You are currently viewing Crypto coin vs Token apa Perbezaan Mereka

Crypto coin vs Token apa Perbezaan Mereka

Ramai orang tidak tahu untuk bezakan token dan juga coin cryptocurrency, dimana mereka sangkakan yang ia adalah coin crypto tetapi sebenarnya ia adalah token.

Seperti Tether(USDT) orang sangka ia adalah cryptocurrency tapi ianya adalah token sebenarnya.

Sebelum kita lihat perbezaan diantara coin crypto dan token, kita perlu tahu dulu apa itu coin dan apa tu token.

Apa itu Coin Crypto?

Coin crypto atau orang biasa panggil coin saja, adalah cryptocurrency yang mempunyai rangkaian blockchain mereka tersendiri. Contoh yang sesuai adalah seperti coin, Bitcoin, Monero, Ethereum, Litecoin, etc.

Walaupun sesetengah rangkaian blockchain tersebut guna algorithm yang berbeza tetapi mana-mana coin yang mempunyai blockchain mereka tersendiri adalah cryptocurrency coin.

– Fungsi Coin

Coin ini fungsi sama seperti duit biasa dimana kita boleh membuat transaksi jual dan beli sesuatu, dan harga coin akan bergantung kepada supply dan demand untuk coin tersebut.

Apa itu Crypto Token

Token adalah cryptocurrency yang tidak mempunyai rangkaian blockchain mereka tersendiri dan bergantung kepada blockchain coin lain.

Ethereum(ETH) adalah salah satu platform yang paling terkenal untuk mencipta token, kerana ethereum mempunyai Smart Contract.

Kebanyakan token crypto yang wujud sekarang ini adalah ERC-20 token, kerana ianya lebih mudah untuk mencipta token di platform ethereum.

Sebanyak 200,000 jenis token telah dicipta atas ethereum blockchain.

– Kegunaan Token

Seperti coin crypto, token juga boleh digunakan sebagai wang kerana terdapat nilai di dalam token tersebut.

Pada masa yang sama token juga mempunyai ciri-ciri kelebihan dia yang tersendiri contoh seperti token BAT(Basic Attention Token), jika anda pernah guna web browser Brave mereka memberi ganjaran kepada pengguna mereka dengan BAT. Anda akan terima BAT setiap kali anda melihat iklan di browser brave.

Walaupun terdapat banyak jenis token di luar sana tetapi biasanya setiap token tersebut mempunyai ciri-ciri mereka yang unik tersendiri.

Ada sesetengah token dicipta untuk membenarkan masuk ke perkhidmatan atau produk tertentu seperti FIL token yang membenarkan akses ke Filecoin platform.

Ada token yang dicipta untuk dikaitkan dengan aset dunia sebenar seperti emas, hartanah, komoditi, dan lain-lain.

Ada juga token yang di anggap sebagai “Stable coin” dimana harga setiap 1 token tersebut persamaan dengan sesuatu, contoh 1 USDT persamaan dengan $1 USD.

Ada juga coin yang dicipta untuk kegunaan pembayaran biasa, seperti jika kita beli barang guna token tersebut di platform itu, kita akan dapat ganjaran seperti discount 5% berbanding guna duit biasa.

Berbanding cuba untuk bina crypto coin dari mula agak susah kerana kita perlu mencari orang yang berminat untuk sertai network blockchain serta terdapat risiko untuk berlaku 51% attack jika di awal-awal pemulaan dimana masih tidak ramai orang di dalam rangkaian blockchain.

Jadi membina token di atas ethereum blockchain mungkin satu jalan yang lebih mudah buat kebanyakan orang daripada cuba untuk bina rangkaian blockchain sendiri.

Perbezaan Coin dan Token

Jadi apakah perbezaan diantara coin dan juga token.

1. Crypto coin mempunyai rangkaian blockchain mereka tersendiri, manakala token pula dibina atas blockchain coin lain.

2. Crypto coin bagus untuk digunakan sebagai kaedah pembayaran, tetapi token lebih sesuai untuk kegunaan pelbagai selain dari hanya untuk kaedah pembayaran sahaja.

3. Ianya lebih susah untuk membuat crypto coin berbanding token.