You are currently viewing Cara Jaga Keselamatan Wallet

Cara Jaga Keselamatan Wallet

Kita perlu jaga wallet crypto seperti kita jaga bank akaun kita. Jika kita gagal untuk jaga wallet tersebut terdapat risiko besar untuk kita kehilangan kesemua crypto yang ada pada wallet itu.

Jadi macam mana nak jaga keselamatan wallet?

Dalam topik ini saya akan ajar guna wallet Exodus yang kita telah buat sebelum ini. Sekiranya anda guna wallet selain dari exodus, selalunya fungsi yang kita akan buat ini akan ada di kebanyakkan crypto wallet yang lain.

1) Recovery

Yang pertama adalah kita perlu sediakan cara untuk dapatkan semula wallet tersebut sekiranya kita kehilangannya.

Dengan wallet exodus kita boleh pulihkan semula wallet dengan simpan 12 ayat pemulihan akaun.

Boleh tekan icon profile dan pergi ke security dan tekan “Backup”. Kemudian kita akan nampak 12 ayat dan kita boleh tulis ayat tersebut di kertas dan simpan di tempat yang selamat.

cara nak pastikan wallet crypto exodus selamat

Ayat ni digunakan bila anda mahu masuk semula ke wallet anda sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Jadi kalau anda mahu masuk semula ke wallet lama tersebut isi saja ayat tersebut.

Sesetengah wallet akan gunakan alamat email, bila mahu daftar akaun di wallet tersebut, anda perlu guna alamat email.

Jadi anda boleh dapat semula akaun wallet melalui alamat email anda.

2) Letak Kata Laluan

Di wallet Exodus bila kita pergi ke bahagian profile > security, di bawah backup kita akan nampak “Secure with passcode”.

Andata boleh letak passcode yang anda mahu guna, pastikan anda ingat passcode tersebut.

3) Cap Jari

Jika telephone anda sokong scan cap jari ianya lagi selamat kerana hanya anda saja yang boleh buka app tersebut, kalau passcode dia selamat tapi kalau passcode anda mudah sangat seperti tarikh lahir, mungkin akan ada orang yang boleh teka.

4) Tetapkan Password

Sekarang ini banyak smartphone yang support untuk kita letak password apabila kita mahu buka aplikasi.

Anda boleh set password dimana bila anda mahu buka app tersebut perlu letak password, ianya ciri-ciri keselamatan tambahan untuk elak daripada orang curi-curi buka wallet kita.

Tip: Pastikan jangan guna password yang sama seperti yang anda pakai masa setup passcode.