CARA MEMBUKA POSISI TRADE

Ada dua cara untuk anda bukak position trade.

Cara pertama dipanggil one click trading, untuk membolehkan trade cara ni anda perlu pergi ke tools dan options.

atau boleh saja tekan CTRL + O.

 

Kemudian akan keluar windows baru dan pilih tab trade dan check ketak “One Click Trading”.

 

Bila muncul one click trading disclaimer check kotak “I Accept these Terms and Conditions” kalau anda nak baca disclaimer silakan bila sudah klik OK.

 

Sekarang anda boleh menggunakan one click trading. Bila anda bukak chart anda akan nampak di sebelah kiri ada kotak yang tunjuk BUY dan SELL.

 

Dengan cara ini anda boleh buka order trade anda dengan pantas, anda hanya perlu set saiz lot dan tekan buy atau sell.