CARA MARKING AREA SUPPORT & RESISTANCE

Di manakah sepatutnya kita letak line Support & Resistance?

Ramai orang yang tertanya-tanya soalan ini “di mana sepatutnya saya letak line garisan SnR di body atau shadow?”

Jawapan kepada soalan ini terpulang sebab sesetenggah orang suka letakkan line SnR di body, ada juga orang letak di tail ataupun shadow, dan ada juga yang letak di kedua-dua nya sekali.

Jom kita lihat di chart pulak.

Arrow biru tunjuk ada price bounce dan disitu kita mula tanda line SnR kita di body candle tersebut, dan bulat oren menunjukkan yang market hormat level area itu sebagai support.

Arrow biru tunjuk dimana kita tanda line SnR kita di shadow candle, dan bulat oren menunjukkan yang market hormat area tersebut sebagai resistance.

Ok ini contoh kalau kita tandakan area SnR kita di body dan shadow candle.

Arrow biru tunjuk dimana kita tanda line SnR, dan bulat oren tunjuk yang level itu bertahan di level tersebut.

Jadi yang mana yang lebih ok?

Kalau pendapat saya, letak line SnR di body dan shadow lagi bagus kerana support and resistance bukannya terdiri hanya dengan satu line itu sahaja ianya dalam “area” tersebut.

Ini di sebabkan chart setiap orang berbeza jadi pendapat saya letakkan ia pada body dan shadow adalah cara paling bagus.