CANDLESTICK PATTERN

Ingat tak apa yang saya katakan dalam bab “penggenalan kepada candlestick” setiap candlestick ada ceritanya tersendiri.

Di bahagian ini kita akan belajar tentang candlestick pattern, apakah maksud dia dan apa yang kemunkinan akan berlaku.

Ada 3 jenis candlestick pattern single candlestick pattern seperti doji dan hammer, Double candlestick pattern seperti engulfing pattern , dan triple candlestick pattern seperti morning dan evening star.

Ada banyak jenis pattern candlestick tetapi buat masa ni kita hanya akan bincangkan candlestick pattern yang biasa berlaku di dalam market dan apakah maksud pattern itu.

Tetapi ada satu benda yang yang anda perlu ingat kita tidak boleh trade dengan hanya menggunakan candlestick pattern sahaja, kita perlu gabungkan candlestick dengan teknikal analysis yang lain seperti support and resistance.

Kalau anda hanya trade candlestick pattern tanpa menggabungkan dengan teknikal analysis yang lain anda akan dapat banyak false signal.

Anda akan belajar lagi tentang support and resistance di bahagian teknikal analysis.