You are currently viewing Bitcoin Cash(BCH) dan Hard Fork

Bitcoin Cash(BCH) dan Hard Fork

Bitcoin Cash atau BCH pada asalnya adalah bitcoin. Tapi berlakunya hard fork pada bulan august tahun 2017 dimana bitcoin terbahagi kepada dua, bitcoin(BTC) dan bitcoin cash.

Apa Itu Hard Fork?

Secara asasnya hard fork ini berlaku bila terdapat perubahan protokol yang besar di dalam blockchain dan blockchain tersebut akan terbahagi kepada dua, satu masih guna sistem protokol yang lama dan satu lagi guna sistem protokol yang baharu.

Jadi macam mana berlakunya hard fork yang mencipta bitcoin cash?

Kalau anda masih tidak tahu tentang crypto atau bitcoin ketika waktu itu ini ceritanya.

Pada ketika itu saiz block yang disokong oleh bitcoin adalah 1MB(megabyte) di mana ia boleh urus dalam 7 transaksi setiap saat.

Ketika industri crypto sedang berkembang pada tahun 2017, terdapat banyak jumlah transaksi yang berlaku dalam bitcoin dan sebab bitcoin hanya sokong block saiz dalam 1MB, ini telah menyebabkan transaksi agak perlahan.

Penggalaman saya sendiri waktu tu, kadang-kadang boleh ambil masa berjam-jam lamanya untuk transaksi tersebut lulus dan fee pun terlalu mahal. Sedangkan asal bitcoin ini dicipta adalah untuk memudahkan transaksi dengan kadar caj yang rendah.

Jadi apa komuniti di dalam bitcoin bincang untuk atasi isu ini adalah dengan ubah saiz block lebih besar daripada 1MB kepada 8MB supaya lagi banyak jumlah transaksi yang boleh berlaku.

Untuk pendekan cerita terdapat perbalahan di dalam komuniti bitcoin, satu kumpulan mahukan block saiz 8MB dan satu lagi mahu kekal pada saiz 1MB block.

Bila berlakunya perbalahan ini kumpulan yang mahu 8MB block saiz ini ambil keputusan untuk membuat hard fork, maksudnya mereka akan keluar dari protokol blockchain lama dan guna protokol blockchain yang baru dimana saiz block adalah 8MB, dan lahirnya bitcoin cash.

Sekarang ini saiz block untuk bitcoin cash adalah 32MB.

Jadi bitcoin cash ini pada asalnya adalah bitcoin tetapi bila berlakunya perbalahan di dalam komuniti mereka ambil keputusan untuk berpecah dari bitcoin dan berlakunya hard fork.