Cryptocurrency Chart Pattern

Chart pattern adalah salah satu teknik teknikal analysis yang selalu digunakan oleh trader. Chart pattern dapat memberikan petunjuk kepada kita apa kemungkinan pasaran akan buat sebelum ianya berlaku. Dengan menggenal pasti chart pattern ini, kita boleh meramal pergerakan pasaran akan buat apa.

Tapi apa anda perlu ingat chart pattern bukanlah teknik rahsia dalam trading. Jika ada berlakunya chart pattern pasaran tidak semestinya akan ikut arah jangkaan kita, gunakan analysis chart pattern ini hanya sebagai untuk mendapat kepastian tentang pergerakan pasaran.

Terdapat banyak jenis chart pattern di luar sana tapi kita akan melihat 4 jenis chart pattern yang paling kerap berlaku dan perlu anda tahu.

4 jenis Cryptocurrency Chart Pattern

1) Head and Shoulder

Chart pattern head and shoulder atau HnS adalah sebuah chart pattern yang menunjukan tanda-tanda pasaran akan mula berubah arah. Maksudnya jika sebelum ini pasaran bergerak dalam keadaan menaik dan berlakunya pattern HnS ini kita boleh jangkakan kemungkinan pergerakan naik tersebut sudah hampir tamat.

Biasanya pattern ini akan berlaku selepas pergerakan menaik dan pattern ini menunjukan pasaran mungkin akan mula berubah arah.

2) Inverse Head and Shoulder

Pattern HnS ini ada 2 jenis, satu berlaku selepas pergerakan menaik seperti yang kita lihat di atas. Lagi satu adalah inverse head and shoulder yang berlaku selepas pergerakan menurun.

Jika pattern head and shoulder menunjukan tanda-tanda pasaran mahu berubah arah ke bawah, inverse head and shoulder pula menunjukan tanda-tanda pasaran mahu berubah arah menaik.

Kedua-dua chart pattern HnS ini biasa berlaku apabila liquidity sedang tinggi di dalam pasaran crypto.

3) Double Top & Bottom

Chart pattern double top ini berlaku selepas harga sudah capai ke level resistance sebanyak 2 kali sebelum berubah arah. Pattern ini berlaku selepas pergerakan menaik.

– Double Bottom

Konsep double bottom sama saja seperti double top cuma ianya terbaik daripada menunjuk tanda-tanda menurun, double bottom menunjukan tanda-tanda menaik.

4) Triple Top & Bottom

Seperti namanya triple top membuat 3 sentuhan berbanding 2 seperti double top dan double bottom.

Contoh chart tripple bottom:

 

Contoh chart tripple top:

Seperti saya katakan sebelum ini, chart pattern ini tidak sentiasa 100% tepat. Pasaran boleh saja bergerak ke arah yang bertentangan selepas berlakunya chart pattern, sebab itu ianya disarankan untuk kita tunggu kepastian dahulu seperti berlakunya breakout. Pada masa yang sama kita menggunakan Stop Loss untuk menjaga diri kita daripada menggalami kerugian yang besar.

Jika anda ingin belajar tentang teknikal analaysis dengan lebih mendalam saya sarankan untuk anda lihat 2 course yang saya katakan sebelum ini Forex Simple Course dan juga Trader Mindset dan juga Psikologi. Kedua-dua konsep di dalam course tersebut boleh digunakan dalam pasaran crypto.