disebabkan miner perlukan mesin berkelajuan tinggi untuk berlawan antara satu sama lain untuk menjadi yang pertama untuk menyelesaikan teka teki metamatik, ini untuk menghalang sesiapa saja daripada menipu dalam sistem. Mereka yang pertama berjaya selesaikan teka teki itu akan menerima Cryptocurrency sebagai ganjaran.

Proses kerja cryptocurrency mining

Kenapa Cryptocurrency Perlukan PoW?

Bitcoin dilancarkan pada tahun 2008 selepas Satoshi Nakamoto telah menerbitkan White Paper Bitcoin yang menerangkan tentang sebuah duit digital yang menggunakan proof of work sebagai protokol yang membenarkan penyimpanan rekod transaksi dengan selamat tanpa mempunyai pangkalan data berpusat seperti bank.

Tapi sebelum Bitcoin mula dicipta, sudah terdapat idea untuk mencipta duit digital sebelum itu tetapi projek tersebut tidak berjaya kerana mereka gagal untuk menyelesaikan masalah seperti perbelanjaan berganda dimana orang boleh belanja melebihi dari sekali walaupun mereka tidak mempunyai duit tersebut dan membuat transaksi palsu.

Dengan menggunakan mekanisme proof of work, Satoshi berjaya untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda dengan memberi ganjaran kepada miner kripto atas kerja keras mereka untuk mengesahkan kesahihan transaksi sebelum diedarkan ke seluruh rangkaian blockchain.

Isu Dengan Proof of Work

PoW ini juga mempunyai kekurangan mereka, mari kita lihat apakah kekurangan tersebut.

  1. Masa: Proses proof of work boleh ambil memakan masa untuk menyelesaikan sebuah teka-teki metamatik ‘block‘ sebelum ianya dihantarkan ke seluruh rangkaian blockhain dan proses ini mungkin boleh ambil masa untuk selesai dengan kadar “mining dificulti” yang semakin meningkat.
  2. Penggunaan sumber: Crypto mining memerlukan komputer berkelajuan tinggi untuk menyelesaikan kiraan metamatik dan ini akan mengakibatkan komputer tersebut perlu menggunakan tenaga elektrik yang sangat tinggi. Kajian daripada Universiti Cambridge telah menunjukkan proses mining Bitcoin menggunakan lebih kurang 143TWh setahun. Ini sudah melebihi tahap beberapa buah negera seperti Norway, Argentina dan Finland.
  3. Transaksi bukan serta-merta: Bergantung kepada keadaan rangkaian semasa, transaksi Bitcoin boleh selesai sekitar 10 minit hingga ke 60 minit. Seperti tahun 2017 ketika krisis Bitcoin, tempoh transaksi boleh ambil masa melebihi 5 jam untuk selesai.
  4. Monopoli: Walaupun asalnya bitcoin ini dicipta untuk mencegah monopoli, tapi masih terdapat risiko untuk berlakunya monopoli sekiranya terdapat beberapa organisasi mining besar atau mining farm yang bergabung antara mereka. Tapi situasi ini agak tipis untuk berlaku.
  5. Risiko Serangan 51%: Sesiapa saja yang kawal lebih kurang 51% daripada tenaga mining dalam rangkaian mereka dapat kawal seluruh rangkaian blockchain tersebut dan ini akan memberi mereka kuasa untuk korup atau ubah data dalam blockchain. Walaubagaimana pun serangan ini agak mustahil untuk berlaku pada rangkaian blockchain yang sudah berkembang dan matang seperti Bitcoin, Litecoin dan Monero. Ianya mungkin lebih mudah berlaku kepada altcoin kecilan.

Proof of Work vs Proof of Stake

Antara mekanisme yang terkenal dalam cryptocurrency adalah proof of work dan proof of stake(PoS). Kedua-dua kaedah itu digunakan untuk pengesahan transaksi yang berlaku dalam rabgkaian crypto dan kemudiannya dimasukkan ke dalam blockchain.

Perbezaan diantara PoW dan PoS adalah, dalam proof of stake mereka yang sertai rangkaian blockchain tidak dipanggil sebagai “miner” tetapi mereka dipanggil sebagai “validators“. Ini disebabkan daripada menyelesaikan teka teki metamatik, validator akan mengunci jumlah mata wang kripto mereka sebagai cagaran dalam smart contract di dalam blockchain.

Dengan meletakkan jumlah crypto mereka sebagai cagaran, validator diberi peluang untuk mengesahkan transaksi baharu dan memperoleh ganjaran. Tapi sekiranya mereka didapati menipu seperti cuba untuk mengubah maklumat, mereka akan kehilangan crypto yang mereka letak sebagai cagaran.

Proof Of Work (PoW)Proof Of Stake (PoS)
Untuk mining block baru, anda perlukan komputer berkelajuan tinggi.Untuk menjadi sebagai pengesah(Validator) ianya bergantung kepada jumlah kripto yang dijadikan sebagai cagaran.
Ganjaran akan diberi apabila miner telah berjaya menyelesaikan kiraan teka teki bagi setiap block.Validator menerima ganjaran daripada yuran rangkaian sebagai ganjaran mereka.
Menggunakan tenaga elektrik yang tinggi untuk menyelesaikan kiraan metamatik untuk mencipta block baru.PoS memerlukan jumlah tenaga yang lebih rendah berbanding PoW untuk beroperasi.
Perlu kawal sekurang-kurangnya 51 peratus tenaga mining untuk kawal rangkaian blockchain. Agak mustahil tapi boleh berlaku.Individu perlu miliki sebanyak 51% daripada jumlah cryptocurrency untuk mengawal rangkaian. Amat mustahil untuk berlaku.
Perbezaan Diantara PoS dan PoW

Soalan Lazim

Adakah Proof of Work Masih Digunakan?

Antara cryptocurrency yang masih gunakan mekanisme PoW adalah Bitcoin, Dogecoin, Bitcoin Cash dan Litecoin.

Apa Kelebihan Proof of Work (PoW)

Proof of work membolehkan pemprosesan transaksi peer-to-peer menjadi lebih selamat tanpa memerlukan pihak ketiga. Tapi ia memerlukan mesin khas seperti ASIC untuk memastikan rangkaian berjalan secara pantas.

Kenapa Masih Ada Cryptocurrency Yang Gunakan Proof of Work?

Kerana mekanisme proof of work adalah cara terbaik untuk memastikan rangkaian blockchain selamat dan kepercayaan diantara satu sama lain. Tapi sekarang ini sudah banyak jenis algoritma blockchain lain seperti proof of stake yang membuktikan lebih efektif daripada PoW.

Sebelum ini Ethereum juga menggunakan proof of work tetapi kemudian mereka tukar kepada kaedah proof of stake pada tahun 2022.

Kesimpulan

Proof of work adalah mekanisme yang paling terkenal dalam cryptocurrency untuk digunakan sebagai kaedah pengesahan transaksi dan dapat memastikan rangkaian selamat daripada transaksi palsu.

Walaupun PoW ini terdapat kelemahan serta kekurangan mereka tapi ianya masih digunakan kebanyakkan cryptocurrency besar seperti Bitcoin dan Monero.