AVERAGE TRUE RANGE

Average True Range atau ATR adalah indicator volatility.

Indicator ATR ini tidak memberitahu kita mana arah trend tetapi ia memberitahu kita average pergerakkan harga di dalam market untuk tempoh masa tertentu.

Sebagai contoh jika anda set nilai ATR kepada 20, ia akan menunjukkan average pergerakkan harga untuk 20 candlestick yang lepas.

ATR bergerak menaik dan menurun apabila market bergerak dalam keadaan laju atau perlahan.

Simple sahaja indicator ATR ni dia hanya ada satu line dan no di sebelah kiri window ATR yang dalam kurunggan itu menunjukkan no period secara default ia menggunakan period 14 yang bermaksud indicator ATR akan amik kiraan average pergerakkan 14 sesi trading yang lepas.

Nombor di sebelah period itu pulak adalah bacaan ATR, dalam contoh ini ia menunjukkan 0.0019 ini bermaksud dalam tempoh 14 candlestick yang lepas average pergerakkan adalah 19 pip.

 

Cara guna indicator average true range

 

1) Guna average true range sebagai set untuk profit target

Salah satu cara kita boleh gunakan indicator ATR adalah dengan menggunakan ia untuk tahu dimana kita boleh set target profit cara ini sangat bagus kalau anda adalah intraday trader.

Sebagai contoh katakan kita trade pair Eur/Usd dan harga semasa adalah 1.12100 dan berdasarkan analysis kita bukak posisi buy, tetapi di mana kita patut set take profit kita?

Di situasi macam ini indicator ATR dapat membantu kita.

Kita pun lihat bacaan no indicator ATR dan kita dapat tahu yang average pergerakkan harga adalah dalam 20 pip, jadi dengan maklumat ini kita dapat tahu kita boleh set target profit kita di 1.12300 sebab kita tahu average pergerakkan harga adalah 20 pip.

Jadi adakah ini bermaksud market tidak boleh bergerak lebih dari 20 pip?

Market masih boleh bergerak melebihi dari 20 pip, anda perlu ingat ATR hanya bagi anggaran bacaan pergerakkan market semasa.

 

2) Guna ATR untuk set stop loss

Sekarang anda dah tahu di mana nak set profit target sekarang mari lihat di mana untuk letak stop loss kita menggunakan ATR.

Contoh keadaan, kita sudah membuat analaysis dan mahu sell pair Gbp/Usd, harga semasa ada di 1.29530.

Bacaan ATR menunjukkan 30, bermaksud average pergerakkan harga adalah 30 pip, selepas tahu info ini, dan sudah enter trade tersebut, kita boleh letak stop loss kita dengan jarak 30 pip dari level kita bukak posisi kita.

Contoh kalau kita bukak posisi sell kita di 1.29530 jadi stop kita akan berada di 1.29830.

Kalau anda nak ambil langkah berjaga-jaga, takut market sentuh stop loss kita dulu sebelum bergerak ke arah analysis, anda boleh guna gandaan 2 kali dari bacaan ATR..

Jika ATR bagi bacaan 30 pips, dan kita nak amik langkah berjaga-jaga takut market sentuh stop loss kita dahulu sebelum market mula bergerak ke arah analysis kita, kita boleh gandakan bacaan ATR tersebut dalam contoh ini gandaan untuk 30 adalah 60.

Jadi kita akan set stop kita 60 pip dari harga kita entry.

 

3) Guna ATR untuk tahu berapa lama untuk market sampai ke take profit

Munkin antara strategy ATR yang ini cara yang bagi saya sangat berkesan dan pada masa yang sama dapat kawal emosi kita ketika trading.

Kita nak tahu berapa lama agaknya masa yang diambil untuk market sampai ke target kita sebab kebanyakkan trader bila mereka tengok market amik masa yang lama untuk sampai ke target profit mereka.

Mereka akan tutup posisi tersebut dan kemudian mereka lihat semula chart dan market sudah mula bergerak ke arah analysis mereka, apa anda fikir perasaan mereka selepas lihat market baru nak bergerak ke arah analaysis mereka, mestilah rasa marahkan.

Untuk elak situasi ini daripada berlaku, kita boleh guna indicator ATR untuk tahu anggaran berapa lama untuk market sampai ke target kita.

Katakan kita sedang trade Usd/Cad di time frame H1 dan kita bukak posisi buy di 1.33420 dan target profit kita adalah 50 pip di 1.33920.

Bacaan ATR adalah 10 pip, kalau target kita adalah 50 pip dan average pergerakkan market adalah 10 pip setiap 1 jam, jadi kita tahu market munkin akan ambil masa sekurangnya 5 jam untuk sampai ke target 50 pip kita.