Support dan Resistance

Support dan resistance adalah salah satu kaedah teknikal analysis yang asas setiap trader perlu tahu dan antara kaedah teknikal analysis yang kerap digunakan kebanyakan trader.

Support dan resistance atau panggilan pendeknya SnR adalah sebuah level dimana kita jangkakan market mungkin akan berubah arah dan biasanya di kawasan level ini kita mahu mula membeli atau menjual cryptocurrency.

Teknik SnR

Konsep SnR ini mudah saja, kita boleh anggapkan support sebagai lantai dimana bila harga sampai ke level support kemungkinan tinggi ia mula mahu menaik. Manakala untuk resistance ianya ibarat siling dimana bila harga sampai di level tersebut kita boleh jangkakan penurunan akan berlaku.

Cara Tanda Level Support & Resistance

Jadi macam mana kita nak tahu mana level SnR?

cara tanda aras SnR

Kita hanya perlu lihat dimana level harga mula berubah arah di situlah level support atau resistance kita.

cara untuk tahu level SnR

Jadi mana satu level support dan mana satu resistance. Jawapan untuk soalan itu mudah saja, jika harga semasa berada di atas level tersebut itu adalah level support, jika harga ada di bawah itu adalah level resistance.

Seperti saya katakan tandi level-level SnR adalah level dimana sesuai untuk kita beli atau jual. Tapi itu tidak bermaksud kita terus beli atau jual bila harga sampai ke level tersebut, kita perlu tunggu kepastian yang level itu akan bertahan.

Kalau anda ingat sebelum ini kita sudah belajar tentang candlestick pattern. Bila kita gabungkan 2 cara teknikal analysis tersebut ia boleh berikan satu strategy trading yang agak simple.

Candlestick Pattern Di Support