PIVOT POINT TRADING

Apa Itu Pivot Point

Pivot point adalah sebuah teknik analisa teknikal yang digunakan oleh trader untuk ketahui aras support dan resistance.

Tetapi daripada gunakan swing harga pasaran untuk tanda aras SnR, pivot point lain sedikit, mereka menggunakan sebuah formula kiraan untuk menentukan aras SnR tersebut.

Aras pivot point terhasil daripada purata harian paras harga tertinggi, harga terendah, serta harga penutup pada hari dagangan sebelumnya.


Pengambilan Utama

  • Pivot point adalah area support dan resistance berdasarkan paras harga tertinggi, terdendah dan juga penutup harga pada sesi trading hari sebelumnya.
  • Daripada melihat arah swing pasaran, aras pivot point ditentukan dengan menggunakan sebuah formula pengiraan.
  • Aras pivot boleh digunakan sebagai aras Entry, Stop Loss dan Take Profit.

Aras-aras Pivot Point

Apabila kita lihat aras pivot point pada chart, ia akan beri 7 benda:

  • R1
  • R2
  • R3
  • P
  • S1
  • S2
  • S3

Apakah maksud level ini semua?

Resistance

Mungkin anda sudah tahu makna “R” tersebut, aras R1, R2 dan R3 adalah level resistance, dan di level ini kita jangkakan harga akan gagal membuat kenaikan.

Setiap aras itu mempunyai kekuatan yang berbeza.

  • R1 = Kuat
  • R2 = Lebih Kuat
  • R3 = Paling Kuat

Support

Buat “S” pula adalah support, pada aras ini kita jangkakan harga akan bertahan dan gagal membuat penurunan.

Perbezaan setiap aras support itu menunjukkan kekuatan aras tersebut:

  • S1 = Kuat
  • S2 = Lebih Kuat
  • S3 = Paling Kuat

Pivot

Aras pivot “P” terletak di tengah-tengah diantara aras Support dan resistance.

Harga Bawah Pivot point

Level pivot ini adalah level yang kuat dan sekiranya harga berada dibawah garis pivot itu bermaksud penjual lebih kuat berbanding pembeli, dalam erti kata lain fokus pada sell.

Harga Atas Pivot Point

Jika harga berada di atas level pivot, itu bermakna pembeli lebih kuat berbanding penjual dan hanya fokus untuk buy.

Tapi ianya sudah tentu tidak semudah itu, kadang-kadang pasaran boleh bertahan di atas atau bawah aras pivot dan pasaran masih bergerak bertentangan.

Pivot Point Di Chart

Cara Kira Pivot Point

Sekarang anda sudah paham makna pivot point, tapi macam mana nak tahu dimana aras pivot ini?

Seperti yang saya katakan di pemulaan, aras pivot ini terhasil berdasarkan formula kiraan.

Terdapat 4 jenis formula pivot yang berbeza, tapi kita hanya akan lihat satu formula saja dan ini adalah formula asas pivot point.

Formula Pivot

Resistance 3 = High + 2*(PP – Low)

Resistance 2 = PP + High – Low

Resistance 1 = 2*PP – Low

Pivot Point(PP) = (High + Close + Low)/3

Support 1 = 2*PP – High

Support 2 = PP – (High – Low)

Support 3 = Low – 2*(High-PP)

Tapi jangan risau anda tidak perlu ingat formula ini, sekarang ini dunia sudah maju dan sudah tentu terdapat kalkulator pivot point yang akan tolong kirakan untuk anda.

Cara Trade Guna Pivot Point

Terdapat 2 jenis strategi yang kita boleh gunakan pivot point di dalam analisa teknikal kita.

1) Pivot Point Sebagai SnR

Guna Pivot Point Sebagai SnR

Mungkin antara kaedah yang paling mudah adalah dengan gunakan aras pivot ini sebagai kawasan support dan resistance.

Pivot Point Breakout Resistance

Kerana pivot menggunakan konsep yang sama seperti SnR, itu bermakna breakout juga boleh berlaku. Contoh di atas, jika harga membuat breakout daripada aras R1 dan R2, aras tersebut akan berubah menjadi level support.

Pivot Point Breakout Support

Ini adalah kaedah pertama cara untuk anda gunakan pivot point, iaitu dengan gunakan aras pivot ini sebagai kawasan support atau resistance.

2) Pivot Point + Trend Pasaran

Strategi kedua pula adalah dengan menggunakan pivot point sebagai kawasan SnR cuma kita gabungkan juga dengan arah trend pasaran dalam analisa.

Dengan kaedah strategi ini kita akan lihat dahulu arah trend pasaran, kemudian kita lihat harga sedang berada di atas atau bawah garis pivot.

Pivot Point Bersama Trend Pasaran

Jika arah trend semasa adalah uptrend dan harga berada di atas garis pivot, itu menunjukkan arah trend menaik sedang kuat dan kita hanya ingin fokus untuk mencari peluang entry buy sahaja.

Begitu juga jika harga sedang berada dalam keadaan downtrend dan harga berada dibawah aras pivot, maka kita akan cari peluang entry sell sahaja.

Cara ini juga bagus apabila anda gabungkan dengan candlestick pattern sebagai kepastian sebelum membuka sebarang posisi trade.

Pivot Point dan Take Profit

Jadi macam mana pula dengan aras take profit dan juga stop loss, dimana patut anda letak dua level tersebut?

Sasaran Dalam Pivot Point

Kalau anda buka posisi sell, anda boleh tetapkan aras TP anda pada aras support pivot yang terdekat untuk aras SL anda boleh letak pada jarak beberapa pip dari kawasan anda entry.

Jika ianya adalah posisi buy, anda boleh letak take profit anda di level resistance pivot yang terdekat denagn jarak stop loss beberapa pip dari aras anda entry.

Soalan Lazim

Adakah Pivot Point Ini Bagus?

Tiada sebarang teknik analisa yang sentiasa tepat termasuklah pivot point, walaupun pivot point dapat memberikan potensi yang bagus dalam analisa teknikal anda tapi sentiasa ingat untuk jaga risiko semasa trading.

Time Frame Apa Yang Sesuai Untuk Guna Pivot Point?

Pivot point adalah kaedah yang bagus untuk intraday trader dan time frame yang sesuai adalah 15 minit ke bawah. Walaupun level pivot ini boleh digunakan pada time frame tinggi seperti H1 dan H4, tapi mungkin akan berlaku banyak false dan fakeout di time frame begitu.

Fibonacci dan Pivot, Mana Lagi Bagus?

Kedua-dua kaedah analisa itu memberikan potensi yang bagus untuk trader. Fibonacci menggunakan swing harga untuk menentukan aras peratus fibonacci, manakala pivot point pula berdasarkan kadar yang tetap daripada OHLC daripada hasil dagangan semalam.

Apakah Kekurangan Pivot Point?

Disebabkan aras pivot ini berdasarkan sebuah kiraan, maka harga tidak akan selalu bergerak atau memberi riaksi pada aras pivot point.