CARA MASUKKAN INDICATOR KE CHART

Untuk memasukkan indicator ke chart anda boleh ke icon indicators list dan pilih indicator yang anda mahu guna.

Atau anda boleh pergi ke window navigator dengan tekan CTRL+N akan ada option indicators

Pilih indicator apa yang anda mahu guna dan right click dan Attach to chart atau drag sahaja indicator tersebut ke chart.

Akan muncul window baru untuk ubah setting indicator.

Klik OK dan bila anda lihat chart akan nampak indicator.

Anda boleh right click pada indicator tersebut untuk ubah setting kemudian atau remove indicator dari chart, atau anda boleh tekan CTRL+I pilih indicator yang anda mahu edit atau delete.

Anda akan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang cara penggunaan indicator dalam trading kemudian apabila anda sudah masuk bab indicator.