Dimana Patut Mula Kira Elliott Wave

Soalan yang paling biasa ditanya dalam Elliott Wave analysis adalah “dimana patutnya saya mula kira dan lebel Elliott Wave?”

Prinsip Elliott Wave ini dapat memberikan keputusan yang bagus jika ianya dilaksanakan dengan betul. Sebelum itu saya ingin menggatakan yang ianya akan menggambil masa untuk mahirkan diri untuk analysis market menggunakan kaedah Elliott Wave serta juga melebel wave deegree.

Jadi jangan mudah berputus asa dan banyakan berlatih, selepas anda sudah biasakan diri dengan Elliott Wave ianya tidak lah susah mana.

Di dalam Elliot Wave terdapat 2 jenis wave, motive wave dan juga corrective wave, dimana corrective wave terdapat 3 jenis, Flat, Zig-Zag dan Triangle.

Elliot menggatakan yang selepas berlakunya motive wave akan berlakunya corrective wave dan selepas berlakunya corrective wave akan berlakunya motive wave. Kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang di dalam market.

Jadi sekiranya kita mahu kira wave corection kita perlu bermula di pengakhiran motive wave, sama juga jika kita mahu kira motive wave kita akan bermula selepas akhirnya fasa correction.

Mari kita lihat contoh situasi ini berlaku di chart.

 


Gambar di atas menunjukan market sudah lengkap membuat 5 wave impulse(1,2,3,4,5) dan juga 3 wave correction(a,b,c).

Selepas tamatnya correction ianya adalah motive wave semula, jika anda lihat gambar di atas market sambung membuat pergerakan 5 wave ikut arah trend market sebelumnya.

Selepas jelas kelihatan yang market membuat 5 wave, kita pun mesti akan menjangkakan corrective wave selepas motive wave dan selepas tamatnya wave corrective tersebut kita jangkakan pergerak motive lagi sekali di dalam market.

Tetapi apa yang berlaku adalah market bergerak turun dengan kuat dan melebihi paras level dimana bermulanya motive wave sebelum ini.

Apabila situasi begini terjadi kebanyakan trader yang masih baru lagi dalam Elliot Wave analysis akan menggatakan yang Elliott Wave ini tidak bagus ataupun mereka sangkakan yang kiraan wave mereka salah.

Tetapi segelintir trader akan mula pergi ke time frame yang lebih besar untuk menggetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Jika lihat gambar di atas ia menunjukan pandangan di time frame yang lebih besar dan dengan jelasnya kita dapat lihat yang pergerakan motive wave sebelum ini adalah sub-wave untuk wave(1) di time frame yang lebih tinggi dan correction yang berlaku sebelum ini adalah wave(2) yang berbentuk Zig-Zag pattern. Kemudianya market bergerak membuat wave(3).

Apa yang anda perlu ingat adalah apabila lebel Elliott Wave kita perlu sentiasa bermula dari time frame yang lebih besar untuk mendapat pandanggan yang lebih mendalam tentang arah market.