ALLIGATOR INDICATOR

Indicator alligator ini dicipta oleh Bill Williams.

Beliau mendapat gelaran lagenda di dalam dunia trading kerana hasil kerjanya yang mencipta pelbagai indicator seperti accelerator oscillator, awsome oscillator, gator oscillator, fractals dan yang kita akan belajar sekarang alligator indicator.

Beliau memberi nama indicator ini sebagai alligator sebab, beliau anggap market ini ibarat alligator.

Ketika alligator sedang lapar ia akan aktif memburu mencari makan bermaksud market sedang trending.

Apabila alligator sudah kenyang dia akan rehat dan tidur bermaksud market menjadi sideways.

Indicator alligator ini dicipta untuk membantu trader tahu bila market sedang berada dalam trend atau pun sideways, indicator ini juga dapat beri tahu kita bila untuk kita masuk trade dan masa bila untuk tidak masuk trade.

Indicator ini selalunya digunakan di major pair seperti EUR/USD dan GBP/USD dan berkesan ketika market sedang trending.

Jika anda lihat gambar di atas indicator alligator ini terdiri daripada 3 line dan line tersebut adalah simple moving average.

Setting default indicator alligator:

1) Jaw(Rahang) Alligator, line hijau, 13 SMA

2) Teeth(Gigi) Alligator, line merah 8 SMA

3) Lips(Bibir) Alligator, line biru, 5 SMA

Cara Trade Guna Indicator Ini

Cara untuk plot indicator ini di chart sama sahaja untuk plot indicator yang lain.

Boleh ke indicator —> Bill Williams —> Alligator.

Akan keluar windows setting, ini terpulang dekat anda kalau nak cuba ubah-ubah dan testing, buat masa ni kita akan guna default setting dan klik sahaja button OK.

Sekarang mari kita tengok cara untuk gunakan indicator ini.

Jika kesemua line alligator tersusun bibir, gigi & rahang dan menggembang itu bermaksud alligator sedang makan, ketika inilah market sedang bergerak dalam keadaan trending, dalam contoh ini ianya uptrend.

Kalau line alligator tersusun seperti ini rahang, gigi & bibir, itu bermaksud market sedang membuat downtrend.

Tetapi apabila kesemua line bersilang antara satu sama lain itu bermaksud alligator sedang tidur dalam erti kata lain market sedang dalam keadaan sideways dan ketika ini kita tidak mahu bukak apa-apa position trade dan tunggu sehingga alligator bangun semula.

Bonus Fact

Bill Williams menggatakan bila alligator tidur untuk jangka masa yang lama, kita boleh jangkakan gerakkan kuat akan berlaku.

Sebab bila alligator itu banggun dia akan lapar dan mencari makan yang bermaksud market akan mula membuat gerakkan trend yang kuat.