CARA LUKIS & GUNA TRENDLINES

Walaupun trendline adalah salah satu teknikal analysis yang biasa digunakan oleh trader, tapi kebanyakkan trader masih tidak pasti sama ada perlu plot trendline mereka di shadow ataupun closing price.

Sama seperti SnR anda boleh plot line trendline anda sama ada si shadow candle ataupun di body sebab anda perlu ingat chart setiap broker berbeza jadi ianya di dalam area-area tersebut.

Untuk melukis trendlines anda hanya perlu mencari dua lower high yang jelas di mata jika market adalah downtrend dan sambungkan dengan menggunakan trendline.

Jika ianya market uptrend anda hanya perlu cari dua higher lows yang jelas di mata dan sambungkan dengan menggunakan trendline.

Itu saja, mudah kan?

Sekarang mari lihat macam mana nak trade dengan menggunakan trendlines.

Di gambar ini kita dapat lihat dengan jelas yang market ada buat lower high. Jadi kita pun ambil tool trendline dan sambungkan dua swing high tersebut.

Kita dapat lihat yang apabila price sampai ke trendline itu ianya bertahan sebagai resistance.

Dengan contoh di atas anda boleh nampak cara menggunakan trendline di dalam analysis kita.

Trendline Breakout

Tetapi anda perlu ingat sama juga seperti support and resistance, trendline juga boleh berlaku breakout.

Contoh kalau market breakout dari kawasan resistance, resistance tersebut akan menjadi support area.

Benda yang sama juga untuk trendline apabila price sudah break area trendline dalam contoh ini ianya resistance dan selepas breakout berlaku trendline tersebut akan menjadi sebagai support.

Selepas price break trendline tersebut, dan bertahan sebagai support, price teros bergerak menaik.

Contoh Up Trendline

Untuk up trendline ianya sama juga cuma terbalikkan situasi.

Kita bermula dengan menggenal pasti swing higher low kemudian kita sambungkan dua swing low tersebut dengan menggunakan trendline.

Apabila harga turun semula ke trendline tersebut ia bertahan sebagai support.

Bila price breakout dari trendline tersebut ia berubah menjadi resistance.