Apa itu White Paper Cryptocurrency

White paper adalah sebuah kertas dokumen dimana ia menerangkan tentang konsep dan maklumat teknikal berkenaan projek tersebut kepada para pelabur.

Jika di dalam dunia saham kita boleh baca laporan berkenaan syarikat tersebut untuk melihat keadaan mereka seperti, jumlah hutang mereka, berapa banyak keuntungan mereka, berapa simpanan kewangan, etc.

Tapi di dalam cryptocurrency kita tiada maklumat seperti itu, apa yang kita dapat hanyalah sebuah kertas yang dipanggil sebagai white paper. Dan maklumat yang ada di dalam white paper itu dapat membantu kita jika projek ini adalah satu projek yang bagus atau pun tidak.

Dengan ketahui maklumat itu ia dapat membantu kita untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih bagus berbanding hanya membeli crypto tersebut tanpa ketahui apa-apa dengan mengharap harga akan naik tinggi.

Setiap projek cryptocurrency perlu ada white paper, jika projek tersebut tidak mempunyai white paper kemungkinan tinggi ianya adalah satu penipuan.

Cara Baca White Paper

Ok sekarang anda sudah tahu apa itu white paper, jadi macam mana cara untuk membacanya?

Seperti saya katakan sebelum ini, white paper menerangkan tentang apa sebenarnya projek itu cuba buat dan kandungan di dalam white paper dapat membantu kita untuk membuat keputusan sebelum meletakan duit ke dalam satu projek itu.

Ada 5 benda yang kita perlu tanya bila sedang baca white paper:

1) Apa Projek Ini Cuba Buat?

Sebelum kita meletakan duit ke dalam sesuatu kita perlu tahu apa sebenarnya projek ini cuba buat. Kita perlu tentukan jika projek ini berbaloi untuk kita sertai atau pun tidak.

Biasanya projek crypto mesti akan ada masalah yang mereka cuba selesaikan. Sekiranya projek tersebut tiada masalah yang mereka cuba selesaikan mungkin ianya bukan satu projek yang bagus.

Contoh seperti syarikat teknologi terbesar dunia Facebook, isu yang mereka cuba selesaikan adalah untuk memudahkan orang berhubung tidak kira di dimana mereka berada. Untuk syarikat seperti Google pula, ianya untuk mudahkan orang mencari sesuatu di internet.

Setiap projek perlu ada isu yang mereka cuba selesaikan, tiada sebuah syarikat besar di dunia yang wujud tanpa cuba untuk selesaikan sebarang masalah.

Sejujurnya sesetengah white paper akan guna ayat yang agak teknikal dan susah untuk faham lagi-lagi jika kita tiada latar belakang berkenaan IT dan teknologi sangat.

Sesetengah ayat yang digunakan boleh saja kita google jika tidak paham baisanya sudah ada orang terjemahkan ke ayat yang mudah untuk orang baisa faham. Jika anda tidak paham apa yang white paper tersebut cuba terangkan, cuba baca lagi sekali, kadang-kadang bila baca kali ke-2 ianya mula masuk akal.

Tapi sekiranya anda sudah baca white paper tersebut dalam 3 ke 4 kali dan masih lagi tidak paham ianya mungkin disebabkan salah satu perkara ini:

1. Sama ada projek ini terlalu advance sangat untuk kita faham dan kita perlu kaji lagi mendalam untuk memahaminya.

2. Projek ini sebenarnya tiada sebarang matlamat, kiranya hanya dicipta sekadar untuk mencipta cryptocurrency, dan ianya tidak bagus kerana terdapat risiko scam di sini.

Jika kita tidak faham apa projek ini cuba buat, kita tidak patut meletakan duit kita kedalamnya tidak kira apa orang lain cuba cakap atau baca secara online yang crypto ini akan ke bulan sekali pun. Jika kita tidak paham, jangan melabur ke dalam projek itu.

Melainkan orang tersebut ada terangkan dengan mudah dan anda sudah faham apa projek ini cuba lakukan.

2) Macam Mana?

Bila kita sudah paham apa projek itu cuba buat, soalan seterusnya adalah macam mana. Kita perlu tahu juga macam mana mereka akan lakukanya?

Seperti saya katakan tadi biasanya di bahagian ini yang agak susah untuk paham kerana mereka akan banyak guna ayat yang agak tenikal sedikit.

Tetapi sebuah white paper yang bagus dapat menerangkannya dengan cara yang mudah dan tidak keliru sangat.

Contoh yang sesuai adalah bitcoin white paper, dimana mesej yang disampaikan mudah untuk orang paham walaupun mereka tidak begitu arif tentang teknologi.

Jika anda baru lagi dalam membaca white paper dan tidak pernah baca sebarang white paper cryptocurrency sebelum ini, saya sarankan anda bermula dengan bitcoin white paper dulu untuk bagi kita faham macam mana sebuah white paper yang bagus patut kelihatan.

3) Adakah Kita Memerlukannya?

Adakah isu yang mereka cuba slesaikan adalah satu keperluan orang ramai?

Sekiranya isu yang projek itu cuba selesaikan bukan satu isu yang besar kenapa orang ramai akan gunakannya?

Kita perlu lihat juga jika isu yang mereka cuba selesaikan adalah satu masalah yang diperlukan.

Sebagai contoh litecoin dicipta untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh bitcoin iaitu tempoh transaksi yang agak lama dan ianya satu keperluan kerana sekarang ini ramai orang utamakan kelajuan transaksi.

Atau ethereum dimana ia membenarkan sesiapa saja untuk membina dapps di atas platform mereka tanpa individu tersebut perlu mencipta rangkaian blockchain mereka tersendiri.

4) Kenapa ia Perlukan Teknologi Blockchain?

Sekarang ini apa-apa saja projek yang ada berkaitan dengan blockchain terlalu dapat perhatian yang berlebihan.

Ye blockchain adalah sebuah teknologi yang mungkin paling hebat pada abad ini. Tetapi terlalu ramai sangat cuba untuk membuat blockchain walaupun projek tersebut tidak memerlukan konsep blockchain.

Seperti point sebelum ini, jika isu yang mereka mahu selesaikan tidak memerlukan teknologi blockchain jadi mereka tidak perlu gunakannya, tidak semua projek perlu dibina atas teknologi blockchain.

Sebagai contoh aplikasi untuk membenarkan orang membuat tempahan meja di restorant tidak perlu dibina atas teknologi blockchain, aplikasi tersebut boleh saja dicipta atas platform website biasa.

Tetapi jika projek tersebut mencipta sebuah social media dengan menggunakan blockchain sebagai asasnya mungkin masuk akal, kerana sekarang ini terlalu banyak syarikat besar yang monopoli di bahagian ini tambahan mereka menjual data kita kepada orang lain tanpa penggetahuan kita dan teknologi blockchain mungkin dapat selesaikan masalah ini.

Jadi kita perlu fikir secara logic adakah projek itu perlu guna teknologi blockchain ataupun tidak.

5) Pasukan dan Pengalaman

Sesetengah white paper akan kongsikan maklumat tentang siapakah ahli yang akan uruskan projek ini dan apakah latar belakang mereka.

Adakah mereka pernah menyertai mana-mana projek sebelum ini?
Sudah berapa lama mereka berada dalam industri?
Adakah terdapat individu di kalangan mereka yang pakar dalam dunia teknologi dan bukanya dari bidang lain seperti perubatan tiba-tiba mahu mencipta blockchain.
Siapakah ketua di dalam kumpulan tersebut, adakah orangnya mempunyai reputasi yang bagus?

Ini adalah antara soalan-soalan yang kita perlu tanya apabila melihat ahli kumpulan projek.

Kita perlu pastikan ahli tersebut semuanya mempunyai reputasi serta potensi yang bagus dan mempunyai kefahaman dalam bidang mereka.

Sebagai contoh katakan projek itu cuba untuk mencipta patform E-Commerce yang berasaskan blockchain. Tetapi tiada sesiapa dalam ahli kumpulan itu mempunyai sebarang latar belakang dalam membina website dan tidak pernah bekerja dengan mana-mana syarikat e-com atau uruskan e-com mereka tersendiri.

Maklumat Tambahan

5 perkara di atas adalah faktor utama yang kita perlu lihat apabila kita sedang baca white paper. Tetapi ada sesetengah projek berkongsi maklumat tambahan pada white paper mereka.

Maklumat ini tidak kesemua projek white paper akan ada tapi jika mereka kongsikannya ianya satu kelebihan.

– Cara Edaran Token/Coin

Di bahagian ini kita perlu tahu cara token atau coin tersebut akan diedar dan berapa banyak bekalan yang ada.

Sesetengah projek white paper akan katakan jumlah coin yang akan diberikan kepada team yang uruskan projek tersebut, biasanya jumlah yang dipegang oleh mereka tidak besar dalam 20% – 30%. Jika kebanyakan bekalan dipegang oleh ahli projek ianya bukan satu petanda yang bagus kerana ianya ibarat monopoli.

Adakah bekalan crypto tersebut mempunyai had atau pasukan yang uruskan projek itu boleh teruskan mencipta coin baru jika mereka mahu.

– Pesaing

Sebuah white paper yang jujur biasanya akan kongsikan sekiranya sudah terdapat projek lain yang cuba buat yang sama seperti mereka.

Sekarang ini agak susah untuk jumpa sebuah projek yang tiada sebarang pesaing. Dan biasanya mereka akan terangkan juga kenapa projek ini lagi bagus dari mereka serta apa yang buat projek ini akan bertahan lagi lama berbanding yang lain.

Tetapi jika white paper itu sentiasa katakan benda yang bagus tentang dirinya, kita perlu berhati-hati sedikit kerana setiap projek pasti ada kelebihan serta kekurangan mereka tersendiri.

Sebuah white paper yang bagus akan kongsikan kelemahan serta kekuatan mereka. Jadi sekiranya mereka tidak kongsikan sebarang kelemahan terdapat kemungkinan mereka cuba sembunyikan sesuatu dan cuba untuk kaji lebih mendalam.

Tip Ketika Baca White Paper

– Lihat Ejaan Perkataan

Lihat ayat yang digunakan di dalam white paper, adakah ianya ayat seperti seorang yang tahu apa yang dia katakan atau ayat yang digunakan seperti budak-budak dan berlaku banyak typo atau salah eja.

Jika terdapat terlalu banyak kesalahan ejaan itu menunjukan petanda yang kita perlu berhati-hati dengan projek tersebut kerana itu seperti petanda mereka ingin siapkan white paper tersebut dengan cepat dan tidak ambil masa untuk baca semula apa yang mereka cuba sampaikan.

– Tiada Sebarang Ciri-Ciri Bagus

Jika white paper mereka tidak habis bercerita tentang system kewangan sudah rosak, dan kerajaan terlalu banyak kuasa dan mahu pulangkan kuasa kepada orang ramai. Atau mereka asyik katakan yang crypto ini akan ke bulan dan sesiapa saja berpeluang untuk menjana pendapatan dan jadi kaya.

Itu sememangnya tidak bagus, mereka tiada sebarang projek yang menyelesaikan sebarang masalah. Dan mereka hanya mengharapkan orang ramai untuk membeli crypto tersebut dengan menjanjikan semua boleh berjaya, dimana perkara seperti itu tidak akan berlaku.

Setiap projek perlu ada sebab kenapa ianya dibina dan tujuan, jika mereka tiada sebarang masalah yang mereka cuba selesaikan, projek itu tidak akan tahan lama.

– Marketing Lebihan

Point ini ada kaitan dengan point sebelum ini. Jika projek yang tidak ada sebarang projek atau isu yang mereka cuba selesaikan tetapi marketing mereka berlebihan saya tidak sarankan untuk meletakan duit anda ke dalam projek itu.

Sudah terlalu banyak kes di mana projek yang menipu ini menggunakan influencer yang berpengaruh seperti youtuber dan instagram untuk mempromosi projek crypto mereka dan hanya bagi publisiti.

Isu dengan projek seperti ini, ia hanya akan bertahan selagi ada orang yang mempromosikan crypto tersebut, tetapi jika tiada siapa mula berkongsi atau mempromosi, crypto tersebut akan hilang nilainya.

Kebiasaannya jika projek cryptocurrency yang sebenar mereka tidak akan lakukan promosi begitu.

Mana Nak Cari White Paper?

Jadi di mana kita boleh jumpa white paper untuk projek tersebut?

Ada 2 cara yang saya biasa guna:

1) Dengan menggunakan google. Boleh buat carian di google seperti “nama projek white paper”, contoh “bitcoin white paper”. Biasanya google akan tunjuk website rasmi projek tersebut.

2) Dengan guna website The Whitepaper Database. Website ini adalah sebuah website dimana mereka kumpulkan semua projek white paper yang ada dan letakan ke dalam satu tempat yang mudah untuk orang cari.

Lihat website White Paper Database.

Kesimpulan

Walaupun white paper berkongsi banyak maklumat yang kita perlu tahu berkenaan projek tersebut, tapi itu hanyalah satu langkah pertama.

Kita tidak boleh terlalu percaya 100 peratus dengan white paper kerana penulisnya masih boleh menipu dengan meberikan maklumat yang salah, kita hanya baca white paper untuk ketahui apakah tujuan sebenar projek tersebut serta langkah yang mereka akan ambil.

Dalam pelaburang cryptocurrency ini, lagi banyak info yang kita ada, lagi bagus. Jadi jangan teragak-agak untuk melakukan kajian yang lebih mendalam dengan melayari internet.

Sebuah white paper yang bagus tidak tentu lagi projek itu akan berjaya. Sentiasa lakukan kajian dahulu sebelum membuat sebarang keputusan dan jangan melabur lebih daripada apa yang kita mampu rugi.