Asas Candlestick & Candlestick Pattern

candlestick chart cryptocurrency

Kebanyakan trader akan gunakan candlestick sebagai cara mereka untuk melihat pergerakan harga di dalam chart. Mungkin anda juga pernah melihatnya sebelum ini.

Jadi apa itu candlestick sebenarnya?

Candlestick menunjukan pergerakan perubahan harga dalam tempoh waktu tertentu, sebagai contoh jika kita buka chart pada tempoh 1 jam seperti gambar di atas. itu bermaksud setiap satu batang candlestick itu menunjukan apa yang dibuat oleh pasaran dalam tempoh 1 jam lepas.

Dalam contoh gambar ini candle putih bermaksud harga menaik dan canle hitam bermaksud harga menurun.

Kalau kita lihat dengan lebih betul kita akan nampak ada batang halus betul tak, itu dipanggil sebagai shadow. Shadow di belah atas berlaku bila harga makin menaik tetapi penjual mula menolak semula harga kebawah itu dipanggil sebagai upper shadow. Begitu juga disebaliknya, jika harga makin menurun tetapi pembeli mula menolak semula harga naik itu dipanggil sebagai lower shadow.

Cara Asas Candlestick

cara baca candlestick

Apa candlestick dapat tunjukkan kepada kita adalah high, low, open dan close untuk satu tempoh trading.

High – Menunjukkan paras harga tertinggi pada tempoh trading. Juga dikenali sebagai upper shadow.

Low – Menunjukkan paras harga terendah pada tempoh trading. Juga dikenali sebagai lower shadow.

Open – Dimana paras harga dibuka.

Close – Dimana paras harga ditutup.

Diantara open dan close dipanggil sebagai body.

Sekiranya candlestick tersebut close di atas paras harga open itu menunjukkan bullish.

Sekiranya candlestick tersebut close di bawah paras harga open itu menunjukkan bearish.

Bullish bermaksud menaik, manakala bearish maksud menurun.

Candlestick Pattern

Kelebihan candlestick adalah ia boleh memberikan kita petunjuk apa yang mungkin akan berlaku berdasarkan candlestick yang sebelumnya. Ini dipanggil sebagai candlestick pattern.

Ada banyak jenis candlestick pattern, tapi kita hanya akan lihat yang mana anda patut tahu kerana ianya antara pattern yang kerap berlaku dalam market.

– Doji Candlestick Pattern

Doji Candestick Pattern

Doji bermaksud sesi trading ditutup pada paras harga yang sama ketika ia buka atau hampir di paras harga open candle tersebut. Rupa doji sama seperti simbol tambah ‘+’.

– Long Legged Doji

Candle pattern long legged doji

Long legged doji mempunyai upper shadow atau lower shadow yang panjang dan tidak mempunyai sebarang canlde body. Pattern ini menunjukkan buyer & seller sama-sama kuat dan pasaran sedang memilih arah.

– Dragonfly Doji

rupa candle pattern dragonfly doji

Dragonfly doji mempunyai lower shadow yang panjang dimana paras open dan close candle dekat dengan high untuk sesi trading itu.

– Gravestone Doji

Contoh gravestone doji pattern candlestick

Ini adalah adik terakhir kepada doji candle pattern. Gravestone Doji mempunyai upper shadow yang panjang, serta open dan close candle dekat dengan low untuk sesi trading tersebut.

– Hammer Candlestick Pattern

candlestick pattern hammer

Hammer adalah ciri-ciri bullish yang terjadi semasa downtrend. Ciri-ciri hammer adalah lower shadow mesti sekurang-kurangnya dua kali lebih panjang dari saiz body candlestick.

Hammer boleh mempunyai upper shadow yang pendek atau tidak mempunyai upper shadow langsung.

– Inverted Hammer Pattern

pattern candlestick inverted hammer

Candle inverted hammer sama seperti pattern hammer, cuma dia terbalik. Inverted hammer memiliki body yang kecil, upper shadow yang panjang dan lower shadow yang pendek atau tidak mempunyai sebarang lower shadow.

– Hanging Man

pattern candle hanging man

Rupa pattern hanging man sama seperti hammer cuma ianya berlaku di uptrend. Hanging man ini menunjukkan ciri-ciri bearish. Ia mempunyai badan yang kecil, lower shadow yang panjang dan upper shadow yang kecil atau tidak mempunyai upper shadow.

– Marubozu

candlestick Marubozu Pattern

Marubozu tidak mempunyai sebarang lower shadow atau upper shadow.

Maksud marubozu bila ditafsirkan dari bahasa jepun ke bahasa adalah “botak” atau “cukur kepala” ini mungkin sebab pattern candle ini tidak mempunyai sebarang shadow.

– Engulfing Candlestick Pattern

candlestick engulfing pattern

Candle engulfing menunjukkan ciri-ciri perubahan arah yang boleh terjadi pada pasaran bullish ataupun bearish. Ianya bergantung di mana pattern engulfing ini berlaku sama ada di uptrend(Bearish Engulfing) ataupun downtrend(Bullish Engulfing).

Ciri-ciri candle engulfing adalah, candle sebelumnya lebih kecil dari candle yang selepas.

– Shooting Star

Shooting star candlestick pattern

Shooting star candle pattern mempunyai rupa bentuk yang sama seperti inverted hammer. Ia mempunyai badan yang kecil, upper shadow yang panjang dan lower shadow yang kecil atau tiada lower shadow.

Pattern ini biasanya muncul selepas uptrend dan ia memberi petunjuk yang pergerakan pasaran menaik sudah kepenatan dan kemunkinan akan mula berubah arah.

Ciri-ciri pattern shooting star. Open lagi tinggi dari paras harga close di candle sebelumnya, mempunyai upper shadow yang panjang, lower shadow yang kecil atau tidak mempunyai lower shadow dan close berdekatan dengan paras harga open.

– Spinning top

pattern candle spinning top

Sipinning top mempunyai body yang kecil dengan upper dan lower shadow yang lebih panjang dari saiz body candle. Pattern ini menunjukkan pasaran sedang membuat keputusan, maksudnya pasaran sedang memilih arah.

– Morning Star

morning star candlestick pattern

Pattern ini terdiri daripada 3 candlestick, yang pertama adalah candle bullish yang panjang, candle kedua pula sebuah candle yang kecil kadang-kadang boleh dikira sebagai doji dan kemudiannya candle bearish.

– Three Inside Up Candlestick Pattern

candlestick pattern three inside up

Three inside up pattern adalah tanda-tanda perubahan arah akan berlaku dalam pasaran dan ianya berlaku selepas pergerakan menurun.

Sama seperti morning star pattern, three inside up juga terdiri daripada 3 candlestick:

Candle pertama adalah candle bearish.

Candle kedua adalah candle bullish dan candle kedua mesti close sekurangnya separuh dari candle bearish yang pertama.

Candle ketiga adalah candle bullish dan candle ini mesti close melebihi paras candle yang pertama.

– Three Inside Down Candlestick Pattern

three inside down candlestick pattern

Candlestick pattern terakhir kita akan lihat adalah three inside down. Sama seperti three inside up cuma three inside down adalah tanda-tanda perubahan arah akan berlaku selepas pergerakan menaik.

Three inside down terdiri daripada 3 candle:

Candle pertama adalah candle bullish.

Candle kedua adalah candle bearish dan candle kedua mesti close sekurangnya separuh dari canlde bullish.

Candle ketiga adalah candle bearish dan candle ini mesti close melebihi paras candle yang pertama.