Fibonacci Time Zone Tool


Fibonacci Time Zone

Anda boleh jumpa tool fibonacci time zones di metatrader ikut seperti contoh gambar di bawah.

Apa yang unik dengan fibonacci time zones adalah ianya tool untuk trader mengukur masa berbanding level Support & Resistance seperti kebanyakan tool trading yang lain. Ianya digunakan untuk meramal perubahan arah market berdasarkan masa yang lalu.

Seperti kebanyakan tool fibonacci yang lain kita akan bermula dari major swing high atau swing low di chart.

Garisan menegak akan bermula dengan jarak yang dekat dan akan makin bertambah jauh jarak apabila urutan fibonacci makin memanjang ke kanan.

Di area garisan menegak itulah dimana trader boleh menjangkakan yang market akan mula berubah arah.

Formula Fibonacci Time Zones

Sebenarnya kita tidak perlu hafal pun formula ini tetapi apa salahnya untuk tahu macam mana kita boleh dapat hasil kiraan untuk fib time zone ini.

Seperti di awal pemulaan course ini saya ada terangkan apa itu nombor fibonacci dan macam mana kiraanya. Ianya terhasil apabila kita campurkan nombor sebelumnya dengan nombor yang seterusnya seperti 0, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, dan seterusnya.

Hasil campuran tersebut lah yang menghasilkan fibonacci time zone cuma dari mengunakan nombor kita mengunakan masa dan tarikh.

Contoh katakan kita bermula di 1 November(ini adalah no.0 kita) dimana kita ada major swing high di dalam market.

Garis fibonacci time zone pertama akan muncul di sesi trading yang seterusnya iaitu no.1, yang seterusnya akan berada langkah 2 sesi trading kemudian, kemudian ketiga, selepas ketiga ianya kelima, lepas itu kelapan dan seterusnya.

Kalau menggikut theory potensi reversal boleh dijumpai di 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89 dan 144 hari. Hari ke 21 adalah di zone ke 8 dalam Fibonacci Time Zone.

Zone 7 = 13 Hari
Zone 8 = 21 Hari
Zone 9 = 34 Hari
Zone 10 = 55 Hari
Zone 11 = 89 Hari
Zone 12 = 144 Hari
Zone 13 = 233 Hari
Zone 14 = 377 Hari

Di atas adalah sebahagian urutan Fib Time Zone, anda boleh tambah lagi jika mahu dengan melakukan tambahan antara 2 nombor yang terakhir(144 + 233 = 377).

Kebiasaan 3 zone pertama boleh di abaikan sebab garisan time zone tersebut agak rapat antara satu sama lain.

Cara Guna Fibonacci Time Zone

Kita bermula dengan mengenal pasti major swing high atau major swing low dahulu.

Kemudian kita mula tarik level fib time zone kita dari pemulaan swing tersebut hingga ke puncak swing market tersebut.

Kita dapat lihat yang bermula di zone ke 5 apabila market sampai ke fib time zone, pergerakan arah market mula berubah.

Kesimpulan

Tool fibonacci time zones digunakan untuk menggetahui waktu bila market kemungkinan akan mula berubah arah jika dapat digabungkan bersama strategy trading yang lain seperti Support & Resistance ia boleh memberikan hasil trading yang bagus.