AWESOME OSCILLATOR

Indicator awesome oscillator(AO) dicipta oleh Bill Williams beliau juga adalah pencipta beberapa indicator lain seperti indicator Alligator.

Di sini kita akan lihat tentang cara untuk guna indicator AO dalam analisa pasaran forex.


Pengambilan Utama

  • Awesome oscillator dicipta oleh Bill Williams iaitu pencipta indicator Alligator.
  • Awesome oscillator adalah sebuah indicator yang menggukur pergerakan momentum trend harga.
  • AO juga bagus untuk digunakan untuk terima signal awal tentang potensi berlakunya perubahan arah trend.

Apa Itu Awesome Oscillator

AO digunakan untuk mengukur momentum trend pasaran, AO juga bagus untuk ketahu perubahan arah trend.

Ia melakukannya dengan membandingkan momentum pergerakan pasaran baru berlaku dengan pergerakan momentum yang lepas dalam rangka masa yang lebih luas.

Rupa Indicator AO

Selain itu indicator awesome oscillator juga dapat membantu untuk menentukan aliran trend semasa dan juga dapat menunjukkan ciri-ciri kemungkinan perubahan arah pasaran mungkin akan berlaku.

Cara Kira Awesome Oscillator

Formula kiraan AO adalah dengan mengira perbezaan diantara 2 simple moving average, satu adalah fast moving average dengan period 5 dan satu lagi adalah slow moving average dengan period 34.

Ini adalah formula kiraannya:

Fast Period = (Simple Moving Average (Highest Price + Lowest Price)/2, 5 periods)
Slow Period = (Simple Moving Average (Highest Price + Lowest Price)/2, 34 periods)

Trade Forex Guna AO

1) Awesome Oscillator Zero Line Crossover

Strategi ini adalah salah satu strategi yang paling asas dan sangat mudah, anda hanya perlu tunggu untuk AO mula bersilang keatas atau ke bawah zero line.

AO Zero Crossover

Signal bullish adalah apabila AO mula bersilang dengan zero line dari bawah ke atas.

Bearish signal pula berlaku bila AO bersilang dengan zero line dari atas ke bawah.

Tapi dengan guna kaedah ini anda dapat lihat melalui contoh di atas, dimana kita dapat peluang trade hanya bila harga telah bergerak jauh.

Terdapat risiko dimana bila berlakunya signal trade, harga sudah bergerak jauh dan mungkin akan berlakunya perubahan arah tidak lama lagi.

2) Awesome Oscillator dan Trendline

Strategi ini dapat beri kepada kita signal yang lebih awal jika pasaran ingin berubah arah.

Sebagai contoh jika AO membuat bearish crossover kita tahu ianya adalah sell signal tapi kita mahu tahu sampai bila kemunkinan crossover itu bertahan, di sinilah datangnya AO dan trendline untuk membantu.

AO dan Trendline Bullish Setup

Kita akan bermula dengan mengenal pasti 2 swing high puncak ketika AO berada di atas zero line. Tapi anda perlu ingat untuk swing high kedua perlu lebih rendah berbanding swing high yang pertama.

Kiranya kita ingin berlakunya kecuraman ke bawah. Seperti rajah contoh di atas.

Kemudian kita akan sambungkan dua puncah tersebut menggunakan alat trendline dan apabila berlakunya breakout pada AO dari kawasan trendline itu, ianya adalah signal bullish.

Ini adalah contoh untuk bullish, tapi bagaimana pula untuk signal bearish?

Langkah yang sama, anda akan bermula dengan kenal pasti dua swing low, dimana swing low kedua perlu lebih tinggi daripada swing low pertama.

AO Trendline Sell Setup

Selepas itu, anda sambungkan kedua titik swing tersebut menggunakan trendline dan tunggu sehingga berlakunya AO breakout daripada trendline itu untuk signal bearish.

Kalau anda perasan juga dengan guna cara ini, kita akan mendapat signal lebih awal berbanding dengan menggunakan cara pertama sebelum ini.

Kesimpulan

Awesome oscillator adalah sebuah indicator yang unik dan mudah untuk digunakan. Ia sangat membantu untuk memberi tahu kepada kita bila perubahan arah pasaran akan berlaku dengan lebih cepat berbanding kebanyakan indicator lain.

Sekiranya anda adalah seorang trade jangka pendek, intraday dan scalping. Indicator AO adalah sebuah alat trading yang anda patut cuba.