TREND CHANNEL

Apabila anda dengar trader sebut “channel” mereka tidak bermaksud channel pada siaran kaca tv itu, tapi apa yang mereka maksudkan adalah channel garisan support dan resistance atau dikenali sebagai “trend channel“.

Di perkongsian kali ini anda akan belajar tentang channel dalam forex trading, macam mana nak lukis garisan channel dan macam mana nak trade guna channel.

Apa Itu Trend Channel Trading

Konsep channel ini sama seperti trendline, ia menunjukan sebuah garisan dimana potensi kawasan SnR.

Cuma apa yang beza antara channel dan trendline adalah, trendline hanya gunakan satu garisan yang menunjukan satu paras sahaja dalam satu masa(aras support atau resistance). Manakala channel menggunakan 2 garisan yang menunjukkan dimana kawasan support dan resistance.

Channel berlaku apabila harga bergerak diantara dua garisan trendline yang selari.

Channel juga adalah salah satu teknik teknikal analisa yang digunakan trader untuk tahu dimanakah kawasan yang bagus untuk beli atau jual dan pada masa yang sama ketahui arah trend semasa.

Contoh Channel Trading di Live Chart
Harga bergerak dalam channel

Jika anda lihat contoh channel di atas, ia kelihatan seperti harga bergerak dalam terowong.

Jenis-jenis Trend Channel

Terdapat 3 jenis channel trend yang berlaku dalam pasaran.

1) Up Channel

Contoh Up Channel

Up channel bermaksud up trend, dan ia berlaku apabila harga sedang bergerak dalam keadaan uptrend.

2) Down Channel

Contoh Down Channel

Seperti namanya, down channel berlaku ketika harga bergerak dalam downtrend.

Horizontal Channel

Contoh Herizontal atau Sideways Channel

Berlaku ketika pasaran sedang bergerak dalam keadaan mendatar atau sideways, tiada arah trend.

Channel Dalam Channel

Dari masa kesemasa anda akan terjumpa situasi dimana pasaran membuat channel kecil di dalam channel yang lebih besar.

Channel Trend Berada Di Dalam Sebuah Channel Trend Lain

Situasi seperti ini berlaku apabila time frame besar sedang bergerak dalam channel, kemudian di time frame kecil berlakunya channel yang lain.

Channel pada time frame kecil itu boleh sama atau bertentangan arah dengan pergerakan time frame besar.

Contoh, Jika di time frame H1 sedang berlaku Up Channel, di time frame rendah boleh berlaku down channel. Tapi pastikan anda utamakan pergerakan pada time frame yang lebih besar.

Cara Lukis Trend Channel

Jadi bagaimana nak lukis trend channel pada chart?

Ikon Trendline Metatrader 4

Konsep untuk melukis trend channel adalah langkah yang sama seperti kita mahu lukis garis trendline, apa yang kita perlu buat adalah kenal pasti dua titik swing harga pasaran dan sambungkan dua titik tersebut dengan gunakan alat trendline.

Contoh Lukis Up Trend Channel

Cara Lukis Up Channel
Langkah pertama

Kita bermula dengan kenal pasti dua titik swing harga yang berlaku, untuk up channel kita perlu kenal pasti swing low + swing higher low untuk berlaku dulu, kemudian kita akan sambungkan 2 titik harga tersebut guna alat trendline.

Lukis Up Channel Sambungkan Swing High
Langkah kedua

Apa yang kita perlu buat selepas itu adalah dengan hasilkan garisan yang sama selari dengan garisan trendline pertama kita itu dan letak garis selari itu pada titik swing high.

Up Channel Trade Di Chart

Selepas kita telah buat dua langkah tadi maka akan terhasil lah trend channel kita dan apabila kita lihat setiap kali harga sentuh pada garis channel di bawah, ia akan bertahan sebagai kawasan support dan harga membuat kenaikan.

Pada masa yang sama, setiap kali harga sampai ke garisan channel di atas ia akan bertahan sebagai resistance.

Contoh Down Trend Channel

Contoh Trade Downtrend Channel

Langkah yang sama juga, kita bermula dengan kenal pasti dua titik swing pasaran. Untuk down channel, kita perlu kenal pasti swing high + lower high kemudian sambungkan dua swing tersebut dan letakan garis yang selari pada swing low.

Kemudian kita dapat lihat bentuk channel yang terhasil dan pergerakan harga bertahan di dalam kawasan channel tersebut.

Anak panah biru dalam gambar di atas menunjukan dimana level support dan harga bertahan pada aras itu.

Anak panah merah pula tunjuk dimana harga mula menurun selepas sampai di belah atas channel atau line resistance channel tersebut.

Contoh Horizontal Channel

Horizontal channel atau sideways channel adalah situasi apabila pasaran tidak membuat sebarang swing high atau low yang baru, tetapi paras swing high dan low adalah hampir sama.

Sideways Channel Di Live Chart

Kita hanya perlu sambungkan titik swing high dan low untuk lihat berlakunya sideways channel.

Channel Trend Breakout

Kerana trend channel juga menggunakan konsep yang sama seperti SnR, maka channel juga mempunyai konsep breakout.

Downtrend Channel Breakout

Dalam contoh di atas, ia tunjuk di mana harga sedang bergerak dalam kawasan down channel, sebelum berlakunya breakout harga berjaya bergerak keluar dari channel tersebut sebelum berubah arah trend.

Kesimpulan

Channel trend adalah salah satu kaedah yang bagus untuk kenal pasti kawasan SnR yang terdapat dalam pasaran.

Satu perkara yang anda perlu ingat apabila trade menggunakan channel trend adalah jangan cuba untuk paksa garis channel anda untuk kelihatan cantik. Kadang-kadang channel kita tidak akan kelihatan sempurna.

Pergerakan harga tidak akan sentiasa selari dengan garisan trend channel 100%, jadi jangan cuba untuk paksa harga untuk bergerak dalam channel yang kita lukis dengan mengalih garisan channel terlalu kerap. Ia hanya akan menjadi punca risiko alami banyak false signal jika kita selalu ubah garis channel.